omniture

Majlis Penyampaian DBN Science and Technology Award ke-12 Luaskan Lagi Wawasan Inovasi Pertanian

Global Agricultural Science and Technology Innovation Platform (GAIN)
2022-06-28 19:51 220

BEIJING, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Beijing Dabeinong Science and Technology Group Co., Ltd. ("DBN"), sebuah perusahaan teknologi tinggi pertanian, akan menganjurkan majlis penyampaian DBN Science and Technology Award ("Majlis") kali ke-12 di Beijing pada 28 Jun yang akan distrimkan secara langsung serentak dengan sekitar 100 sesi selari kepada khalayak global melalui Global Agricultural Technology Innovation Platform (GAIN).

Industri-industri di serata dunia sedang mengalami transformasi digital dan pertanian tidak terkecuali. Memandangkan inovasi membawa kepada kejayaan baharu, pertanian sedang dibentuk semula, seterusnya meningkatkan keperluan terhadap kerjasama antarabangsa berhubung masa depan pembangunan dan dasar pertanian.

Atas semangat inilah DBN menganjurkan Majlis tersebut, yang akan menghimpunkan 1 juta peserta dalam talian dari serata dunia termasuk para saintis bidang pertanian dan wakil-wakil daripada pertubuhan penyelidikan saintifik yang terkemuka. Para penceramah ucaptama melibatkan Prof. Oene Oenema, Dr. Hartmut Michel, Penerima Hadiah Nobel dalam Kimia, Muhammad Yunus, Penerima Hadiah Nobel dalam Keamanan, Qian qian, Pengerusi Jawatankuasa Penilaian DBN Science and Technology Award ke-12 & Ahli Akademik Chinese Academy of Sciences, Qiao Shiyan, Naib Pengerusi Jawatankuasa Penilaian DBN Science and Technology Award ke-12 & Ahli Akademik Chinese Academy of Engineering, Profesor China Agricultural University, Cik Julie-Anne Nichols, Pesuruhjaya Kanan Perdagangan dan Pelaburan Queensland serta Ketua Rantau Besar China, berserta Shao Genhuo, Pengerusi DBN dan Dr. Song Weiping, Ketua Pegawai Eksekutif DBN, yang akan menyampaikan ucapan perasmian dan menggulung sesi ucaptama acara berkenaan.

Dabeinong Science and Technology Award (DBN Award) ialah anugerah perusahaan yang diluluskan oleh Kementerian sains dan teknologi China. Sepanjang 23 tahun yang lalu, 11 DBN Awards sebelum ini menerima 2804 projek yang dimohon dengan jumlah keseluruhan sebanyak 38.91 juta yuan. 409 pakar (termasuk 16 ahli akademik) memenangi DBN Award. Dabeinong Science and Technology Award ke-12 mempunyai jumlah bonus sebanyak 10 juta yuan. Terdapat 65 projek pemenang anugerah termasuk 3 projek hadiah khas, 13 projek hadiah pertama, 18 projek hadiah kedua dan 31 projek Anugerah Inovasi. Majlis penyampaian anugerah akan disampaikan oleh tiga pemenang hadiah khas untuk laporan.

"Majlis tersebut merupakan satu pendekatan baharu yang sepenuhnya ketika kami meningkatkan skop pertukaran dan komunikasi kami ke tahap serba baharu," kata Dr. Song Weiping, Ketua Pegawai Eksekutif DBN Group. "Kami berharap agar platform ini dapat berperanan sebagai asas untuk jalinan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi pertanian, memecahkan halangan terhadap kolaborasi dan inovasi."

Dipacu oleh prospek global, DBN menjalin perkongsian dengan institusi-institusi yang terkemuka di dunia. Dalam bidang bioteknologi tanaman, ia bekerjasama dengan Performance Plants Inc., Stain, Evogene, Doriane dan Bioceres. Dalam bidang bioteknologi pembiakan pula, ia bekerjasama dengan North Carolina State University, Canadian Centre for Swine Improvement, AGH dan University of Nottingham.

Untuk maklumat lanjut tentang pemenang dan DBN Science and Technology Award, sila kunjungi Global Agricultural Technology Innovation Platform (GAIN).

Source: Global Agricultural Science and Technology Innovation Platform (GAIN)
Keywords: Agriculture Broadcast Technology Computer/Electronics Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)