omniture

Bersedia Bertemu Industry 5.0 Secara Langsung: Permulaan Pendaftaran untuk Kelas Dalam Talian "Program Latihan Bakat AI" ASUS

Taipei Computer Association
2022-06-29 09:00 124

TAIPEI, 29 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai tindak balas kepada Dasar Baharu Pandang ke Selatan (New Southbound Policy) kerajaan dan di bawah bimbingan Biro Pembangunan Perindustrian, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, "Program Latihan Bakat AI" ("AI Talent Training Program") bertujuan untuk melaksanakan latihan berskala penuh untuk bakat AI. Sebagai sebahagian daripada program ini, ASUS IoT Group bekerjasama dengan Taipei Computer Association untuk membiasakan pelatih dengan konsep Industry 5.0 melalui analisis trend industri. Kandungan kursus termasuk: pengenalanan kepada teknologi AI, alat analisis pengesanan kesilapan visi mesin / data bentuk gelombang dan aplikasinya, pengenalan kepada platform pelindung keselamatan perindustrian / platform penyelenggaraan prediktif peralatan dan aplikasinya dan berkongsi kes-kes yang berjaya.

Kandungan kursus ditambah dengan projek-projek individu atau kumpulan kecil bagi memberi peluang kepada pelatih untuk benar-benar menggunakan perisian pengesanan kesilapan visi AI yang dibangunkan oleh ASUS dan menyelesaikan beberapa masalah pengesanan kesilapan pembuatan biasa yang dihadapi oleh syarikat-syarikat atau industri mereka. Pelatih yang menyelesaikan kursus dan lulus peperiksaan akan menerima sijil yang dapat digunakan untuk membuktikan kemahiran mereka apabila menangani kerja pemeriksaan pembuatan pintar pada masa akan datang. Kami menyeru semua individu yang berminat untuk mendaftar dengan segera. Kursus berkenaan dirancang pada bulan Julai melalui platform pembelajaran dalam talian Program Latihan Bakat AI; sila kunjungi https://staic.tca.org.tw/ untuk maklumat lanjut.

Penganjur-penganjur

  1. Biro Pembangunan Perindustrian, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
  2. Program Latihan Bakat AI
  3. SEA Taiwan AI College
  4. Taipei Computer Association

Penganjur Bersama:ASUS

[Latar Belakang ASUS]

Sebagai salah satu jenama teknologi yang terkemuka di dunia, ASUS berusaha untuk mencipta produk dan penyelesaian asli, intuitif dan mudah digunakan, memberikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan kepada orang ramai dan merangka pelan hala tuju demi gaya hidup digital yang lebih baik. ASUS mempunyai pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan hampir 50 ahli bertaraf dunia dan mendapat reputasi untuk cetak biru teknologinya untuk masa depan yang merangkumkan inovasi evolusi. ASUS menerima purata lebih daripada 11 anugerah kualiti, inovasi dan reka bentuk setiap tahun dan telah dipilih sebagai salah satu "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" oleh majalah Fortune.

[Latar Belakang ASUS IoT]

ASUS IoT ialah salah satu sub-jenama ASUS dan bertanggungjawab terhadap pengintegrasian perisian-perkakasan dalam bidang AI dan IoT serta pembangunan penyelesaian tersuai. Ia berdedikasi untuk menjadi penyedia penyelesaian terbenam yang boleh dipercayai dan berharap dapat menyediakan produk dan perkhidmatan yang bertaraf dunia kepada pelbagai pasaran sekali gus memastikan pengguna menikmati persekitaran hidup dan kerja yang mudah dan selamat.

Source: Taipei Computer Association
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet