omniture

Hisense Puji Pemain Bola Sepak Wanita melalui Kempen #RememberTheName, Komited Tingkatkan Pengalaman Perlawanan

Hisense
2022-06-28 19:58 166

QINGDAO, China, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sepanjang tahun lalu, perhatian ramai peminat bola sepak telah tertumpu kepada sukan bola sepak wanita di seluruh dunia. Sebagai rakan kongsi yang dibanggakan bagi EURO 2022™ UEFA Women, Hisense bermatlamat untuk menyumbang kepada pertumbuhan besar dan profesionalisasi bola sepak wanita, memberi inspirasi dan menyokong pemain wanita dan peminat yang bersemangat terhadap sukan tersebut dan membawa lebih perhatian daripada khalayak terhadap pencapaian atlet-atlet wanita.

Dengan menjalin kerjasama dengan perlawanan dan pelaburan yang berterusan dalam pasaran tempatan, Hisense telah menjalin hubungan yang kukuh bersama pengguna Eropah. Bermula dengan kira detik 10 hari menuju EURO 2022™ UEFA Women, Hisense melancarkan kempen-kempen inspirasi untuk membantu mendapatkan pengiktirafan untuk lebih ramai pemain bola sepak wanita yang layak diterima oleh mereka sekali gus menjalin hubungan emosi yang lebih mendalam bersama pengguna Eropah.

Kempen Interaktif dan Amal  

Hisense, sebagai rakan kongsi global EURO 2022 UEFA Women dan sebuah perusahaan bertaraf antarabangsa, melancarkan kempen #RememberTheName mulai Jun hingga Ogos, secara dalam talian dan luar talian untuk memperkasa dan meraikan semua detik luar biasa wanita dan membolehkan peminat di seluruh dunia untuk memberi galakan dan sokongan yang selanjutnya kepada semua pemain bola sepak wanita serta wanita yang bersemangat mengenai bola sepak.

Melalui perlawanan tersebut Hisense dan UEFA akan membuat hantaran "Hisense Vision," siri klip digital pada halaman media sosial. Klip-klip ini akan menunjukkan kepada setiap peminat bola sepak dengan detik-detik paling hebat yang dicipta oleh pemain bola sepak wanita pada setiap hari perlawanan.

Bagi meningkatkan pengalaman penglibatan perlawanan peminat, khalayak yang menyertai kempen tersebut akan berpeluang untuk memenangi tiket perlawanan, bola perlawanan rasmi yang digunakan dalam kejohanan dan hadiah-hadiah lain.

Selain daripada yang disebut di atas, pasaran akhir Hisense turut menghimpunkan rangkaian daya sosial yang lebih luas untuk memperkasa sukan wanita melalui sumbangan kebajikan awam. Di UK, pengguna dapat memperoleh ganjaran pulangan tunai sebanyak £30 hingga £500 sekiranya mereka membeli produk Hisense secara dalam talian atau di kedai antara 1 Jun hingga 26 Julai. Hisense menggalakkan pengguna untuk menyumbang amaun pulangan wang tunai disesuaikan untuk pertubuhan amal yang menyokong pertumbuhan sukan wanita - 'Women in Sport' untuk memberi sumbangan berharga kepada wanita yang mencintai sukan bola sepak dan membina persekitaran sukan yang lebih baik buat semua.


Penyetempatan Produk dan Pengurusan di Eropah

Hisense komited untuk memenuhi keperluan pengguna tempatan melalui kempen pemasaran dan pengurusan penyetempatan. Bagi memenuhi keperluan pasaran-pasaran yang berbeza, Hisense telah menjalankan kajian yang meluas dan mengubah suai produknya bagi memenuhi keperluan tempatan.

Peti sejuk Hisense menunjukkan prestasi yang baik di Eropah pada tahun lalu. Hasil yang luar biasa ini adalah kerana Hisense memahami iklim yang menyebabkan hasil tanaman tempatan sukar didapati pada musim sejuk; justeru itu, permintaan terhadap peti-sejuk-penyejuk-beku akan meningkat. Oleh itu, Hisense mereka bentuk peti sejuk dengan kapasiti separuh dan separuh untuk pengguna Eropah, yang membolehkan jualan peti sejuk melonjak.

Bagi Hisense, berhubung sepenuhnya dengan pengguna tempatan melalui hubungan emosi dan menyediakan produk yang unggul merupakan kunci kejayaan. Hisense akan berganding bahu dengan EURO 2022 UEFA Women untuk memberikan pengalaman perlawanan bola sepak wanita yang hebat dan mengagumkan dunia kepada peminat melalui teknologi termaju serta produk yang lebih baik.

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Consumer Electronics Household Products Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements Women-related news