omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan rekrut bakat amat diperlukan diadakan di Daerah Wangcheng, Changsha di China tengah

Xinhua Silk Road
2022-07-01 09:11 169

BEIJING, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Daerah Wangcheng, Bandar Changsha di China tengah, tempat asal Lei Feng, suri teladan bagi altruisme di China, mengadakan persidangan bertema untuk merekrut bakat-bakat yang diperlukan dengan segera bagi membantu menangani tugas-tugas sukar dalam meningkatkan ekonomi perindustrian pada hari Rabu.


Seperti yang diperkenalkan oleh daerah tersebut, ia merancang untuk merekrut 689 bakat yang amat dituntut oleh pembangunan perindustrian tempatan, 54 bakat untuk institusi awam tempatan dan 90 bakat untuk rancangan amalan sosial pelajar kolej Qingfeng.

Semasa berlangsungnya persidangan tersebut, sekitar 130 bakat yang memiliki ijazah kedoktoran berkunjung ke Daerah Wangcheng dan mengadakan mesyuarat perekrutan luar talian bersama perniagaan-perniagaan tempatan termasuk Ausnutria Dairy Co., Ltd., Hunan Junxin Environmental Protection Co., Ltd. dan Hunan Viscope Technology.

Antaranya, 42 peratus daripada hadirin mencapai hasrat asal dengan institusi-institusi atau syarikat-syarikat perekrutan pada hari Rabu.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Wangcheng telah membangunkan satu set dasar untuk memperkenalkan, memupuk dan memotivasikan bakat serta mewujudkan persekitaran "Talent first" ("Mengutamakan bakat") dalam usaha untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi tempatan yang lebih baik dan menyumbang lebih banyak kepada strategi-strategi peningkatan ekonomi modal Changsha.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/328770.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources