omniture

CGTN Documentary dan Radio The Greater Bay akan bersiaran langsung di Hong Kong

CCTV+
2022-06-27 09:08 155

BEIJING, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong ke tanah air, saluran dokumentari TV China Global Television Network (CGTN) dan Radio The Greater Bay di FM 102.8, kedua-duanya produksi China Media Group (CMG), akan mula bersiaran di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pada 1 Julai dengan majlis pelancaran diadakan di Beijing, China pada hari Jumaat.

Kedua-dua program tersebut akan turut serta bersama program yang telahpun bersiaran di Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau termasuk CCTV-1, CCTV-4, CCTV-11, CCTV-13 dan CGTN English TV Channel untuk meneroka dan memaparkan kisah-kisah Cina yang menarik.

Ketua eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) Carrie Lam dan presiden CMG Shen Haixiong menyampaikan ucapan di majlis pelancaran, disertai oleh Le Yucheng, timbalan pengarah National Radio and Television Administration, Wang Linggui, timbalan pengarah Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau Majlis Negeri, Lu Xinning, timbalan pengarah Pejabat Liaison Kerajaan Rakyat Pusat di HKSAR dan lain-lain.

Lam berucap melalui video dan berkata bahawa prinsip "Satu Negara, Dua Sistem" telah dapat bertahan lama dan sejak penyatuan semula 25 tahun yang lalu, begitu juga dengan integrasi Hong Kong dalam pembangunan negara. Kehadiran CMG yang berkembang pantas di pentas global dalam beberapa tahun kebelakangan ini membolehkan budaya dan jenama-jenama Cina berkembang ke peringkat global. Dengan CGTN Documentary TV Channel and Radio The Greater Bay CMG bersiaran langsung, ia akan membantu penduduk di Hong Kong untuk berhubung dengan lebih baik bersama rakan seperjuangan tanah besar. Beliau berharap agar CMG akan meningkatkan liputan kehidupan penduduk di Hong Kong serta pembangunan bersepadu dalam erti kata yang pelbagai rupa dan berbilang lapisan.

Shen berkata bahawa kedua-dua program yang dijadualkan untuk disiarkan pada 1 Julai akan memaklumkan rakan seperjuangan di Hong Kong tentang dasar negara dan strategi pembangunan dengan lebih baik, dengan harapan agar Hong Kong terus menyertai tanah besar demi pembangunan. Bagi CMG, amat penting untuk menjelaskan tentang kisah-kisah Hong Kong bagi menonjolkan sepenuhnya pesona bandar tersebut dengan mewarisi budaya tradisional Cina dan berusaha mencapai inovasi serta memberi dorongan yang lebih padu kepada pelaksanaan "Satu negara, Dua sistem" yang mantap dan berterusan.

Le Yucheng memuji CMG kerana menerbitkan dan menyiarkan banyak karya cemerlang yang mencerminkan pencapaian penting pembangunan negara dan pembaharuan Hong Kong serta sumbangan CMG untuk mengekalkan kestabilan sosial. "Kami benar-benar berharap agar media di tanah besar dan Hong Kong akan merebut peluang perkembangan sejarah, menjadi pencatat, saksi untuk membuka lembaran baharu Hong Kong."

Wang Linggui berkata dalam ucapan beliau bahawa beliau percaya kehadiran CMG di Hong Kong akan membantu membimbing masyarakat Hong Kong untuk memahami dan melaksanakan prinsip "Satu negara, Dua Sistem" secara sepenuhnya dan tepat.

Lu Xinning yang berucap melalui video menegaskan tentang kepentingan CMG terhadap liputan berita dan penyebaran budaya di Hong Kong. Lu percaya bahawa hasil kerja CMG akan menggalakkan lagi penduduk Hong Kong untuk mencari kenangan penuh emosi bersama.

Chen Jianwen, Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat CPC menyatakan harapan beliau terhadap CMG untuk terus memainkan peranan sebagai media arus perdana, memimpin media pada semua peringkat dan semua jenis untuk mempererat hubungan, untuk menunjukkan pesona, daya hidup dan daya penarik Kawasan Teluk Lebih Besar dengan cara yang menyeluruh dan pelbagai tahap.

Turut diadakan di majlis pelancaran tersebut, CMG memperkenalkan lagu tema ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong ke tanah air, "Heading Forward" dan memperkenalkan drama radio yang bertutur dalam Bahasa Kantonis tentang sekumpulan belia yang memberi inspirasi dari tanah besar dan Hong Kong.

Pautan: https://youtu.be/YpEBcr2Fz78

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications