omniture

CGTN: Mengapa falsafah pembangunan China dapat membantu mendorong kemakmuran global

CGTN
2022-06-28 04:12 394

BEIJING, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Tatkala dunia berhadapan dengan cabaran yang getir termasuk pandemik COVID-19, konflik serantau dan tindak balas terhadap globalisasi, komuniti antarabangsa berusaha untuk mengekalkan pembangunan sekali gus menangani kekurangan dalam keamanan serta tadbir urus global.

"Ini merupakan zaman yang penuh dengan cabaran, namun ia juga merupakan era yang penuh dengan harapan," ujar Presiden Cina Xi Jinping ketika beliau mengehoskan Dialog Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Global pada hari Jumaat dalam format maya.

Xi menyatakan beberapa buah negara telah mempolitikkan dan meminggirkan isu pembangunan, membina "halaman yang kecil dengan pagar yang tinggi," mengenakan sekatan maksimum serta mencetuskan perpecahan dan konfrontasi.

Beliau juga menggesa komuniti antarabangsa untuk mengenali trend dunia yang lazim, mengukuhkan keyakinan dan bertindak bersama-sama dan dengan motivasi yang besar untuk menggalakkan pembangunan global dan memupuk paradigma pembangunan yang membawa manfaat buat semua, keseimbangan, penyelarasan, keterangkuman, kerjasama yang saling menguntungkan dan kemakmuran bersama.

Merealisasikan impian orang ramai demi kehidupan yang lebih baik

Xi menceritakan kisah dan pengalaman beliau menjadi seorang petani di Dataran Tinggi Loess pada lewat tahun 1960-an apabila berucap di acara tersebut.

Beliau berkata selepas melawat bandar, pekan dan kampung di seluruh China dan banyak negara di dunia selama bertahun-tahun, satu kesan mendalam yang beliau perolehi ialah hanya dengan pembangunan yang berterusan, impian rakyat terhadap kehidupan yang lebih baik dan kestabilan sosial dapat direalisasikan.

Menegaskan untuk menetapkan pembangunan sebagai tumpuan dalam agenda antarabangsa, Xi menyeru untuk melaksanakan Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030 PBB dan membina konsensus politik bahawa pembangunan dihargai oleh semua orang dan kerjasama diusahakan secara bersama oleh semua negara.

Mengejar pembangunan bersama

Di bawah bimbingan Xi, China komited untuk membina dunia dengan kemakmuran bersama. Pada hari Jumaat, Xi mengemukakan empat cadangan untuk menggalakkan pembangunan bersama.

Beliau menyeru untuk membina secara bersama konsensus antarabangsa bagi menggalakkan pembangunan. "Hanya apabila orang ramai di seluruh dunia menjalani kehidupan yang lebih baik, kemakmuran dapat dikekalkan, keselamatan dilindungi dan hak asasi manusia dipasakkan dengan kukuh."

Beliau berkata bahawa komuniti antarabangsa harus saling bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran antarabangsa yang didayakan demi pembangunan yang dibawakan dengan ekonomi dunia terbuka serta sistem tadbir urus global yang adil dan saksama.

Langkah perlindungan akan berbalik kepada diri sendiri; sesiapa yang cuba membentuk blok eksklusif akhirnya akan terasing; ujar Xi, menambah bahawa sekatan maksimum tidak memberi faedah kepada sesiapa dan amalan penyahgandingan dan gangguan bekalan tidak dapat dilakukan dan tidak mampan.

Presiden Cina itu juga menekankan keperluan untuk memupuk pemacu yang baharu untuk pembangunan, berkata usaha harus dilakukan untuk meningkatkan inovasi saintifik dan teknologi serta inovasi institusi, memajukan industri-industri moden, merapatkan jurang digital dan mempercepatkan peralihan karbon-rendah.

Dari segi pembangunan, tiada negara atau individu harus ditinggalkan, Xi menegaskan, menyeru untuk menjalin perkongsian pembangunan bertaraf global.

"Negara-negara maju harus memenuhi kewajipan mereka, negara-negara sedang membangun harus mempererat kerjasama manakala bahagian Selatan dan Utara harus bertemu antara satu sama lain di pertengahan jalan," kata Xi.

Janji utuh China

Memberi keutamaan kepada kesejahteraan seluruh umat manusia, Xi mencadangkan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) di Perbahasan Agung Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-76 pada September 2021 dalam mengemudi pembangunan global menuju pentas baharu pertumbuhan yang seimbang, terselaras dan inklusif yang diterima baik dan disokong dengan padu oleh lebih daripada 100 negara.

Pada hari Jumaat, Xi mengumumkan langkah-langkah pragmatik China untuk memberi sokongan yang berterusan kepada Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030 dan mendorong kemakmuran global.

Beliau berkata China akan menaik taraf South-South Cooperation Assistance Fund kepada Global Development and South-South Cooperation Fund, menambah $1 bilion kepada dana tersebut selain daripada $3 bilion yang telahpun diberikan selain meningkatkan input kepada UN Peace and Development Trust Fund.

China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memajukan kerjasama dalam pengurangan dan pembasmian kemiskinan, penghasilan dan bekalan makanan, pembangunan hijau, inovasi vaksin, penyelidikan dan pembangunan serta meningkatkan pengindustrian dan keterhubungan, ujar Xi.

Menurut presiden Cina, negara ini akan menyediakan platform untuk perkongsian pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang pembangunan antarabangsa, pusat promosi pembangunan global dan jaringan pengetahuan global untuk pembangunan, bagi tujuan bertukar-tukar pengalaman tadbir urus serta mendorong pembelajaran bersama.

"Kami akan mengehoskan forum global tentang pembangunan belia dan mengambil bahagian dalam pelancaran pelan tindakan global berhubung pembangunan belia dalam usaha untuk menghimpunkan sebanyak mungkin kekuatan demi pelaksanaan Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030," kata Xi.

https://news.cgtn.com/news/2022-06-24/Xi-Jinping-hosts-High-level-Dialogue-on-Global-Development-1b84KzgwYko/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion