Petal Search bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan carian pada bila-bila masa, di mana-mana
SHENZHEN, China, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Petal Search telahpun diumumkan sebagai pemenang iF DESIGN AWARD 2022 di bawah disiplin Pengalaman Pengguna (UX).
Diasaskan pada tahun 1953, iF Design telah menjadi lambang global reka bentuk yang cemerlang dan iF DESIGN AWARD tahunan merupakan salah satu anugerah reka bentuk yang paling berprestij di seluruh dunia.
Sebagai pemenang iF award, Petal Search tekal berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan meningkatkan perkhidmatannya secara berterusan agar pengguna dapat menikmati kemudahan perjalanan carian yang disesuaikan untuk mereka.
Menjadikan pengalaman carian intuitif dan cekap
Dengan sejumlah besar aplikasi yang digunakan pada masa kini, bertukar-tukar antara aplikasi dan cuba mencari maklumat spesifik boleh menjadi rumit. Berusaha untuk menangani masalah utama ini, Petal Search mereka bentuk pengalaman carian semua-dalam-satu untuk membina hubungan yang lebih baik antara pengguna dan pelbagai maklumat yang tersedia pada peranti mereka.
Daripada perlu membuka aplikasi berasingan, pengguna boleh melaksanakan semua tugas mereka dalam satu aplikasi, hasil daripada usaha Petal Search. Meliputi lebih 20 vertikal, pengguna boleh mengakses perkhidmatan daripada rangkaian penyedia yang berbeza untuk mencari apa sahaja yang mereka perlukan.
Dengan pembukaan semula sempadan, ramai juga yang terfikir untuk melancong. Dengan Petal Search, pengguna boleh merancang setiap aspek perjalanan mereka. Mencari tempat yang menarik untuk dikunjungi, menemoah tiket penerbangan dan hotel, malah menyemak keadaan cuaca yang terkini, kesemuanya dalam Petal Search.
Memahami setiap individu dengan bantuan AI
Petal Search berdedikasi untuk terus meningkatkan perkhidmatannya agar pengguna dapat menikmati kemudahan perjalanan carian yang disesuaikan untuk mereka.
Dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan, Petal Search berupaya untuk memahami dengan lebih baik hasrat setiap pengguna dan menyediakan kepada mereka dengan pengalaman carian yang dipertingkat. Di samping membebaskan pengguna daripada masalah bertukar-tukar antara halaman untuk mencari apa yang mereka inginkan, Petal Search menggabungkan hasil carian setempat dan dalam talian bagi mengoptimumkan setiap carian.
Tatkala pengguna terus menggunakan Petal Search, enjin gelintar tersebut mula mengenali tabiat individu, minat serta konteks kehidupan harian setiap pengguna. Kemudian, Petal Search meramalkan apa yang akan dicari oleh setiap individu dan menawarkan cadangan khusus kepada mereka, bermula daripada aplikasi yang kerap digunakan, laman sesawang dan tugas akan datang.
Dengan memaparkan kandungan yang interaktif dan visual, Petal Search membolehkan pengguna untuk mengesan maklumat yang mereka cari dalam lautan hasil serta-merta.
Menggalakkan penerokaan dan penemuan
Ketika Petal Search terus memahami penggunanya, enjin gelintar tersebut menggalakkan mereka untuk meneroka dan meneliti hasil di luar jangkaan awal mereka. Ia mungkin memberi cadangan berguna seperti produk yang berkaitan dengan item yang dibeli oleh mereka atau kandungan menarik yang berkaitan dengan carian terdahulu. Petal Search mampu memahami bahasa unik setiap pengguna dan menawarkan hasil daripada penyedia yang berbeza.
Mengulang tentang kemenangan tersebut, pemimpin pasukan reka bentuk UX Petal Search berkata, "Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini yang mengiktiraf inovasi yang kami bawakan kepada Petal Search, meningkatkan pengalaman pencarian semua-dalam-satu untuk pengguna seluruh dunia. Pasukan Petal Search komited untuk membawa penambahbaikan dan pengemaskinian yang selanjutnya kepada platform ini untuk meningkatkan pengalaman untuk pengguna kami termasuk ciri-ciri baharu, reka bentuk dan langkah-langkah keselamatan."
Dengan bantuan daripada strategi semua-senario 1+8+N dan teknologi kecerdasan buatan Huawei, Petal Search membentuk platform terbuka dan inklusif dengan pelbagai jenis kandungan dan perkhidmatan. Memandang ke hadapan, Petal Search akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menawarkan kepada penggunanya dengan perjalanan carian yang paling optimum dan menyeronokkan.
Untuk memuat turun dan mengalami Petal Search, sila kunjungi: https://bit.ly/3rpGYGY