SINGAPURA, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sepanjang dekad yang lalu, pemanduan berautonomi telah berkembang maju daripada visi masa depan menjadi realiti. LiDAR ((Light Detection and Ranging, Laser Imaging Detection and Ranging) Pengesanan dan Penjulatan Cahaya, Pengesanan dan Penjulatan Pengimejan Laser) ialah sensor yang penting untuk pemanduan automatik. Teknologi ini tersedia dalam beberapa kereta mewah dengan automasi pemanduan bersyarat Tahap 3. Toshiba merupakan antara syarikat yang mempunyai LiDAR yang dapat mengendalikan pemanduan berautonomi Tahap 4.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/Toshiba_202206.shtml
Baru-baru ini, Toshiba mendedahkan kemajuan ketara dalam unit projektor laser sebesar tapak tangan baharu ini yang mendorong julat pengesanan LiDAR hingga 300m, yang terpanjang di dunia dengan peneraju industri resolusi imej 1200x84 piksel. Ia boleh dikonfigurasi dengan kombinasi unit projektor yang fleksibel untuk mengendalikan pelbagai aplikasi pengesanan jarak jauh dan sudut luas. LiDAR baharu ini akan meningkatkan kemajuan dalam banyak bidang aplikasi seperti pemanduan berautonomi dan pemantauan infrastruktur serta membuka jalan untuk meninjau peluang perkongsian dalam bidang-bidang lain.
Keselamatan jalan raya sering dikompromi oleh cuaca yang buruk dan risiko daripada kejadian atau bencana. Penggunaan kamera pengawasan dan radar ketika ini mempunyai keterbatasan dalam mengukur jarak, lemah dalam merakam objek dalam 3D dengan jelas dan berprestasi lemah di bawah keadaan cahaya rendah. Sistem LiDAR Toshiba mengesan keadaan jalan raya dengan serta-merta dan tepat serta membantu membuat keputusan berhubung pergerakan. Dengan pengalaman selama berdekad-dekad dalam semikonduktor dan kepakaran kami dalam teknologi optik, Toshiba berupaya untuk merealisasikan pengecilan saiz LiDAR keadaan pepejal dan dalam masa yang sama memastikan keandalan dan juga prestasi yang tahan lama.
Penyelesaian daripada Toshiba adalah LiDAR yang dapat menggunakan berbilang unit projektor kecil, sumber pancaran laser. Kesemuanya memancarkan pancaran yang selamat pada mata dalam arah yang sama, yang meningkatkan julat yang efektif. Pendekatan ini juga mengurangkan saiz keseluruhan LiDAR dengan mengecilkan isipadu unit projektor kepada 71cm3. Reka bentuk litar yang inovatif ini mengurangkan papan kawalan motor sebanyak 60% daripada saiz prototaip terdahulu dan menggunakan kepakaran dalam pemasangan komponen 3D untuk mengubah kedudukan komponen dan juga kanta.
LiDAR berkait rapat dengan automasi kenderaan, iaitu pasaran berkembang pesat yang dijangka mencecah 42 juta unit setahun menjelang tahun 2030. Toshiba bermatlamat untuk mengkomersialkan LiDAR bagi tujuan pemanduan berautonomi dan pemantauan infrastruktur berkejituan tinggi dalam tahun fiskal 2023 serta berharap dapat meneroka aplikasi baharu dalam robot, dron serta peranti keselamatan.