omniture

Gotion High-Tech bertujuan melabur di pangkalan pengeluaran Eropah dengan kapasiti pengeluaran tahunan 18GWj

Gotion High-Tech
2022-06-30 00:40 268
  • Pangkalan Göttingen bagi Gotion High-Tech Co Ltd. (Gotion High-tech") dijangka mencapai matlamat kapasiti pengeluaran tahunan 6GWj dan 12GWj masing-masing dalam dua fasa, seterusnya mengupayakan pengeluaran bateri Gotion di Eropah.
  • GenDome, jenama storan tenaga mudah bawa pertama untuk pasaran luar negara, dilancarkan di pangkalan Göttingen dan ia bertujuan untuk dikeluarkan di peringkat tempatan di Göttingen.

GÖTTINGEN, Jerman, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 27 Jun, Gotion High-Tech mengadakan Forum Ekonomi Tenaga Baharu kali ke-5 dan Majlis Perasmian Gotion Germany di pangkalan Göttingen. Diketahui bahawa pangkalan Göttingen tersebut, sebagai pangkalan pengeluaran bateri dan operasi perniagaan yang pertama Gotion di Eropah dijangka memulakan transformasi menjelang akhir tahun ini. Pengerusi Li Zhen berkata bahawa Gotion menggabungkan dengan sempurna teknologi bateri canggih China dengan kejuruteraan proses termaju Jerman, seterusnya mengupayakan pengeluaran bateri Gotion di Eropah. Di upacara tersebut, Gotion High-Tech turut melancarkan GenDome, produk storan tenaga mudah bawa pertama untuk pasaran luar negara dan Gendock 3000, produk storan tenaga mudah alih, mudah bawa pertamanya secara serentak.

Wu Ken, Duta Luar Biasa dan Berkuasa Penuh China ke Jerman, Stephan Weil, Perdana Menteri Lower Saxony, Jerman, Petra Broistedt, Datuk Bandar Göttingen, Luo Yunfeng, Datuk Bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Hefei dan Li Zhen, Pengerusi Gotion High-Tech mengambil bahagian dan menyaksikan upacara tersebut.

Pangkalan Göttingen dengan kapasiti pengeluaran tahunan 6GWj dalam fasa pertama dijangka memulakan transformasi menjelang akhir tahun ini

Diketahui bahawa pangkalan Göttingen meliputi kawasan tapak seluas kira-kira 174,000 meter persegi dan mempunyai kawasan lantai kasar sedia ada kira-kira seluas 40,000 meter persegi. Menurut pelan tersebut, projek berkenaan akan dibina dalam dua fasa, iaitu kilang lapangan perang (brownfield) dan kilang lapangan hijau (greenfield) dengan sasaran pengeluaran tahunan masing-masing sebanyak 6GWj dan 12GWj. Fasa pertama transformasi kilang lapangan perang dijangka untuk dilancarkan secara rasmi menjelang penghujung tahun 2022 dan barisan pengeluaran pertama dengan kapasiti tahunan 3.5GWj akan memulakan operasi secara rasmi pada September 2023. Dijangkakan bahawa sasaran kapasiti pengeluaran tahunan 18GWj akan dapat dicapai selepas kilang-kilang lapangan perang dan lapangan hijau pangkalan tersebut mula beroperasi sepenuhnya.

Dr. Ahmet Toptas, Ketua bagi Kilang Göttingen, Gotion Germany, memperkenalkan bahawa: pangkalan Göttingen akan berorientasikan produk dengan matlamat utama untuk mencapai keneutralan karbon serta akan membina pasukan penyelidikan dan pembangunan produk tempatan di Eropah.

Digabungkan dengan pembangunan dan orientasi teknologi pasaran tenaga baharu di Eropah, pangkalan berkenaan akan mengkaji dan membangunkan produk bateri tenaga baharu yang dapat menampung pasaran Eropah tempatan dan melaksanakan pengeluaran bateri bas, bateri automotif, bateri storan tenaga, pengecasan mudah alih dan siri produk yang lain. Pada masa akan datang, ia berhasrat untuk meliputi pelanggan dalam sektor-sektor storan tenaga, kenderaan komersial dan kenderaan penumpang. "Dengan teknologi sel bateri litium ferum fosfat termaju Gotion High-Tech bersama-sama pekerja Jerman yang berpengalaman, kawalan kualiti yang ketat dan keperluan kualiti tinggi Eropah, kami berhasrat untuk meliputi pelanggan dalam sektor-sektor storan tenaga, kenderaan komersial dan kenderaan penumpang pada masa depan agar dapat memenuhi permintaan pasaran tenaga baharu di Eropah dan membantu Gotion High-Tech mempercepatkan pengembangan pasaran luar negara."

