omniture

CJ Logistics Perkenal Palet Diperbuat Dengan Plastik Kitar Semula di Pusat Agihan Indonesia, Luaskan Usaha ESG Global

CJ Logistics
2022-06-30 08:00 159
  • Menggantikan palet sedia ada di pusat agihan Jakartanya dengan Palet Karbon-Sifar menawarkan jangka hayat produk yang lebih lama dan ketahanan lebih tinggi berbanding palet sedia ada.
  • Palet mesra alam diperbuat dengan sisa plastik yang terhasil semasa pembuatan bekas kedap udara dan tidak menunjukkan sebarang masalah dari segi kekuatan dan prestasi apabila diperkenalkan di tapak logistik Korea Selatan.
  • Emisi karbon dikurangkan sebanyak 67.3 kg setiap palet, sejumlah 26,880 untuk 400 palet yang bersamaan dengan menanam 8,960 batang pokok.

SEOUL, Korea Selatan dan JAKARTA, Indonesia, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- CJ Logistics mengumumkan pada 30 Jun bahawa syarikat ini telah meluaskan pengurusan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) globalnya menerusi pengenalan kepada 400 Palet Karbon-Sifar yang diperbuat dengan sisa plastik kitar semula di tapak agihannya di Jakarta, Indonesia. Penerimaan palet mesra alam ini menghasilkan pengurangan dalam emisi karbon dan dalam masa yang sama meningkatkan kecekapan logistik tempatan memandangkan komposisinya menjadikan palet tersebut lebih tahan lama berbanding palet kayu standard yang biasa digunakan di Indonesia.

CJ Logistics memperkenalkan Palet Karbon-Sifar diperbuat dengan sisa plastik kitar semula kepada pusat pengagihannya di Jakarta, Indonesia
CJ Logistics memperkenalkan Palet Karbon-Sifar diperbuat dengan sisa plastik kitar semula kepada pusat pengagihannya di Jakarta, Indonesia

Palet merujuk kepada platform rata, mendatar yang digunakan untuk menyimpan, mengangkut dan memuatkan barang-barang di tapak logistik. Umumnya, kebanyakan pusat logistik di Indonesia menggunakan palet kayu. Walau bagaimanapun, palet kayu sering digunakan untuk tempoh waktu yang singkat ekoran suhu dan kelembapan yang tinggi. Iklim tropika menyebabkan palet cepat reput dan turut menarik serangga perosak. Bagi menangani isu ini, CJ Logistics merancang untuk meningkatkan kecekapan operasi di pusat agihan Jakartanya dengan memperkenalkan palet plastik yang sangat tahan lama yang diperbuat dengan bahan-bahan plastik kitar semula yang rintang terhadap penguraian dan serangga perosak. CJ Logistics berkolaborasi dengan KOTRA untuk menghantar Palet Karbon-Sifar dengan selamat ke Indonesia.

CJ Logistics mencipta Palet Karbon-Sifar dengan menggabungkan sisa-sisa plastik yang diperoleh daripada pelanggan CJ Logistics LocknLock, syarikat produk isi rumah global dengan teknologi hijau yang baharu, daripada pengeluar palet Sangjin ARP. LocknLock bermurah hati menyediakan 12 tan sisa plastik yang dihasilkan semasa mengeluarkan produk isi rumah seperti bekas kedap udara, tanpa sebarang kos kepada CJ Logistics. Syarikat ini kemudiannya menggunakan plastik ini sebagai bahan mentah dan menghasilkan 400 palet mesra alam, mendemonstrasikan perkongsian yang saling menguntungkan antara CJ Logistics, LocknLock dan Sangjin ARP.

Setiap Palet Karbon-Sifar dapat mengurangkan 67.3 kg emisi karbon, bererti jumlah keseluruhan gas rumah hijau yang dikurangkan semasa pembuatan 400 palet adalah kira-kira 26,880 kg. Angka ini bersamaan dengan jumlah karbon dioksida tahunan yang diserap oleh 8,960 batang pokok pain.

Palet Karbon-Sifar juga dapat membawa kesan pengurangan karbon tambahan sepanjang jangka hayat produk ini. Biasanya, palet yang rosak dibuang sepenuhnya yang menghasilkan bahan buangan. Walau bagaimanapun, dengan teknologi palet modular (paten antarabangsa sedang menunggu) Sangjin ARP, palet rosak boleh dipulihkan dan bahagian yang rosak dikitar semula. Teknologi ini dijangka mengurangkan selanjutnya kos dan emisi karbon.

Walaupun palet diperbuat dengan sisa plastik kitar semula, CJ Logistics mengesahkan bahawa prestasi dan kekuatan Palet Karbon-Sifar sepadan dengan palet standard berkenaan dan dapat mengendalikan beban sehingga satu tan metrik. Keputusan ini adalah berasaskan kepada data yang dikumpul sepanjang tahun pertama pengenalan palet di pusat logistik Korea Selatan CJ Logistics. Tambahan pula, memandangkan kos pembuatan Palet Karbon-Sifar serupa dengan palet plastik standard baharu, CJ Logistics merancang untuk terus menjamin bekalan sisa plastik yang berkualiti tinggi bagi meluaskan pelaksanaan palet ini di tapak-tapak globalnya.

"Dengan memperkenalkan Palet Karbon-Sifar, kami berupaya mengurangkan emisi karbon dan meningkatkan kecekapan operasi di tapak logistik kami di Indonesia secara serentak," ujar Jin Mok Kim, pengarah presiden CJ Logistics Indonesia. Beliau menambah, "Kami merancang untuk meluaskan pengenalan palet mesra alam ini di tapak global kami dan mengamalkan selanjutnya model perniagaan logistik hijau."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CJ Logistics, sila kunjungi: https://www.cjlogistics.com/en/main

Source: CJ Logistics
Related Stocks:
Korea:000120
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Paper/Forest Products/Containers Transportation New products/services