omniture

Pantum Lancar Siri Pencetak Laser Monokrom 3-dalam-1 Baharu M7310 dengan Keupayaan Ketersambungan dan Pencetakan Dipertingkat

Pantum
2022-07-01 09:06 173

ZHUHAI, China, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pantum, jenama yang membangunkan, mengeluarkan dan menjual pencetak laser serta kartrij toner di seluruh dunia, mengumumkan siri pencetak laser monokrom baharu M7310 yang dilengkapi dengan ciri-ciri dinaik taraf bagi membantu meningkatkan produktiviti untuk pekerja pejabat. Barisan produk baharu ini sesuai terutamanya untuk perusahaan, organisasi kerajaan dan ia meluaskan siri canggih Pantum dengan menyediakan kepada pelanggan dengan pilihan tambahan serta pengalaman pencetakan yang lebih baik.

Semua model daripada siri baharu ini mempunyai ciri pencetakan, pengimbasan dan salinan fotostat yang mudah dan cepat. Siri M7310 baharu ini mewarisi semua fungsi yang mantap dan ciri-ciri pintar daripada pencetak pendahulu siri Pantum 4S canggih dan dalam masa yang sama memanfaatkan teknologi perintis Pantum bagi meningkatkan lagi kecekapan dan ketersambungan demi membantu perniagaan mempercepatkan aliran kerja mereka.

Perbezaan daripada model berbilang fungsi terdahulu dan juga inovasi, ialah siri M7310 mengoptimumkan fungsi pengimbasan rata, membolehkan pengguna untuk menggabungkan berbilang imbasan ke dalam satu fail dan mengeksport dengan satu klik, menjimatkan masa untuk menggabungkan halaman digital secara manual selepas itu. Di samping itu, model-model baharu menyokong 5G dan 2.4G Wi-Fi, memberi kelajuan pemindahan tanpa wayar yang lebih pantas dan dalam masa yang sama memantapkan keupayaan anti-gangguan bagi meningkatkan kestabilan operasi.

Tambahan pula, M7310 baharu ini mencapai 33ppm apabila mencetak kertas bersaiz A4. Dikuasakan oleh Auto Duplex Printing dan paparan sentuh 3.5-inci, ia dapat membantu pengguna menyelesaikan tugas dengan semudah ketik-dan-leret. Ia turut menampilkan fungsi cetakan sulit demi perlindungan privasi dan dokumen penting yang dipertingkat.

Dengan mementingkan kelestarian, semua siri baharu ini turut memaparkan reka bentuk mesra alam Pantum. Penyelesaian ini, yang mengasingkan unit dram pencetak dan kartrij toner dapat meningkatkan jangka hayat unit dram, lalu membolehkan pengguna mengurangkan jejak sisa dan meminimumkan impak ke atas alam sekitar.

Latar Belakang Pantum

Ditubuhkan pada tahun 2010, Pantum ialah pengeluar pencetak, dengan perniagaannya meliputi pencetak, bahan cetakan serta penyelesaian dan perkhidmatan pencetakan. Pada tahun 2011, Pantum memulakan pengembangan luar negaranya dengan jejak global semasa di berpuluh-puluh negara. Menerusi teknologi berpatennya, Pantum komited untuk memenuhi keperluan pencetakan yang semakin berkembang dengan menawarkan produk yang menjimatkan, mesra pengguna dan cekap tenaga serta penyelesaian pencetakan yang andal. Hari ini, kini Pantum membawa nilai yang lebih besar kepada pelanggannya melalui produk berkesan kos dan perkhidmatan premium.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang, Facebook, Instagram dan YouTube kami.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: info@pantum.com.

Ketibaan Baharu Pantum Siri M7310
Ketibaan Baharu Pantum Siri M7310

 

Source: Pantum
Keywords: Computer/Electronics Office Products Computer Accessories Retail New products/services