omniture

Pengeluaran besar-besaran Vertex S 430W generasi baharu bermula, Trina Solar bawakan modul prestasi ultra-tinggi untuk semua bumbung

Trina Solar Co., Ltd
2022-06-30 00:43 291

CHANGZHOU, China, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 28 Jun 2022, Trina Solar 210 Super Factory di Yiwu, China, memulakan secara rasmi pengeluaran besar-besaran modul Vertex S 430W generasi baharu, menandakan permulaan pengeluaran berskala penuh modul tersebut. Anggaran kapasiti pengeluaran siri Vertex baharu ini termasuk Vertex S dan Vertex 580W yang dinaik taraf tahun ini akan mencapai 10GW, angka yang dijangka mencecah lebih daripada dua kali ganda pada tahun hadapan. Modul-modul Vertex generasi baharu yang amat inovatif ini akan membawa kepada lebih banyak penghantaran modul global bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin berkembang dan menyampaikan pengalaman teknologi hijau yang unggul kepada pelanggan serta pengguna akhir di seluruh dunia ketika lebih banyak bumbung solar karbon-sifar dibina.

Sejak pelancarannya dalam bulan April, Siri Vertex dinaik taraf daripada Trina Solar ini, dengan kuasa lebih tinggi namun LCOE lebih rendah, menggamit banyak perhatian di peringkat antarabangsa dan dipuji secara meluas oleh pelanggan. Selain daripada teknologi berbilang busbar yang utama, pemotongan tidak memusnah dan teknologi saling hubung dengan ketumpatan tinggi, ia menggunakan teknologi wafers silikon segi empat tepat 210R yang terkini dan reka bentuk modul inovatif, meningkatkan kuasa modul tunggal hingga 30W, dengan kuasa output Vertex S hingga 430W dan kuasa output Vertex 550W hingga 580W, mencapai kecekapan modul sehingga 21.8%, menawarkan kelebihan signifikan berbanding produk-produk serupa yang lain dalam pasaran teragih global.

Dengan teknologi 210R baharu ditambah kepada rangkaian produk 210 Vertex, Trina Solar mengukuhkan lagi daya saingnya dalam segmen pasaran teragih. Melalui inovasi dan penemuan yang berterusan, modul 210R Trina Solar mengurangkan LCOE dengan ketara dan menjamin keandalan tahap tinggi. Ini memberikan prestasi yang cemerlang dalam pasaran teragih termasuk bumbung kediaman serta senario perindustrian dan komersial di seluruh dunia. Ia juga terus memaksimumkan nilai untuk pelanggan, membolehkan Trina Solar mengekalkan kedudukan penerajunya dalam aplikasi solar teragih sepenuhnya.

Bagi memastikan kualiti dan kecekapan tinggi modul prestasi ultra-tinggi yang baharu, Trina Solar menaik taraf secara komprehensif 210 Super Factory di Yiwu dengan meningkatkan barisan pengeluaran serta proses pembuatan. Trina Solar akan terus membawa produk yang lebih andal dan berkualiti tinggi dengan nilai pelanggan yang lebih besar serta pulangan lebih tinggi dan menyokong pembangunan hijau dan juga karbon-rendah di seluruh dunia.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services