omniture

Terajui Pasaran Kenderaan Elektrik, GWM ORA Diperkenalkan Secara Rasmi di EVS35 di Norway

GWM
2022-07-04 10:27 150

BAODING, China, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 11 Jun, GWM ORA diperkenalkan di Simposium & Pameran Kenderaan Elektrik Antarabangsa ke-35 (EVS35) di Norway, menggamit perhatian ramai pengguna tempatan.

Terajui Pasaran Kenderaan Elektrik, GWM ORA Dilancarkan Secara Rasmi di EVS35 di Norway
Terajui Pasaran Kenderaan Elektrik, GWM ORA Dilancarkan Secara Rasmi di EVS35 di Norway

EVS35 ialah acara yang paling berpengaruh dan memiliki sejarah yang panjang dalam industri kenderaan elektrik di dunia. ORA, jenama kenderaan elektrik tulen yang baharu daripada GWM, membawakan pengalaman perjalanan dan kehidupan yang lebih bergaya, lebih pintar dan lebih selamat kepada pengguna di pameran tersebut.

Bagi memberikan kepada pengguna dengan pengalaman yang lebih baik daripada jenama ini, GWM ORA APP menjemput pengguna tempatan untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Pasukan ORA. Pengguna turut berkongsi pengalaman ujian memandu mereka dalam ORA APP.

Selain itu, ORA FUNKY CAT, model utama jenama ORA, telah dipersembahkan di pameran tersebut kepada khalayak. Penampilan luar dan bahagian dalam kereta tersebut menunjukkan secara langsung gaya mengikut perkembangan dan reka bentuk pintar jenama berkenaan.

Garis bentuk ORA FUNKY CAT kelihatan klasik dan menarik. Ia menerima pakai beberapa reka bentuk unik termasuk lengkung badan kereta yang licin, lampu besar bujur berbentuk mata kucing dan bahagian luar dua warna. Perincian ini menjadikan model ini kelihatan agak comel, seperti seekor kucing yang lincah dan comel.

Berhubung bahagian dalam kereta, ORA FUNKY CAT menambah banyak perincian reka bentuk dengan sentuhan teknologi. Papan pemuka dan skrin konsol tengah boleh dikawal dan berinteraksi dengan pengguna melalui sentuhan, suara dan roda stereng berbilang fungsi. Fungsi-fungsi ini dapat membantu pemandu memperoleh maklumat waktu sebenar tentang kenderaan, seterusnya menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih pintar dan lebih selamat kepada mereka.

Berdasarkan kepada konsep unik dan reka bentuk cemerlang GWM ORA, produk-produk daripada jenama ini telah mendapat banyak komen positif daripada media.

"Kenderaan elektrik baharu dari China ini akan menjadi pengubah keadaan," ulas PARKERS, laman sesawang automotif British.

"ORA FUNKY CAT menyediakan ruang yang agak besar dan mempunyai teknologi keselamatan canggih serta sistem maklumat hibur, lalu menjadikannya kenderaan elektrik serba lengkap," ulas AUTO MOTOR SPORT, majalah kereta Jerman yang terkemuka.

Bagi memenuhi keperluan pembeli yang pelbagai untuk kenderaan elektrik, GWM ORA terus memperluaskan susun atur pasaran globalnya.

Pada bulan September tahun lalu, jenama ini menjadi peneraju melalui pelancaran di Jerman dan memperkenalkan strategi-strategi pasaran Eropahnya melalui IAA Mobility 2021. GWM ORA merancang untuk menyediakan pelbagai kenderaan pintar tenaga baharu kepada pengguna Eropah bagi meningkatkan impaknya ke atas pasaran Eropah.

Tahun ini, GWM ORA bukan sahaja akan melancarkan ORA FUNKY CAT di UK tetapi juga akan mempelbagaikan lagi kategori-kategori produknya dalam pasaran Eropah untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang pelbagai kepada lebih ramai pengguna.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services Trade show news