omniture

Xinhua Silk Road: Forum Bandar-bandar Terusan Dunia 2022, diadakan di Yangzhou, timur China

Xinhua Silk Road
2022-07-04 10:23 204

BEIJING, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Forum Bandar-bandar Terusan Dunia 2022 (World Canal Cities Forum, WCCF), yang bertemakan sekitar perlindungan warisan dan pembangunan mampan bandar-bandar terusan, telahpun diadakan di Yangzhou, ibu kota terusan dunia yang terletak di Wilayah Jiangsu, timur China pada 27 Jun.

Foto yang diberikan kepada Xinhua menunjukkan majlis pelancaran Forum Bandar-bandar Terusan Dunia 2022.
Foto yang diberikan kepada Xinhua menunjukkan majlis pelancaran Forum Bandar-bandar Terusan Dunia 2022.

Yang Jiechi, seorang ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Negeri Jawatankuasa Pusat CPC berkata terusan merupakan projek-projek hebat yang dicipta oleh umat manusia dan forum berkenaan akan menyuntik dorongan baharu kepada kemakmuran dan pembangunan bandar-bandar terusan di peringkat global dan meningkatkan pertukaran sesama rakyat serta pembangunan mampan.

Yangzhou, sebuah bandar terkemuka dalam permohonan bersama bagi warisan dunia untuk Terusan Besar China dan perlindungan warisan yang berkaitan, dianugerahkan sebagai bandar terusan contoh kerana melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di forum tersebut.

Satu laporan dengan tema yang sama bertajuk laporan pembangunan mampan Yangzhou bagi tahun 2021 dikeluarkan semasa WCCF 2022 oleh Beate Trankmann, wakil residen United Nations Development Programme (UNDP) untuk China dalam usaha untuk menyediakan sampel pembangunan mampan berasaskan Yangzhou untuk bandar-bandar terusan di serata dunia.

Sebelum ini pada tahun 2021, UNDP China mewujudkan bersama World Historic and Cultural Canal Cities Cooperation Organization (WCCO) satu set penunjuk pembangunan mampan yang berpusat pada 56 tolok yang diperoleh daripada prospek Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan tersedia untuk penilaian boleh diukur bagi menilai prestasi pembangunan mampan bandar-bandar terusan.

Menjelang akhir tahun 2020, Yangzhou telah menyiapkan 92.2 peratus penunjuk pembangunan mampan dan lebih separuh penunjuk tempatan telah mencapat matlamat utama.

Pada masa akan datang, Yangzhou akan menghargai kehormatannya sebagai bandar contoh dan berganding bahu dengan bandar-bandar terusan di dalam dan luar negara untuk menggalakkan perlindungan warisan budaya terusan dan pembangunan mampan bandar-bandar terusan secara bersama, kata Zhang Baojuan, Ketua parti Yangzhou.

Dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China serta Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu, forum berkenaan turut menyaksikan kelahiran "Yangzhou Initiative" ("Inisiatif Yangzhou") yang dikhususkan untuk meningkatkan perlindungan warisan bandar-bandar terusan dunia dan pembangunan mampan dengan meningkatkan perancangan, mematuhi pembinaan dan perkongsian bersama, meletakkan kepentingan kepada inovasi dan integrasi serta memupuk kerjasama yang saling menguntungkan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/328767.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Trade show news