omniture

Samsung Asset Management (Hong Kong) lancar APAC ex NZ Metaverse Active ETF pertama di Hong Kong

Samsung Asset Management (Hong Kong) Ltd.
2022-06-27 09:02 212

HONG KONG, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited ("SAMHK") mengumumkan pelancaran Samsung Asia Pacific ex NZ Metaverse Theme ETF (kod saham: 3172.HK), ETF aktif bertema Metaverse APAC yang pertama di Hong Kong*. Tarikh penyenaraian akan dibuat pada 7 Julai 2022 (Khamis), pada Bursa Saham Hong Kong (Stock Exchange of Hong Kong, "SEHK"). ETF ini menetapkan harga penyenaraian pada HKD15, dengan saiz lot niaga 50 unit, harga setiap lot adalah sekitar HKD750.

Metaverse meningkatkan pengalaman Internet; hanya merujuk kepada ruang maya yang dicipta dengan internet baharu menggunakan teknologi 3D untuk meniru, mensimulasi atau mempertingkat realiti fizikal oleh teknologi, iaitu teknologi realiti maya, blok rantai dan realiti imbuhan. Ia juga mengupayakan interaksi segerak dengan sejumlah besar transaksi data digital dan perkongsian maklumat, seterusnya memudahkan kesalinghubungan yang ditingkatkan antara aktiviti fizikal dan digital. Pasaran Metaverse boleh mencecah USD783.3 Bilion pada tahun 2024 dengan CAGR 13.1% sejak tahun 2020**. Perusahaan di China, Korea dan Jepun menerajui penerimaan Metaverse sebagai sebahagian daripada pembangunan perniagaan mereka, merupakan satu potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan Metaverse di rantau Asia Pasifik. Memandangkan perniagaan Metaverse berada di peringkat pembangunan yang luas dan pesat, 3172.HK selaku portfolio yang diurus dengan aktif dapat merebut peluang pelaburan dengan cara "tempoh dibawa ke pasaran".

Carmen Cheung, Ketua ETF dan Pelaburan Pasif berkata "Metaverse ialah teknologi disruptif yang merevolusikan bagaimana kita berinteraksi di internet, meningkatkan pengalaman kita berhubung gaya hidup, kerja, pendidikan, bersosial, perjalanan maya ke suatu lokasi, malah membeli/menjual hartanah dan sebagainya, melalui avatar tiga dimensi yang dapat dikawal oleh peranti berkaitan VR. 3172.HK ETF membawakan kepada pelabur dengan portfolio terpelbagai untuk melabur perniagaan berkaitan Metaverse merentas Ekuiti Asia Pasifik (kecuali NZ)."

*Sumber: Bloomberg, setakat 16 Jun 2022

**Sumber: Gartner, setakat 28 Januari 2022

Maklumat ETF:

Kod Saham

Kaunter HKD: 3172.HK

Amaun Pelaburan Awal

HKD750

Lot Dagangan

50

Bayaran Pengurusan

0.85% p.a.

Strategi Pelaburan

Diurus dengan Aktif

Laman Sesawang Produk

https://bit.ly/3xNuZFo 

 

Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited terlibat terutamanya dalam perkhidmatan pengurusan aset dan khidmat nasihat pelaburan sekuriti di Hong Kong. Ia memegang lesen daripada SFC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dikawal selia Jenis 4 (memberi nasihat berhubung sekuriti) dan Jenis 9 (pengurusan aset).

 

Source: Samsung Asset Management (Hong Kong) Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services