omniture

OldTown Kopitiam ganding bahu dengan Ecolab untuk piawaian kebersihan berasaskan sains bantu jamin operasi kafe yang bersih

Ecolab
2022-06-27 13:17 91

OldTown Kopitiam mendedahkan wajah baharu dan model perniagaan termasuk kolaborasi dengan Ecolab untuk membantu menyediakan operasi kafe yang bersih, ditanda aras berdasarkan beberapa piawaian kebersihan berasaskan sains yang paling canggih di dunia   

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ecolab, peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan air, kebersihan dan pencegahan jangkitan, telah dipanggil oleh rangkaian restoran Malaysia, OldTown Kopitiam untuk menyediakan prosedur pembersihan dan penyahjangkitan yang dipertingkat untuk 168 outletnya.

Dalam gambar: Dawn Liew, Ketua Pegawai Eksekutif, OldTown White Coffee, F&B Kopitiam, Asia Pasifik
Dalam gambar: Dawn Liew, Ketua Pegawai Eksekutif, OldTown White Coffee, F&B Kopitiam, Asia Pasifik

OldTown Kopitiam melancarkan penyegaran jenamanya dan, selain mengumumkan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan baharu yang ketara, syarikat ini turut mempersembahkan logo dan menu yang dikemas kini, menampilkan lebih daripada 40 item baharu. Penyegaran jenama OldTown merangkumi konsep kedai, pakaian seragam dan pendigitalan, menggabungkan nostalgia kopitiam dengan keperluan gaya hidup hari ini. Bagi menerajui pemulihan ekonomi untuk industri francais, OldTown juga telah melancarkan pakej francais mikro dan francais di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Malaysia.

Prosedur pembersihan dan penyahjangkitan berasaskan sains yang canggih akan menjadi bahagian penting dalam rancangan pembukaan semula OldTown yang selamat, ketika syarikat ini ingin mengembalikan operasinya ke tahap pra-pandemik ketika COVID-19 semakin reda di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada usahanya, Ecolab menyediakan latihan kebersihan dan sanitasi kepada pekerja OldTown Kopitiam, mensanitasi produk dan memasang pendispens pensanitasi tangan di outlet-outlet syarikat.

Dawn Liew, Ketua Pegawai Eksekutif, OldTown Kopitiam berkata:

"Pelanggan dan kakitangan kami merupakan keutamaan nombor satu kami dan kami komited untuk memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka. Orang ramai gemar bersosial bersama rakan-rakan atau berehat sebentar daripada kehidupan mereka yang sibuk di restoran kami dan menyediakan tahap kebersihan yang tertinggi merupakan bahagian penting dalam pengalaman pelanggan kami. Melalui perkongsian Bersama Ecolab ini, kami telah meningkatkan proses pembersihan dan penyahjangkitan kami agar pelanggan tetap yakin mereka dapat menikmati kopi berkualiti terbaik dalam ruang yang suci murni dan bersih. Ini merupakan bahagian penting daripada rancangan kami untuk membuka semula dengan selamat dan memberi keyakinan kepada pelanggan kami untuk menjamu selera dan mengunjungi outlet kami."

Jason Chow, Pengurus Negara untuk Ecolab Malaysia, berkata:

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan nama jenama yang cukup popular dalam persada restoran Malaysia dan kami mengucapkan tahniah kepada OldTown Kopitiam atas penyegaran jenamanya. Kolaborasi antara kedua-dua syarikat kami ini adalah tepat pada masanya dan relevan. Pasukan Ecolab menyediakan kepada restoran-restoran dengan penyelesaian yang terbaik dalam kelas yang dapat membantu memastikan operasi yang bersih dan selamat serta berbangga dapat memainkan peranan dalam membina kepercayaan serta meningkatkan keyakinan tatkala OldTown Kopitiam mengalu-alukan kembali lebih ramai tetamu."

Latar Belakang Ecolab 

Rakan kongsi yang dipercayai hampir di tiga juta lokasi pelanggan, Ecolab (ECL) ialah peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan air, kebersihan dan pencegahan jangkitan yang membantu melindungi kesihatan orang ramai, planet dan perniagaan. Dengan jualan tahunan sebanyak $13 bilion dan lebih daripada 47,000 rakan sekutu, Ecolab menyampaikan penyelesaian berasaskan sains yang komprehensif, pandangan berpandukan data dan perkhidmatan bertaraf dunia untuk memajukan keselamatan makanan, membantu mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat, mengoptimumkan penggunaan air dan tenaga serta meningkatkan kecekapan operasi dan kemampanan untuk pelanggan dalam pasaran makanan, penjagaan kesihatan, hospitaliti dan juga perindustrian di lebih daripada 170 negara di serata dunia. www.ecolab.com

Ikuti kami di LinkedIn @Ecolab, Twitter @Ecolab, Instagram @Ecolab_Inc dan Facebook @Ecolab

Latar Belakang OldTown Kopitiam, www.oldtownmy.com

Ditubuhkan pada tahun 1999, OldTown mengeluarkan campuran minuman segera. Pada tahun 2005, perniagaan ini berkembang ke dalam sektor perkhidmatan makanan menerusi pembukaan rangkaian dengan lebih 182 kafe di Malaysia dan rantau ASEAN, berasaskan kepada persekitaran dan suasana kedai kopi tradisional Ipoh "Kopitiam" di bawah nama jenama "OldTown White Coffee". 

Mempelopori warisan budaya dan makanan "Kopitiam" Malaysia dan Asia, OldTown Kopitiam telah mewujudkan ikutan pelanggan yang baik untuk hidangan makanan kegemaran selesa "Kopitiam" yang enak, bermula daripada hidangan makanan tempatan iaitu Nasi Lemak, Ipoh Hor Fun, Mi Kari, Mi Bihun Udang, Mi Lebar dan banyak lagi. Rangkaian Kopitiam ini juga terkenal dengan aneka Roti Bakar dan Roti yang tersendiri dan kesemuanya digandingkan dengan sempurna bersama rangkaian Kopi Putih dan dan minuman teh tradisionalnya.

Source: Ecolab
Keywords: Beverages Entertainment Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages New products/services