JAKARTA, Indonesia, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kementerian Komunikasi dan Informatik Indonesia (MCI) melalui the National Movement for Digital Literacy Siberkreasi bersama-sama LALEILMANINO dan JKT48 mengundang anak muda di Indonesia, khususnya Generasi Z (Gen Z) untuk mengikuti sesi Siaran Langsung Instagram pada 24 Jun 2022. Sesi tersebut bertujuan untuk mendalami keterujaan dan kesan semasa menghasilkan lagu "Berani Bersuara<3<3".
LALEILMANINO dan JKT48 Mengadakan Sesi Siaran Langsung Instagram untuk Mempromosikan lagu "Berani Bersuara <3<3"
Sejak kejayaan pelancarannya, "Berani Bersuara <3<3" telah memperoleh 335 ribu penonton di YouTube. Lagu ini dihasilkan sebagai pelawaan kepada anak muda di Indonesia agar menjadi lebih berani dalam mengekspresikan diri mereka lebih banyak lagi di media sosial, tetapi turut memikirkan dengan lebih teliti kata-kata mereka.
"Media sosial dipantau oleh ramai orang. Apa pun yang kita taip bukannya dilihat oleh seorang dua sahaja. Jadi, kita harus memikirkan terlebih dahulu dan menjadi lebih bijak sebelum menghantar atau mengulas di platform-platform digital," kata kumpulan idola JKT48.
Sikap warga Indonesia dalam dunia digital
Pelancaran lagu tersebut merakamkan detik yang tepat untuk memberi respons kepada predikat Indonesia sebagai negara dengan tahap kesopanan digital yang paling teruk di Asia Pasifik pada tahun 2020 berdasarkan kepada Indeks Kesopanan Digital (DCI) yang diterbitkan oleh Microsoft. Daripada 32 negara yang disoal selidik, Indonesia menduduki tempat ke-29, yang terakhir antara negara-negara Asia Pasifik yang lain.
"Tahap kesopanan digital yang rendah ini merupakan salah satu cabaran dalam pembangunan literasi digital di Indonesia. Justeru itu, ayuh kita menjadi lebih bijak dalam menyuarakan pendapat kita dan mengelakkan daripada menggores perasaan orang lain atau menyebarkan maklumat palsu," kata Rizki Ameliah, Penyelaras Literasi Digital di MCI.
Sebagai panduan tambahan untuk meningkatkan kesopanan dalam dunia digital, LALEILMANINO berkata, "Cara paling mudah untuk berkomunikasi dengan baik secara digital adalah dengan meletakkan diri anda di tempat orang lain sebelum membuat hantaran atau mengulas. Bayangkan sama ada kata-kata dan perbuatan anda menyakiti orang lain atau tidak."
Maksud di sebalik lirik lagu "Berani Bersuara <3<3"
Berbeza daripada cara penyebaran yang lain, LALEILMANINO dan JKT48 memilih untuk mencipta lagu bagi menyampaikan pesanan mereka. Ini kerana Gen Z ialah generasi yang sangat mengikuti perkembangan terkini dengan hal-hal yang berkaitan dengan seni seperti muzik.
Merangkumi susunan muzik yang rancak dan nada yang ceria serta korus yang menarik seperti 'Be careful when you speak, be careful of hurting others, your words are meaningful' ('Hati-hati bicara, awas ada yang terluka, kalimatmu bermakna'). "Berani Bersuara <3<3" bertujuan untuk menggalakkan pendengar untuk menggunakan mulut dan jari mereka untuk perkara yang positif dan baik.
Gabungan antara gerak tarian yang rancak dan suara tersendiri anggota JKT48 menggamit perhatian Gen Z di Indonesia. "Kami ingin menyentuh hati generasi lebih muda di Indonesia melalui muzik dan tarian," kata JKT48.
Agar pesanan tersebut menjadi lebih berkesan, sokongan daripada warga muda Indonesia diperlukan untuk menyebarkan pesanan lagu "Berani Bersuara <3<3". "Suara anda amat bermakna. Teruskan menggunakan suara anda untuk menyebarkan perkara yang baik. Manfaatkan kata-kata anda dengan bijak dan jadilah cahaya buat orang lain di luar sana," tambah Nino daripada LALEILMANINO.
Tonton video muzik "Berani Bersuara <3<3" di YouTube Siberkreasi. Untuk maklumat lanjut dan acara literasi digital yang lain, kunjungi http://info.literasidigital.id dan ikuti @Siberkreasi di TikTok dan Instagram.
Latar Belakang Kementerian Komunikasi dan Informatik Indonesia
Kementerian Komunikasi dan Informatik Indonesia melalui Ditjen Aptika mempunyai fungsi utama untuk menyebarkan dan membangunkan infrastruktur digital nasional bagi mempercepatkan transformasi digital Indonesia.
Kementerian ini bekerjasama dengan National Digital Literacy Movement Siberkreasi sebagai rakan kongsinya untuk menyediakan pendidikan mengenai literasi digital kepada masyarakat yang lebih luas melalui pelbagai bentuk media. Pergerakan ini memfokuskan kepada penggunaan literasi digital untuk meningkatkan keupayaan negara dan memajukan rakyat Indonesia.