omniture

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Memenangi BLI 2022 PRO Award daripada Keypoint Intelligence

FUJIFILM Business Innovation
2022-06-28 10:00 96

Revoria Press™ PC1120 Dianugerahkan sebagai Peranti Pengeluaran CMYK+ Bervolum Tinggi Cemerlang

SINGAPURA, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. memenangi Buyers Lab (BLI) 2022 PRO Award daripada Keypoint Intelligence untuk Peranti Pengeluaran CMYK+ Bervolum Tinggi Cemerlang, hasil daripada warna-warna khusus Revoria Press™ PC1120, keupayaan pengendalian media campuran, aliran kerja pengeluaran yang cekap dan pencapaian penilaian 5 Bintang yang tertinggi dalam gamut warna. Jualan telahpun bermula di rantau Asia Pasifik sejak pelancarannya pada Julai 2021.

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Wins BLI 2022 PRO Award from Keypoint Intelligence
FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Wins BLI 2022 PRO Award from Keypoint Intelligence

Dengan kelajuan cetakan yang tinggi iaitu 120 halaman seminit untuk pelbagai jenis media serta berat kertas selain resolusi output sebenar 2,400 dpi, pencetak pengeluaran ini direka bentuk untuk memaksimumkan potensi perniagaan pengguna melalui kemungkinan warna yang tidak terhingga, produktiviti di-luar-kotak dan keupayaan tanpa had. Enjin enam warna, laluan tunggalnya menawarkan tahap ekspresi CMYK+ yang tiada tandingan dengan gamut warna diperluas dan kecerahan yang dipertingkat. Aliran kerja juga menjadi lancar dengan teknologi AI – menghapuskan kerumitan peningkatan pra-pengeluaran seperti pembetulan gradasi 10-bit dan mengupayakan tona kulit yang lebih licin dan kecerahan warna bersama-sama toner Pink. Revoria Press™ PC1120 memanfaatkan kuasa transformasi produktiviti dan prestasi revolusioner untuk menyerlahkan nilai sebenar pencetakan CMYK+.

Menurut Keypoint Intelligence, sorotan yang berjaya bagi Revoria Press™ PC1120 ialah enam stesen warna dengan keupayaan CMYK sebelum-dan-selepas yang memberikan rangkaian pilihan kreatif sebaris yang lebih luas berbanding peranti pengeluaran lain dalam pasaran. Keupayaan pengendalian media yang luas pada pencetak pengeluaran ini memastikan tiada kelembapan pada aliran kerja media campuran, menghasilkan lebih banyak kerja dikendalikan sebaris sebagai penyerahan kerja tunggal. Di samping itu, peranti ini menawarkan gamut warna CMYK terbesar yang dapat dilihat setakat ini, yang digandingkan dengan rangkaian warna khusus lalu menghasilkan palet warna yang amat besar. Akhir sekali, platform intuitif boleh disesuaikan daripada Revoria Flow PC11 mengupayakan pengurusan peranti yang cekap dan keupayaan pengurusan jarak jauh yang cemerlang, lalu menjadikan peranti ini sebagai pencetak pengeluaran yang benar-benar cemerlang.

"Dengan penyedia perkhidmatan cetakan (PSP) yang ingin menyediakan rangkaian pilihan output yang lebih luas kepada pelanggan, yang matlamatnya adalah untuk memastikan hasil cetakan mereka menonjol daripada khalayak, Fujifilm Revoria Press™ PC1120 benar-benar menyerlah," kata David Sweetnam, Pengarah Perkhidmatan Penyelidikan & Makmal EMEA/Asia Keypoint Intelligence. "Stesen-stesen pengimejan tambahan sebelum dan selepas unit CMYK standard, berserta pelbagai jenis pilihan toner, menjadikan peranti ini menonjol berbanding yang lain dalam arena digital ini."

Revoria Press(TM) PC1120
Revoria Press(TM) PC1120

"Kami berbesar hati menerima pengiktirafan yang diberikan kepada Revoria Press™ PC1120 ini. Anugerah ini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pencetak berwarna pengeluaran digital terbaik dalam pasaran untuk produktiviti, kefleksibelan dan aliran kerja," kongsi Scott Mackie, Pengurus Besar, Perniagaan Perkhidmatan Komunikasi Grafik, FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. "Pengiktirafan ini telah mengesahkan misi dan komitmen kami agar tidak berhenti berinovasi untuk menyampaikan nilai pelanggan dan mencipta peluang pelanggan yang lebih besar di rantau ini. Kami teruja untuk menunjukkan lebih lagi daripada apa yang kami mampu lakukan pada masa akan datang."

Latar Belakang Keypoint Intelligence 

Selama 60 tahun, pelanggan dalam industri pengimejan digital telah bergantung kepada Keypoint Intelligence untuk ujian amali bebas, data makmal serta kajian pasaran yang ekstensif bagi mendorong kejayaan produk dan jualan mereka. Keypoint Intelligence telah diiktiraf sebagai sumber yang paling dipercayai dalam industri ini untuk maklumat yang seimbang, analisis serta anugerah hasil daripada pengalaman penganalisis selama berdekad-dekad. Pelanggan memanfaatkan pengetahuan misi kritikalnya untuk pembuatan keputusan yang strategik, pengupayaan jualan harian serta kecemerlangan operasi bagi menambah baik matlamat perniagaan dan meningkatkan pendapatan bersih. Dengan tumpuan utama kepada pelanggan, Keypoint Intelligence terus berkembang seiring dengan perubahan industri dengan meluaskan tawaran serta mengemas kini kaedah dan dalam masa yang sama memahami serta menyediakan perkhidmatan untuk transformasi pengeluar, saluran dan pelanggan mereka dalam sektor pencetakan dan pengimejan digital.

Latar Belakang BLI PRO Awards 

Berdasarkan keputusan daripada ujian lapangan pengeluaran yang ekstensif, yang melaluinya puluhan ribu halaman dicetak dan ratusan titik data dianalisis, Buyers Lab PRO Awards meraikan pelaksana terbaik pada setiap tahun. Program-program ujian Production 2.0 dan 2.0 LITE baharu Keypoint Intelligence memfokuskan kepada isu-isu penting hari ini, termasuk automasi amalan terbaik, kekonsistenan output dalam jangka masa panjang, keupayaan penyelenggaraan pengendali utama dan pelbagai analisis kualiti imej serta produktiviti.

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation ialah peneraju global yang komited untuk terus menyampaikan inovasi kepada perniagaan pelanggan di serata dunia, untuk mencipta tempat kerja yang inovatif dan memuaskan hati dengan menerima maklumat dan pengetahuan dengan efektif melalui transformasi digital (DX). Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul kepakaran sejak penubuhan kami pada tahun 1962, untuk membina persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang bagi memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan bagi penyelesaian aliran kerja bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak berbilang fungsi digital (MFP). Kami turut menawarkan perkhidmatan penyumberluaran proses perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).

Pada 1 April 2021, kami telah menukar nama syarikat daripada Fuji Xerox kepada FUJIFILM Business Innovation. Lebih daripada sekadar pertukaran nama, ia merangkumkan komitmen kami untuk meneruskan sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mengejar inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific merupakan ibu pejabat serantau syarikat global FUJIFILM Business Innovation, memberi sokongan korporat dan perkhidmatan bersama untuk rantau Asia Pasifik. https://fujifilm.com/fbglobal

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards