omniture

2C2P dan Ikano Retail Perluas Bayaran Dalam Talian, Setempat untuk Pelanggan IKEA Di Asia Tenggara

2C2P
2022-07-01 14:41 138

SINGAPURA, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Platform pembayaran global 2C2P hari ini mengumumkan bahawa mereka telah dilantik oleh pemegang francais IKEA Ikano Retail sebagai rakan pembayaran rasminya untuk mencipta pengalaman pembayaran dalam talian yang lancar dan setempat untuk pelanggan IKEA di Singapura, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Ketika permintaan terhadap pilihan pembayaran digital yang mudah dicapai dan selamat berkembang di Asia Tenggara, 2C2P akan membolehkan pembeli-belah dalam talian IKEA untuk membayar perkakas rumah kegemaran mereka dan penghantaran melalui kaedah bayaran dalam talian pilihan mereka dalam setiap pasaran.

Platform pembayaran 2C2P menyediakan kepada pembeli-belah IKEA dengan pengalaman pembayaran yang selamat, serba boleh dan bersepadu meliputi pelbagai kaedah bayaran wilayah berkenaan. Ini termasuk kad kredit dan kaedah bayaran alternatif seperti pemindahan bank dalam talian, e-dompet dan pelan pembayaran ansuran tanpa faedah dengan penyelesaian di kaunter dilancarkan dalam masa terdekat.

Sebagai contoh, di Singapura, pelanggan boleh membayar menggunakan pemindahan bank dalam talian daripada akaun DBS, OCBC, Standard Chartered atau UOB melalui eNETS. Di Malaysia, pelanggan boleh menggunakan rangkaian pemindahan bank dalam talian FPX untuk menyelesaikan pembayaran mereka. Di Thailand, pelanggan boleh membayar menggunakan penyelesaian QR mudah alih PromptPay. Di Filipina, pelanggan boleh membayar menggunakan aplikasi mudah alih GCash.

Selain daripada tawaran pembayarannya yang komprehensif, platform pembayaran 2C2P dapat memenuhi keperluan perniagaan dan operasi Ikano Retail yang rumit dengan menawarkan ciri-ciri disesuaikan yang menyelaraskan secara automatik berbilang aliran perniagaan dan memastikan pelaporan data yang tepat.

"Mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk pelbagai komuniti yang mendapat khidmat IKEA di sekitar Asia Tenggara bererti memenuhi jangkaan dan pilihan pelanggan kami melalui cara mereka membeli-belah dan membayar," kata Corrina Holman, Pengurus Perjalanan Pelanggan IKEA Ikano Retail. "Pelanggan kami mengharapkan pengalaman pengguna yang hebat dalam talian dan di lapangan di kedai kami dan kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman tersebut. Kami ingin menyatukan mereka dengan pilihan penyelesaian kelengkapan rumah dan pejabat mereka dengan cara yang cekap, ringkas dan lancar dengan masa pusing ganti yang lebih singkat yang selamat dan terjamin."

Agnes Chua, Pengarah Eksekutif 2C2P, menambah, "Hari ini, pelanggan inginkan banyak pilihan pembayaran, beroperasi pada kelajuan dan kelancaran yang sama seperti pengalaman digital mereka yang lain. Dengan menawarkan penyelesaian rangkaian penuh yang menyepadukan kaedah pembayaran berbeza Asia Tenggara, kami berharap dapat menyediakan IKEA dengan kelebihan yang kompetitif dan membantu mereka mengikuti pilihan dan keperluan pembayaran pelanggan mereka yang berubah-ubah. Kami telah bekerjasama erat dengan Ikano Retail di Thailand sejak tahun 2018 dan teruja untuk meluaskan perkongsian kami yang telah lama terjalin dan menawarkan kepada pelanggan IKEA dengan pengalaman membeli-belah dalam talian yang selamat, lancar dan mudah secara konsisten di seluruh rantau ini."

Asia Tenggara sedang menyaksikan pertumbuhan yang pesat dalam perbelanjaan e-dagang, dengan pembayaran digital yang meningkat pertumbuhannya. Menurut IDC InfoBrief yang ditugaskan oleh 2C2P, perbelanjaan e-dagang dijangka meningkat sebanyak 162% bagi mencecah US$179.8 bilion menjelang tahun 2025 di seluruh rantau ini, dengan pembayaran digital menyumbang sebanyak 91% daripada jumlah pembayaran edagang. Pengguna perbankan mudah alih dan dompet mudah alih dijangka meningkat masing-masing sebanyak 97% dan 162% antara tahun 2020 dan 2025.

Source: 2C2P
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts