omniture

Berkembang di negara-negara ASEAN, Pesanan Pertama Segway-Ninebot Dihantar dari Vietnam

NINEROBOT (HONG KONG) TRADING, LTD.
2022-06-27 10:00 229

BEIJING, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 17 Jun, tempahan pertama daripada kilang Vietnam Segway-Ninebot telah diselesaikan dan dihantar. Sebagai peneraju global bagi penyelesaian pengangkutan jarak dekat dan industri robotik, rantaian bekalan Vietnam yang sangat baharu daripada Segway-Ninebot dapat memenuhi permintaan global terhadap pengeluaran yang berkualiti tinggi, selepas menerima ujian dan pensijilan yang berkaitan oleh agensi-agensi berwibawa.

Tambahan pula, terletak di Vietnam, kilang berkenaan juga layak dengan keutamaan tarif apabila mengeksport produk-produk ke kebanyakan negara ASEAN, yang akan meningkatkan nilai komersialnya dengan banyak.

Selepas mewujudkan beberapa tapak pengeluaran di China, Segway-Ninebot memperluas rantaian bekalannya ke Vietnam tahun ini, menjadikannya lebih mudah untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran global. Strategi ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap pengangkutan jarak dekat dan robot perkhidmatan pintar.

Segway-Ninebot F-Series
Segway-Ninebot F-Series

Pengangkutan jarak dekat sedang memulakan satu lagi gelombang pertumbuhan dalam dunia pasca-pandemik. Orang ramai di seluruh dunia menjadi lebih teliti berbanding sebelum ini tentang keperluan terhadap pengangkutan hijau.

Selain itu, di kawasan-kawasan bandar, untuk pengulang-alik harian, apabila jarak ulang-alik adalah sama ada tidak cukup jauh untuk memandu atau menggunakan pengangkutan awam, mahupun tidak cukup dekat untuk berjalan kaki, skuter tendang (kickscooter) elektrik boleh memadankan keperluan berkenaan dengan sempurna. Sehingga kini, skuter elektrik sudahpun menjadi kaedah pengangkutan yang sangat popular di pusat-pusat bandar utama di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat serta mendapat sambutan yang baik di negara-negara ASEAN.

Kilang Vietnam
Kilang Vietnam

Pesanan pertama yang diambil oleh kilang Vietnam ialah E-KickScooter F Series. Siri ini direka bentuk untuk merealisasikan prestasi yang cemerlang dan komprehensif dalam pengangkutan jarak dekat, khususnya untuk pekerja pejabat. Julat jarak asas adalah dari 20-40 km, dengan kelajuan maksimum 30 ksj (selamat dan dibenarkan menurut peraturan lalu lintas jalan raya).

Skuter tendang elektrik yang canggih ini mendemonstrasikan yang terkini dan terhebat yang ditawarkan oleh Segway-Ninebot dan didatangkan lengkap dengan banyak teknologi pintar termasuk bateri, motor dan modul kawalan berkualiti tinggi, badan keluli karbon, sistem brek responsif dan lampu LED depan terbina dalam. Tambahan pula, apabila dihubungkan melalui bluetooth dengan Segway-Ninebot App, skuter tendang ini akan membantu penunggang memantau status dan data menunggang pada waktu sebenar, mengunci skuter tendang dan menaik taraf perisian tegar.

Pada masa depan, Segway-Ninebot akan membangunkan lebih banyak barisan produk di kilang Vietnam dengan kualiti yang tinggi dan teknologi canggih agar dapat membawa pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Dengan harta intelek yang terkemuka di dunia, Segway-Ninebot bertujuan untuk memimpin pengguna dan seluruh industri menuju masa depan.

 

Source: NINEROBOT (HONG KONG) TRADING, LTD.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics