omniture

Yili Kekal Jenama FMCG Paling Dipilih di China, menurut Laporan Jejak Jenama Kantar 2022

Yili Group
2022-06-27 09:44 184

HOHHOT, China, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 23 Jun, Kantar Worldpanel mengeluarkan Chinese Mainland Brand Footprint Report 2022 (Laporan Jejak Jenama Tanah Besar Cina 2022). Dengan kadar penembusan jenama 92.4% dan jangkauan pengguna mencecah 1.3 bilion, Yili sekali lagi disenaraikan di tempat pertama antara jenama-jenama FMCG yang paling dipilih dalam pasaran Cina. Bagi tahun ke-10 berturut-turut, Yili kekal menjadi jenama paling banyak dipilih oleh pengguna Cina menurut laporan Brand Footprint oleh Kantar.

"Yili Quality" diperakui oleh 1.3 bilion pengguna Cina

Produk-produk yang berkualiti tinggi membolehkan Yili mencapai lebih 1.3 bilion pengguna Cina. Berpegang kepada kepercayaan korporatnya bahawa "Yili" bermaksud kualiti terbaik, Yili telah mewujudkan sistem pengurusan kualiti dalaman holistik yang melibatkan semua pekerja dan seluruh proses operasi, membawakan lebih 1,000 pemeriksaan yang dilalui oleh setiap produk Yili.

Yili Products
Yili Products

Di bahagian huluan, Yili membangunkan sistem "ladang pintar" untuk penternakan lembu dan pengurusan kesihatan yang lebih bersasar dan saintifik bagi menyediakan susu mentah yang berkualiti tinggi. Di bahagian pertengahan, Yili menaik taraf "kilang pintarnya" untuk dilengkapi dengan sistem kebolehkesanan produk hujung-ke-hujung yang menghimpunkan dan menganalisis data pengeluaran untuk pemantauan kualiti produk dan pencegahan serta memberi amaran awal tentang risiko-risiko kualiti. Di bahagian hiliran, Yili melancarkan platform digital yang memberi pandangan yang lebih cekap dan tepat berhubung keperluan pengguna untuk menyokong pengoptimuman produk dan kualiti perkhidmatan yang selanjutnya.

Inovasi berterusan membantu Yili mengekalkan kedudukannya sebagai jenama pengguna paling dipilih di China 

Mempercayai bahawa "Tiada inovasi, tiada masa depan", Yili menyelaraskan usaha inovasinya secara erat dengan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama dan mengintegrasikan sumber global untuk mewujudkan rangkaian inovasinya. Sehingga kini, Yili telah menubuhkan 15 pusat inovasi yang berpangkalan di Asia, Eropah, Oceania dan benua Amerika.

Tahun ini, Yili melancarkan banyak produk baharu untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna untuk pemakanan dan faedah kesihatan. Disokong oleh inisiatif pemasaran yang inovatif, produk baharu dan perniagaan baharu Yili telah mencapai pertumbuhan yang pesat. Satine Ultra-Filtered Milk, umpamanya telah mendapat sambutan yang baik dalam pasaran dengan memenuhi keperluan kesihatan pengguna. Produk baharu ini membawakan kandungan protein dan kalsium yang tinggi serta kandungan lemak dan natrium yang rendah melalui aplikasi teknologi ultra-penapisan terhadap susu mentah bagi mengurangkan lemak tambahan, laktosa dan natrium, berserta air bagi mengentalkan protein susu pekat.

Selain daripada jenama induk Yili, Kumpulan ini turut memiliki lebih 20 sub-jenama. Antaranya, jualan tahunan jenama induk Yili, AMBPOMIAL dan Satine setiap satunya mencecah hasil sebanyak lebih RMB 20 bilion manakala bagi Jinlingguan dan Youngfun pula setiap satunya melangkaui RMB 10 bilion.

Produk-produk inovatif telah membantu Yili mencapai pertumbuhan yang berterusan. Pada tahun 2021, Yili mencapai jumlah hasil sebanyak RMB 110.595 bilion, lalu menjadi syarikat tenusu bernilai RMB 100 bilion yang pertama di Asia.

Jason Yu, Pengurus Besar Kantar di China, mengulas bahawa biarpun dengan perubahan perintis yang berlaku dalam pasaran Cina sepanjang dekad lalu, jenama-jenama yang terkemuka kesemuanya tetap berdaya tahan dan mencipta model pertumbuhan pelanggan yang mampan dengan kekuatan jenama mereka yang luar biasa, kecemerlangan saluran serta keupayaan inovasi produk yang kukuh.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Food/Beverages Survey, Polls & Research