omniture

Laporan Landskap Media APAC PR Newswire 2022 Kongsi Trend dan Pembangunan Industri Utama di Rantau ini

PR Newswire Asia
2022-06-28 16:36 390

HONG KONG, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar, melancarkan laporan Landskap Media APAC 2022 hari ini. Laporan berkenaan menawarkan pandangan yang komprehensif tentang trend dan pembangunan dalam industri media merentas 9 pasaran di rantau Asia-Pasifik.

Landskap Media APAC PR Newswire 2022
Landskap Media APAC PR Newswire 2022

Laporan berkenaan membolehkan perniagaan serta golongan profesional Perhubungan Awam (PR) & Komunikasi mengemudi dengan lebih baik landskap media tempatan yang kompleks dan pelbagai di APAC dengan maklumat khusus-pasaran. Ia termasuk outlet media yang popular, perubahan penting kepada dasar media dan topik serta isu industri yang mencetuskan minat orang ramai. Pasaran-pasaran yang mendapat liputan laporan tersebut ialah Australia, tanah besar China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Beberapa trend industri media yang utama dalam laporan tersebut termasuk: peningkatan perkhidmatan langganan berita, e-dagang sebagai sumber hasil tambahan untuk outlet media dan semakin banyak syarikat menggunakan teknologi seperti Kecerdasan Buatan untuk menyasarkan dan memahami khalayak digital dengan lebih baik. Dengan pemecutan pendigitan dalam industri media, terdapat juga desas-desus berkisarkan Metaverse, yang akan mentakrifkan semula bagaimana khalayak menggunakan maklumat secara maya.

4 Trend Penting daripada Landskap Media APAC 2022
4 Trend Penting daripada Landskap Media APAC 2022

"Kami berharap agar laporan ini akan melengkapkan pelanggan kami dengan pandangan bermakna tentang perbezaan bernuansa dari segi cara industri media beroperasi merentas pasaran-pasaran APAC yang berbeza dan membantu membentuk strategi komunikasi tempatan mereka," kata Royce Shih, Naib Presiden dan Ketua Komersial, APAC di Cision, syarikat induk PR Newswire.

Laporan Landskap Media APAC PR Newswire 2022 disusun mengikut pasaran dan setiap bab mengandungi:

  • Gambaran Keseluruhan: Ringkasan tentang landskap media setiap pasaran
  • Sorotan Media 2021: Peristiwa-peristiwa penting yang telah membentuk industri ini, bermula dengan perubahan dalam dasar media, penstrukturan semula dan penutupan outlet berita utama hinggalah format kandungan digital baru muncul
  • Petikan Media: Panduan untuk para penggiat utama dalam industri media, meliputi pelbagai sektor seperti Akhbar & Majalah, Televisyen, Radio, Agensi Berita, Media Dalam Talian serta Media Sosial
  • Sorotan Jaringan Pengedaran Berita PR Newswire: Ringkasan daripada rakan-rakan kongsi kandungan utama dan bilangan wartawan serta pempengaruh dan outlet media dalam pangkalan data media PR Newswire
  • Tinjauan Media: Apa yang menanti industri media pada tahun 2022 – daripada isu-isu yang hangat diperkatakan hinggalah trend akan datang

Laporan berkenaan dihasilkan dengan sokongan daripada Pasukan Pembangunan Audiens syarikat. Berpangkalan di 10 bandar di seluruh APAC, pasukan tersebut memainkan peranan penting dalam membina dan meluaskan jaringan pengedaran berita PR Newswire yang ekstensif melibatkan outlet media dan juga agensi berita. Pasukan berkenaan menyenggara pangkalan data media yang luas merangkumi lebih daripada 85,000 wartawan dan pempengaruh daripada lebih 35,000 outlet media. PR Newswire juga telah membina kerjasama dengan lebih daripada 2,000 rakan kongsi kandungan di seluruh rantau ini. Bab Thailand dalam laporan berkenaan disumbangkan oleh InfoQuest, rakan kongsi kandungan PR Newswire.

Untuk mengetahui tentang persekitaran media yang unik dan tabiat penggunaan tempatan merentas 9 pasaran di APAC, muat turun Laporan Landskap Media APAC PR Newswire 2022.

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd. ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik. Kunjungi www.prnasia.com untuk maklumat lanjut.

 

 

Source: PR Newswire Asia
Keywords: Advertising Survey, Polls & Research