SHENZHEN, China, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pengeluar penyelesaian LED global, Absen, mengumumkan bahawa satu kejayaan bersejarah telahpun tercapai. Rancangan pengembangan untuk jaringan perkongsian global Absen telahpun berjaya dan mencapai tanda 1000 rakan kongsi saluran. Jaringan perkongsian yang bernilai ini merupakan asas bagi seni bina global Absen dan kejayaan pendorong perekrutan ini mengukuhkan kedudukan utama syarikat ini sebagai pakar inovasi dan teknologi LED serta menyokong pertumbuhan pasaran.
Pasaran paparan LED terus mengalami pertumbuhan yang pesat. Teknologi paparan LED telah menetapkan standard sebagai penyelesaian pilihan dalam setiap aplikasi, mengatasi teknologi alternatif yang pernah mantap seperti tayangan. Pertumbuhan dipacu oleh pembangunan teknologi yang inovatif seperti teknologi Mikro dan Mini-LED ketika ini. Tatkala Mikro dan Mini-LED menjadi semakin meluas, teknologi baharu berkembang maju dan terus mendorong permintaan dalam industri LED global.
Komitmen Absen untuk meningkatkan jangkauan perkongsian globalnya dengan pengembangan saluran luar negaranya, menyokong secara langsung pertumbuhan pesat industri ini.
Absen telahpun beroperasi di lebih 130 wilayah, meliputi pasaran domestik dan luar negara dengan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 2,000 pekerja dan wakil yang bertanggungjawab untuk menyiapkan lebih 50,000 projek setakat ini.
Bermula daripada peringkat awal syarikat pada tahun 2001, Absen mula membina jaringannya. Dengan dua dekad lamanya berada dalam industri LED, Absen mempunyai himpunan perkongsian global mantap yang mengagumkan dan komited untuk bekerjasama dengan perniagaan-perniagaan yang mempunyai ideologi, visi dan dorongan yang sama sepertinya.
Dasar saluran Absen dibina berasaskan persekitaran kerjasama yang bagus dan berkesan, keuntungan, kualiti dan perkhidmatan serta komitmen dan keupayaan untuk berfikir secara global dan dalam masa yang sama bertindak mengikut keadaan tempatan.
Laura Luo, Ketua Pasaran Global Absen berkata, "Perusahaan memilih untuk menyertai Absen sebagai rakan kongsi berharga lantaran reputasi jenama, organisasi, kualiti produk dan dasar saluran, antara perkara lain."
"Seterusnya, kami telah mencari dan menemui rakan-rakan kongsi yang berkongsi ideologi perniagaan yang amat kami dokong sebagai sebuah syarikat. Kami komited untuk menyokong pertumbuhan yang lestari sebagai satu usaha bersama dalam melangkah ke hadapan bersama-sama rakan-rakan kongsi baharu kami."
Kelestarian ialah salah satu nilai teras, berserta kejujuran, kesyukuran dan tanggungjawab yang melaluinya Absen mengaitkan kejayaannya selama dua dekad sebagai peneraju pasaran. Sepanjang lima tahun yang lalu, Absen telah mengorak langkah yang besar dalam komitmennya terhadap kelestarian dan penjimatan tenaga, mengurangkan emisi karbon sebanyak kira-kira 700,000 tan ketika itu.
Memandang ke arah masa depan, rakan-rakan kongsi berkaliber tinggi yang baharu akan dilatih, dibimbing dan disokong oleh pengetahuan luas pasukan Absen dalam persekitaran penuh kepercayaan dan akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada peluang-peluang yang dibawa oleh LED kepada pasaran global.
Sementara itu, kapasiti Absen untuk mendorong perkongsian baharu diteruskan. Pengeluar LED ini komited kepada pertumbuhan jaringan globalnya agar keghairahannya terhadap inovasi mampan dalam LED dapat dihargai di seluruh dunia melalui syarikat-syarikat integrasi LED yang sealiran dan akhirnya pengguna akhir itu sendiri.
Absen mengalu-alukan rakan-rakan kongsi saluran bernilai yang baharu pada masa kini dan masa akan datang.
https://www.absen.com/connect-to-the-future