Pemandu-pemandu di seluruh wilayah ini akan mendapat manfaat daripada usaha bersama untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti.
BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- PRT (Performance Ride Technology), jenama ADD Industry (Zhejiang) Corporation Limited (SHA: 603089), dan salah satu pengeksport terbesar di dunia bagi Hentakan, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap, hari ini mengumumkan perkongsian dengan Seri Wathana Group, perniagaan yang dijalankan oleh keluarga dan perintis mantap dalam industri automotif Thailand. Perkongsian yang strategik ini akan membolehkan Seri Wathana Group terus menawarkan produk berkualiti terbaik kepada pelanggan pada harga yang kompetitif dengan pandangan terhadap kelestarian dan pertumbuhan.
Produk PRT dikeluarkan di bawah proses kualiti OE paling ketat yang diperlukan oleh pembuat auto terkemuka dan tersedia untuk model-model terkini dan arus perdana di seluruh dunia termasuk Kereta Penumpang, SUV, Pikap, Trak Ringan dan Kenderaan Komersial serta Tugas Berat. Khususnya di dalam Asia, PRT melancarkan banyak produk baharu pada tahun lalu termasuk model-model penting daripada Toyota, Subaru, Ford dan BMW, antara lain.
Ketika pasaran barangan ganti Thailand terus berkembang, Seri Wathana Group menyedari kepentingan rakan-rakan kongsi yang dipercayai seperti PRT dalam menyediakan produk yang selamat dan canggih dari segi teknologi.
"Selama bertahun-tahun, Seri Wathana Group telah mencari rakan kongsi yang tepat untuk kumpulan produk ini. Kami yakin akan pengurusan di PRT dan kami berkongsi matlamat yang sama untuk membangunkan pelbagai jenis penyerap hentakan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan di Thailand," kongsi Olarik Hosakul, Pengarah Urusan di Seri Wathana Enterprise Co., Ltd. Beliau menambah, "PRT merupakan pilihan yang jelas bagi mengukuhkan penawaran produk syarikat untuk pelanggan barangan ganti yang bebas."
Secara bersama, syarikat-syarikat ini akan terus memandang ke arah masa depan dan membantu menjamin kualiti agar kekal sebagai ciri utama produk yang memastikan pengguna selamat di jalan raya.
Latar Belakang PRT
ADD ialah salah satu pengeluar yang terbesar bagi Hentakan, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap, dengan pengalaman selama hampir 30 tahun dalam Kawalan Tunggangan dan Produk Automotif, menjalankan perniagaan di 135 negara seluruh dunia, dengan kehadiran yang kukuh dalam pembangunan OE dan OES serta memiliki kehadiran yang utama dalam Perniagaan Barangan Ganti Global. PRT sinonim dengan Kualiti, Liputan Lengkap, Ciri-ciri Termaju dan Potensi Keuntungan terbina dalam untuk Pelanggannya, Produk-produk PRT dikeluarkan dan diuji di bawah proses kualiti OE paling ketat yang diperlukan oleh pembuat auto terkemuka. Performance Ride Technology dalam DNA kami!
Maklumat lanjut boleh ditemui di laman sesawang PRT: https://prtautoparts.com/.