omniture

Syarikat angkasa lepas Cina menang dalam pertandingan AI antarabangsa terkemuka

STAR.VISION AEROSPACE GROUP LIMITED
2022-07-01 09:51 139

HANGZHOU, China, 1 Julai 2022  /PRNewswire/ -- STAR.VISION AEROSPACE GROUP LIMITED, penginovasi teknologi angkasa lepas Cina, baru-baru ini telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Multimodal Learning for Earth and Environment (MultiEarth 2022) semasa berlangsungnya Persidangan mengenai Visi Komputer dan Pengecaman Pola IEEE (Conference on Computer Vision and Pattern Recognition, CVPR 2022). Mereka turut mengungguli kedudukan dalam satu lagi trek "CropHarvest 2022" yang memfokuskan kepada pengelasan tanaman, menggunakan set data ujian dari Kenya, Togo dan Brazil.


Dianjurkan oleh MIT Lincoln Laboratory, pertandingan MultiEarth 2022 memfokuskan kepada penggunaan pembelajaran mesin untuk menangani masalah global dalam pemantauan bumi serta alam sekitar seperti kemerosotan hutan hujan Amazon. "Penyahhutanan di hutan hujan Amazon menyumbang bahagian terbesar, mengakibatkan pengurangan biodiversiti, kehilangan habitat dan perubahan iklim. Memandangkan kebanyakan kawasan sukar diakses, penderiaan jarak jauh satelit menawarkan alat yang hebat untuk mengesan perubahan di Amazon," ujar pihak penganjur. Bengkel tersebut bertujuan untuk menghimpunkan khalayak penyelidik yang luas dalam bidang akademik, industri dan bidang-bidang berkaitan untuk memanfaatkan imej penderiaan jarak jauh yang dikumpul oleh berbilang sensor untuk impak alam sekitar yang positif.

Syarikat Cina tersebut mendapat pengiktirafan dalam dua trek pertandingan MultiEarth 2022 termasuk "penyiapan matriks" dan "terjemahan imej berbilang mod", menyediakan perspektif baharu untuk pemantauan perubahan hutan hujan jangka panjang serta membantu menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi dalam pemerolehan imej satelit optik ekoran liputan awan yang tebal.

Persidangan mengenai Visi Komputer dan Pengecaman Pola (CVPR), diiktiraf secara meluas sebagai pertandingan AI yang terkenal di dunia, ialah sebuah acara teknikal yang dianjurkan oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) setiap tahun. Pemenang-pemenang kejohanan terdahulu termasuk syarikat-syarikat gergasi teknologi Google, Alibaba serta pertubuhan-pertubuhan penyelidikan terkemuka di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Hangzhou, China Timur dan mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) satelit penderiaan jarak jauh berpandukan-AI serta perkhidmatan perisikan perniagaan, syarikat berkenaan berdedikasi untuk mengintegrasikan teknologi AI yang canggih dengan industri angkasa lepas direvolusikan secara berterusan.

Dr. Yashu Kang, ketua pasukan AI STAR.VISION berkata bahawa syarikat tersebut berharap dapat menggunakan teknologi angkasa lepas untuk "menambah baik bumi dari angkasa lepas", menambah bahawa "sebagai sebuah syarikat angkasa lepas, ini merupakan kali pertama kami mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa peringkat tertinggi bersama-sama banyak syarikat AI yang hebat serta para pengusaha masing-masing. Mencapai keputusan sedemikian adalah sesuatu yang menggalakkan, yang menguatkan keazaman kami untuk menambah baik satelit penderiaan jarak jauh dan perkhidmatannya dengan teknologi AI."

 

Source: STAR.VISION AEROSPACE GROUP LIMITED
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Awards Environmental Issues