omniture

European Wellness dan ABH Group Tubuhkan Pusat Anti-Penuaan, Kelanjutan Usia dan Pencegahan Penyakit Bertaraf Dunia di Santorini, Greece

European Wellness Biomedical Group
2022-06-27 11:24 141

ATHENS, Greece, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- European Wellness International GMBH (EW Group) telah menandatangani satu Perjanjian Usaha Sama (JVA) dengan ABH Clinical Prevention and Age Management S.A. (ABH Group), berganding bahu untuk menubuhkan pusat permukiman (retreat) perubatan, kesejahteraan dan estetik di tengah-tengah Santorini, Greece.

Diwujudkan berlatarbelakangkan salah satu pulau yang paling indah di dunia, EW-ABH Center eksklusif yang dijenamakan bersama ini akan menampilkan penyelesaian regeneratif biologi, kesihatan dan kesejahteraan termaju – termasuk terapi kesihatan dan sel integratif proprietari serta produk dan perkhidmatan pengurusan umur – yang akan membezakannya sebagai salah satu kemudahan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang paling canggih dan serba lengkap di Mediterranean.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengumpul sumber dan kepakaran masing-masing untuk usaha sama ini dalam sesi penandatanganan digital yang diadakan pada 29 April 2022, masing-masing diwakili oleh Pengerusi EW Group Prof. Dato' Sri Dr. Mike Chan dan Pengarah Urusan ABH Group Dr. Athanasios Athanasiou.

Kerjasama strategik mereka akan melibatkan entiti bergabung ABH Group, Athanasiou Iatriki S.A. serta gabungan dan subsidiari kolektif EW Group termasuk bahagian akademik, bio-pembuatan, penyelidikan, pusat penjagaan kesihatan dan kesejahteraan serta pengedaran produk.

Menurut satu laporan terkini oleh pertubuhan bukan untung Global Wellness Institute, ekonomi kesejahteraan global diunjurkan berkembang 9.9% setiap tahun, mencecah nilai $7.0 trilion USD pada tahun 2025.

Memanfaatkan pengalaman selama berdekad-dekad dalam industri anti-penuaan, penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan perubatan regeneratif biologi, EW Group dan ABH Group berkedudukan baik untuk memanfaatkan pasaran yang berkembang pantas ini melalui kolaborasi mereka, yang sejajar dengan visi mereka untuk menyediakan kepada komuniti sekitar dengan jalan untuk penjagaan kesihatan dan kesejaheraan yang berkualiti tinggi.

Latar Belakang European Wellness Biomedical Group

Ditubuhkan pada tahun 1991, EW Group ialah kumpulan Eropah yang memenangi berbilang anugerah dengan pelbagai paten yang paling terkenal kerana pembangunan perintisnya dalam terapeutik sel stem prekursor, imunomodulasi, peptida biologi dan perubatan regeneratif biologi. Portfolio Kumpulan ini merangkumi bahagian perniagaan multinasional yang beroperasi secara kolektif dalam bidang-bidang baru muncul perubatan regeneratif biologi; bahagian-bahagian ini termasuk penyelidikan dan pembangunan, bio-pembuatan, latihan dan pendidikan, pusat anti-penuaan dan pengedaran produk kepada pengamal dan pengguna merentas 80 negara. Kumpulan ini turut memiliki rangkaian semakin berkembang dengan 26 Pusat Kesejahteraan diakreditasi di peringkat antarabangsa secara global. Hari ini, Kumpulan ini beribu pejabat di Jerman dan Kota Kinabalu, Malaysia (Asia Pasifik), dengan kemudahan pembuatan terletak secara strategik di Jerman, Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

https://european-wellness.eu

Latar Belakang ABH Group 

Athens Beverly Hills Medical Group (ABH) ialah Kumpulan Perubatan memenangi anugerah yang ditubuhkan pada tahun 2008 di Athens oleh Dr. Athanasiou dan Dr. Fatsea, mengkhusus dalam bidang pembedahan plastik dan dermatologi. Kumpulan ini telah berkembang selama bertahun-tahun, meluaskan bidang pengkhususannya bagi merangkumi ginekologi, andrologi, penurunan berat badan, obesiti dan anti-penuaan. Hari ini, Kumpulan ini dicalonkan sebagai pusat kecemerlangan oleh ESAAM (European Society of Preventive, Regenerative and Anti-Aging Medicine) dan merupakan salah satu Kumpulan Perubatan yang paling mantap dan bereputasi baik untuk pembedahan plastik, dermatologi dan pengurusan umur di Greece.

https://abh-medicalgroup.com/en/

 

Source: European Wellness Biomedical Group
Keywords: Health Care/Hospital