omniture

DBN Group Tangani Secara Bersama Masalah Pertanian Mendesak bersama Saintis dan Pemenang Anugerah Cemerlang

Global Agricultural Science and Technology Innovation Platform (GAIN)
2022-07-01 08:56 227

Forum Inovasi Sains dan Teknologi Pertanian Global Zhongguancun Diadakan untuk Mengukuhkan Kekuatan berpandukan-Teknologi   

BEIJING, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Beijing Dabeinong Science and Technology Group Co., Ltd., sebuah perusahaan teknologi tinggi pertanian, baru-baru ini menganjurkan Forum Inovasi Sains dan Teknologi Pertanian Global Zhongguancun ("Forum") melalui Global Agricultural Technology Innovation Platform (GAIN) bagi meneroka penemuan penyelidikan yang terkini daripada kajian-kajian oleh para saintis yang cemerlang. Semasa forum tersebut, DBN Group turut menamakan penerima-penerima bagi Anugerah Sains dan Teknologi DBN ke-12 yang mana tiga puluh satu anugerah telah disampaikan kepada saintis dan penyelidik pertanian yang menyumbang dengan banyaknya kepada kemajuan sains pertanian China dengan membuat penemuan perintis dan membangunkan teknologi inovatif bagi menangani isu-isu dalam pelbagai bidang mencakupi sains benih, vaksin ternakan serta penanaman dan pengurusan kapas.

Lebih satu juta orang telah menonton siaran langsung Forum tersebut, yang boleh dilihat di sini.

 

"Sepanjang 23 tahun yang lalu, DBN Group telah memberi penghormatan dan mengiktiraf pelbagai penemuan saintifik dan teknologi penting dalam bidang pertanian utama China. Kami meneroka pendekatan baharu untuk menggalakkan lagi dan memberi insentif kepada kakitangan saintifik di barisan hadapan inovasi yang menggunakan kepintaran dan kreativiti mereka untuk menerobos lagi sempadan sains moden. Dedikasi dan sumbangan mereka mengukuhkan sekuriti makanan China, meningkatkan keselamatan makanan, melindungi keselamatan ekologi, menyuntik kekuatan yang memacu pemodenan pertanian dan pembangunan mampan untuk China dan seterusnya," kata Dr. Shao Genhuo, Pengerusi DBN Group.

"Berasaskan kepada pencapaian terdahulu kami, kami berharap dapat terus meningkatkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi global bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti pertanian dan industri ini secara keseluruhan, menangani secara bersama masalah pertanian yang mendesak dan meningkatkan kesejahteraan orang ramai," tambah beliau.

Yang Yuanzhu, Ketua Pakar Yuan Longping High-tech Agriculture Co., Ltd, Presiden Seed Industry Research Institute, Zheng Haixue, Profesor dan Pengarah Lanzhou Veterinary Research Institute of Chinese Academy of Agricultural Sciences dan Li Zhaohu, Profesor dan Presiden Huazhong Agricultural University, dijemput untuk membentangkan dan memperkenalkan penyelidikan saintifik asli mereka kepada khalayak di acara tersebut. Tiga penemuan saintifik luar biasa, yang diberikan anugerah tertinggi, termasuk:

  • Pembenihan dan Aplikasi Barisan TGMS Indica Musim-pertengahan LK638S dan J4155S dengan Keupayaan Berkualiti Tinggi dan Penggabungan Tinggi
  • Rekombinan Porsin Serotvoe O dan Pembangunan Vaksin Virus Penyakit Kaki-dan-Mulut Tidak Aktif Dwivalen dan Penggunaannya
  • Inovasi dan Aplikasi Pengawalaturan Sistematik dan Teknologi Penanaman Cahaya bagi Kapas di China

Prof. Hartmut Michel, Winner of Nobel Prize in Chemistry (Left); Muhammad Yunus, Winner of Nobel Prize in Peace (In the Middle); Prof. Oene Oenema, Winner of Nobel Prize in Peace (Right)
Prof. Hartmut Michel, Winner of Nobel Prize in Chemistry (Left); Muhammad Yunus, Winner of Nobel Prize in Peace (In the Middle); Prof. Oene Oenema, Winner of Nobel Prize in Peace (Right)

Tiga Penerima Hadiah Nobel, termasuk Oene Oenema, Pemenang Hadiah Nobel dalam Keamanan, Profesor Wageningen University & Research, Hartmut Michel, Pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia, Ahli Akademik German National Academy of Sciences serta Muhammad Yunus, Pemenang Hadiah Nobel dalam Keamanan serta Pakar Ekonomi Bangladesh, turut ditonjolkan di upacara tersebut di mana mereka berkongsi kajian dan analisis pemecah haluan mereka mengenai potensi yang diserlahkan oleh ekonomi berasaskan-bio dan faedah-faedahnya kepada pertanian lestari dan memberi pencerahan tentang peluang untuk mempercepatkan pembangunan masyarakat luar bandar di China.

Source: Global Agricultural Science and Technology Innovation Platform (GAIN)
Related Stocks:
Shenzhen:002385
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Health Care/Hospital Awards Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)