Produk storan tenaga mudah bawa pertama untuk pasaran luar negara akan dikilangkan di kawasan setempat di Göttingen

Selepas melancarkan bateri separa-pepejal dan stesen pengecasan storan tenaga mudah alih pintar pertama dalam bulan Mei, Gotion High-Tech terus melancarkan lebih banyak produk bateri tenaga. Di upacara perasmian tersebut, pangkalan Göttingen melancarkan GenDome, produk storan tenaga mudah bawa pertama untuk pasaran luar negara dan Gendock 3000, produk storan tenaga mudah alih, mudah bawa berkapasiti besar pertama yang dapat menukarkan tenaga solar dan tenaga angin kepada tenaga elektrik; ia bukan sahaja membantu pelanggan mengurus penggunaan tenaga isi rumah dan memenuhi keperluan harian isi rumah serta pengguna luar, tetapi turut memenuhi 99% keperluan kuasa pelanggan dan mengurangkan dengan berkesan bil tenaga. Produk storan tenaga isi rumah termasuk tiga model berbeza yang dibangunkan dan dikilangkan oleh pasukan perniagaan antarabangsa Gotion High-Tech. Pada masa akan datang, ia akan menyasarkan pasaran Eropah terutamanya. Di peringkat selanjutnya, produk akan dikilangkan di kawasan setempat di pangkalan Göttingen.

Pada hari upacara perasmian, Forum Ekonomi Tenaga Baharu ke-5 yang dianjurkan secara bersama oleh Gotion High-Tech, Committee of 100, Technical University of Braunschweig, Göttingen mbH ("GWG"), Die Chinesische Handelskammer di Deutschland ("CHKD") dan Pusat Pengajian Automobil Tongji University diadakan dengan jayanya di pangkalan Göttingen. Forum berkenaan memfokuskan kepada topik-topik seperti hubungan ekonomi China-Eropah, revolusi tenaga, peralihan karbon-rendah dan pasaran tenaga baharu serta menarik minat para eksekutif kanan daripada banyak perusahaan terkenal dalam industri tenaga baharu, profesor universiti, ilmuwan dan pegawai ekonomi serta politik yang berkaitan menghadiri forum berkenaan.

Li Zhen, Pengerusi Gotion High-Tech berkata: Dengan teknologi Cina dan kejuruteraan proses Jerman, kami mencapai pengeluaran bateri Gotion di Eropah"

Li Chen, Presiden Perniagaan Antarabangsa Gotion High-Tech, memperkenalkan dalam ucapan penutup bahawa Gotion High-Tech ialah sebuah syarikat bertaraf global yang menyediakan penyelesaian tenaga untuk pembekal, pelanggan dan rakan kongsi lain di dalam dan luar negara. "Kami bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan dan promosi produk bateri tenaga baharu, tetapi juga berusaha untuk membangunkan perniagaan ToC dalam secara serentak."

Menurut Li Chen, sejak Mei 2022, Gotion High-Tech melancarkan secara berturut-turut stesen pengecasan storan tenaga mudah alih pintar E-PLUS dibangunkan sendiri yang pertamanya untuk pengguna biasa dan produk storan tenaga mudah bawa Gendome untuk pasaran luar negara. Pada tahun 2025, kapasiti pengeluaran global Gotion High-Tech dirancang untuk mencapai 300GWj yang mana kapasiti pengeluaran luar negara pula dirancang untuk mencapai 100GWj.

Li Zhen, Pengerusi Gotion High-Tech, berkata dalam ucapan beliau bahawa hari ini kami telah memulakan penyelidikan dan pembangunan aplikasi serta pembuatan produk Bateri Gotion di Jerman dan Eropah. Pangkalan Göttingen Gotion akan bertransformasi secara beransur-ansur daripada pengeluaran alat ganti automotif dalam tahun-tahun terdahulu kepada pembuatan produk aplikasi bateri yang merupakan proses sukar namun cerah masa depannya. Dalam proses ini, kami harus melindungi budaya korporat sedia ada, mengambil bahagian secara proaktif dalam pembangunan Göttingen dan mempercepatkan kadar transformasi produk. "Kami akan menggabungkan teknologi bateri termaju China dengan kejuruteraan proses termaju Jerman untuk mencipta produk yang lebih cemerlang dan menyumbang kepada masyarakat agar dapat menggalakkan kemajuan serta pembangunan industri tenaga baharu."

*untuk tujuan rujukan sahaja

 

Source: Gotion High-Tech
Related Stocks:
Shenzhen:002074
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news