omniture

Kovol menjadi pengusaha baharu Pasaran Pengecas GaN 140W

KOVOL
2022-06-27 09:20 218

SHENZHEN, China, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Tahun lalu, syarikat mudah alih gergasi mendedahkan komputer riba 16-inci yang diperbaharui dengan pelbagai jenis port untuk sambungan termaju dan hayat bateri luar biasa, yang memerlukan penyesuai kuasa 140W. Seperti yang kita ketahui, pengecas asli komputer riba 16 yang terkini hanya boleh mengecas satu peranti, yang mana bukan mudah untuk mereka yang ingin mengecas telefon bimbit mereka secara serentak semasa perjalanan perniagaan. Bagi menangani masalah ini, jenama pengecasan pantas Kovol yang disyorkan oleh ZDNet dan XDA, dimiliki oleh Stiger Group-pembekal Anker, AOC dan RAVPower tidak melengahkan masa untuk melaksanakan Power Delivery 3.1 yang terkini ke dalam pengecas dinding dwi-port 140W serba baharu mereka yang direka bentuk untuk komputer riba 16" terkini, yang dapat mengecas pantas dua peranti sekali gus. Kovol mengaplikasikan teknologi GaN III yang terbaharu untuk menjadikannya lebih mudah dibawa bagi mencapai saiz kompak.

Pengecas Dinding 140W Kovol imej 1
Pengecas Dinding 140W Kovol imej 1

 

Pengecas Dinding 140W Kovol imej 2
Pengecas Dinding 140W Kovol imej 2

Output kuasanya yang diperkuatkan membawa pengecasan ke tahap baharu. Dengan adanya output pengecasan 140W sebagai kelengkapan anda, bererti anda boleh mengecas sepenuhnya komputer riba 16" hingga 100% hanya dalam 70 minit (kabel MagSafe diperlukan, tidak disertakan). Kuasa sebanyak ini juga bererti pengecas Kovol ini amat sesuai untuk peranti dengan tuntutan tinggi seperti komputer riba permainan. Selain itu, Penyesuai Kuasa USB-C 140W Kovol boleh menambah kuasa komputer riba dan telefon bimbit anda bersama-sama pada kelajuan tinggi melalui port USB-C 120W dan port USB-A 18W maksimum, maka tiada lagi kebimbangan bateri lemah untuk peranti anda yang memerlukan kuasa, sementara pengecas lain dalam pasaran tidak dapat mengecas dengan pantas dua peranti secara serentak. Di samping itu, pengecas 2-port berasaskan GaN III & SiC ini adalah 5% lebih kecil berbanding pengecas USB-C 140W satu-port asal yang hanya mempunyai satu port. Teknologi GaN III memberikan kecekapan lebih tinggi dan arus pengecasan dan dalam masa yang sama mengekalkan suhu permukaan yang rendah. Tambahan pula, teknologi Q-Pulse yang eksklusif daripada Kovol menyediakan perlindungan lonjakan dan mencegah pemanasan lampau demi pengalaman pengecasan 100% selamat. Sama ada menambah semula kuasa kepada telefon anda untuk menghidupkan permainan dengan intensiti yang tinggi, pengecas dindung PD 3.1 140W Kovol boleh mengendalikan semuanya pada harga pengenalan $89.99.

Pautan Produk: https://bit.ly/3OqhvGk

Maklumat Perhubungan Awam:
Alais Wang
Pengarah Pemasaran
+86-18603824752
marketing@kovolinc.com

Source: KOVOL
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services