omniture

100PLUS MERAIKAN HARI HIDRASI SEDUNIA DENGAN MENGHIDRATKAN LEBIH 100,000 ORANG AWAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

F&N Beverages Marketing Sdn Bhd
2022-06-29 14:17 75

KUALA LUMPUR, Malaysia , 29 Jun 2022 /PRNewswire/ -- 100PLUS telah menganjurkan satu karnival iaitu 'Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS' untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar kekal hidrat di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingannya. Inisiatif ini telah berjaya menarik perhatian lebih 100,000 rakyat Malaysia untuk turut serta mengamalkan gaya hidup aktif mereka.

100PLUS meraikan Hari Hidrasi Sedunia 2022 di Pavilion, Kuala Lumpur.
100PLUS meraikan Hari Hidrasi Sedunia 2022 di Pavilion, Kuala Lumpur.

Karnival yang telah berlangsung selama 4 hari dari 23 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022 di kawasan terbuka Pavilion Kuala Lumpur di mana produk 100PLUS percuma turut diedarkan kepada orang awam termasuk stesen LRT di sekitar Kuala Lumpur serta Stadium Iskandar JDT.

Sepanjang sambutan ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan selebriti, penyampai radio dan duta-duta 100PLUS. Pembukaan sambutan Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS ini telah disempurnakan oleh kehadiran Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei, wira kebangsaan Malaysia dan turut serta hadir adalah Syafiq Kyle untuk meningkatkan kesedaran kepentingan hidrasi dalam sesi bersama peminat. Penyampai radio daripada ERA turut sama turun padang pada Sabtu yang lalu.

"Saya gembira kerana 100PLUS telah mengambil inisiatif untuk menyaran kepentingan hidrasi kepada orang ramai. Tubuh manusia terdiri daripada 60% air dan kehilangan air daripada aktiviti harian menjadikan badan kita nyah hidrat. Sememangnya saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada sambutan pertama Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS ini, dan saya berharap agar rakyat Malaysia kekal hidrat dengan 100PLUS supaya anda boleh berikan 100% dalam apa yang anda buat!" ujar Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei semasa ditemubual.

Dalam sambutan ini, pengunjung juga tidak ketinggalan mencuba permainan interaktif dalam aplikasi telefon bimbit yang dihubungkan dengan papan iklan digital 3D. Papan iklan digital 3D ini merupakan yang pertama di Malaysia terletak di Pavilion Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ribuan pengunjung.  

"100PLUS sentiasa sinonim dengan hidrasi dan gaya hidup yang aktif, di mana kita selalu sibuk dengan tugas harian. Jadi, saya memilih 100PLUS sebagai teman wajib saya di mana-mana saja kerana ia membantu saya hidrat dengan pantas dan menghilangkan kelesuan," kata Syafiq Kyle.

Pengurus Kanan Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Leong Wai Yin dalam majlis tersebut berkata, "Hidrasi memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. 100PLUS mengandungi elektrolit yang membantu penghidratan optimum. Sebagai Rakan Hidrasi No. 1 Malaysia, kami komited dalam membantu pengguna untuk kekal hidrat, bertenaga dan fokus supaya mereka dapat memberikan 100% dalam apa sahaja gaya hidup aktif yang mereka minati".

"Kami ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi sambutan Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS. Kami amat berbesar hati dengan sambutan yang menggalakkan ini. Ternyata 100PLUS adalah minuman isotonik yang disukai ramai, dan ini adalah satu dorongan untuk kami sentiasa memberikan yang terbaik buat pengguna kami," ujar beliau lagi.

100PLUS berhasrat untuk terus menjadi Rakan Hidrasi rakyat Malaysia agar mereka kekal hidrat dan bertenaga. Dengan ini, 100PLUS akan sentiasa berusaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif, mengatasi cabaran di samping menyemarakkan semangat mereka untuk berikan 100% mereka dalam apa jua bidang dan minat yang diceburi.

 

Source: F&N Beverages Marketing Sdn Bhd
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Retail Sporting Events Sports