omniture

Petal Search raikan pertumbuhan luar biasa pada Ulang Tahun ke-2

Petal Search, Huawei
2022-07-04 11:00 202

Menyediakan pengalaman carian yang interaktif dan diperibadikan sejak 2 tahun yang lalu kepada pengguna

SHENZHEN, China, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Petal Search daripada HUAWEI menyambut ulang tahun keduanya, mengimbau kembali sejauh mana enjin gelintar ini telah berkembang dalam mengejar visi untuk menjadi Enjin Gelintar Semua-Dalam-Satu.

Ulang tahun kedua Petal Search
Ulang tahun kedua Petal Search

Sejak penubuhan Petal Search pada bulan Mei 2020, enjin gelintar ini berkembang dengan lebih pesat. Walaupun Petal Search menawarkan perkhidmatan di peringkat global, ia terus menyediakan hasil carian setempat yang diperibadikan kepada penggunanya. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, enjin gelintar ini telah bertambah baik dengan hebat dalam segala aspek. Petal Search kini menyokong lebih daripada 70 bahasa di lebih 170 negara dan wilayah serta menjadi enjin gelintar yang popular.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, enjin gelintar ini telah bertambah baik dengan hebat dalam segala aspek. Di samping itu, Petal Search Huawei ini terus menjalin pelbagai perkongsian dengan lebih 3,000 rakan kongsi setakat ini, berganding bahu untuk memperkayakan ekosistemnya yang luas.

2020: Membina keupayaan carian asas untuk pengguna global

Dengan kepentingan penting enjin gelintar dalam talian dalam kehidupan harian kita serta kesederhanaan bar Carian, pengguna dihubungkan dengan lancar kepada kandungan di internet. Hanya dengan menaip kata kunci, pengguna boleh mendapat akses kepada setiap kandungan yang relevan dan tersedia dalam talian.

Dengan mengutamakan hal tersebut, Huawei berhasrat untuk mencipta perkhidmatan mudah alih dan enjin gelintarnya sendiri. Selepas tempoh ujian yang melelahkan, Huawei melancarkan Petal Search yang diprapasang pada semua telefon pintar Huawei dan pelayan Carian sebagai enjin gelintar natif Huawei Mobile Services (HMS).

Berdasarkan kepada strategi Kehidupan AI Lancar 1+8+N Huawei, Petal Search membangunkan keupayaan cariannya sendiri dalam pasaran global untuk menyediakan kepada pengguna dengan keupayaan carian dan pertanyaan berdasarkan kepada fungsi-fungsi teknikal spesifik dan keupayaan semua-senario. Pada bulan November, sekali lagi Petal Search membawa pelbagai ciri baharu kepada penggunanya. Memperkenalkan tiga vertikal carian baharu seperti Berhampiran (Nearby), Membeli-belah (Shopping) dan Melancong (Travel), Petal Search menyediakan perkhidmatan carian gelung tertutup kepada penggunanya, mengarahkan mereka terus kepada hasil carian tanpa perlu meninggalkan halaman. Alat-alat unik yang lain seperti kemas kini cuaca, kalkulator dan kadar tukaran mata wang waktu sebenar turut disediakan bagi membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan yang diperlukan ini dengan pantas.

Petal Search mencipta semula pengalaman carian
Petal Search mencipta semula pengalaman carian

Trend pengguna merupakan titik penting dalam pembangunan Petal Search. Dengan penggunaan kaedah carian lain yang semakin berkembang pada enjin gelintar, Petal Search menyediakan kepada pengguna dengan keupayaan carian Berbilang Mod yang memberikan lebih banyak cara kepada pengguna untuk mencari kandungan.

Walaupun dengan landskap enjin gelintar yang terlalu tepu, perkhidmatan unik Petal Search dan peningkatan pengalaman carian yang ditawarkan menggamit lebih ramai pengguna untuk memilihnya sebagai enjin gelintar pilihan mereka.

2021: Pembangunan pesat menyediakan kepada pengguna dengan platform carian Semua-Dalam-Satu

Bersama-sama lebih daripada 3,000 rakan kongsi, Petal Search menyediakan kepada pengguna dengan pelbagai perkhidmatan pada satu platform yang seterusnya berusaha mencapai matlamatnya untuk menjadi Enjin Gelintar Semua-Dalam-Satu.

Di samping itu, Petal Search menaik taraf antara muka penggunanya demi interaksi yang lebih lancar dan memperkenalkan Petal GO yang membolehkan pengguna melanggan pelbagai Kad bermula daripada berita harian, hiburan dan banyak lagi.

Bagi mencipta pengalaman yang diperibadikan, Petal Search menyediakan perkhidmatan Kotak setempat berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan yang berbeza mengikut negara dan wilayah. Sebagai contoh, pengguna yang berada di Singapura boleh mengakses Kotak "Shared Umbrella" ("Payung Dikongsi") dengan menaip kata kunci berkenaan ke dalam bar carian. Pengguna akan disediakan dengan lokasi-lokasi yang mempunyai perkhidmatan perkongsian payung. Dengan lebih 300 Kotak setempat seperti "Property Rental" ("Sewa Hartanah") di Madrid dan "Job" ("Pekerjaan") di United Kingdom, pengguna disediakan dengan maklumat unik berdasarkan kepada lokasi mereka berada.

Melalui pengenalan ciri-ciri dan pengalaman uniknya, Petal Search membezakan keupayaannya antara enjin gelintar yang lain dalam pasaran.

Huawei menyedari kebimbangan pengguna apabila melibatkan Privasi dan keselamatan. Dengan semua maklumat peribadi ini, Petal Search menyatukan teknologi sekuriti dan keselamatan berasaskan perkakasan untuk memastikan standard privasi dan sekuriti data untuk pengguna Huawei dengan perlindungan data ePrivacyseal diperakui dan pematuhan GDPR. Menggunakan Pusat Privasi, pengguna dibenarkan untuk memilih mod carian, standard atau pintar bagi membantu dengan lebih baik dalam proses carian mereka.

Dengan pertumbuhan yang besar dalam tahun pertamanya, Petal Search meneruskan perjalanannya untuk meningkatkan pengalaman carian buat penggunanya.

2022: Membangunkan Enjin Gelintar Generasi Seterusnya

Tahun ini, Petal Search terus komited untuk menjadi enjin gelintar pilihan buat pengguna di peringkat global. Menurut metrik Statcounter, Petal Search tersenarai sebagai 3 Enjin Gelintar Mudah Alih terbaik di lebih daripada 18 negara.

Petal Search terus meluaskan perkhidmatan semasa, menyediakan lebih daripada 500 perkhidmatan Kotak setempat baharu dan lebih 20 kategori carian vertikal. Petal Search juga terus bertambah baik di bawah penggunanya dengan penambahbaikan dalam keupayaan carian berbilang modnya.

Ketika Petal Search mengusahakan ciri-ciri dan fungsi-fungsinya, ia meneruskan komitmennya untuk membantu pengguna di serata dunia mencari apa yang dicari oleh mereka dan menyusun atur kandungan yang berkualiti tinggi, kesemuanya sambil memastikan data pengguna selamat, bersifat peribadi dan terjamin. Selain daripada pensijilan keselamatannya, Petal Search menyediakan fungsi Carian Selamat bagi membolehkan pengguna untuk memaparkan hasil carian dengan selamat dan memaklumkan kepada pengguna berhubung sumber maklumat bagi memastikan hasil carian autentik dipaparkan.

Dengan enjin gelintar semasa yang memadankan pengguna dengan hasil carian yang dicari oleh mereka, Petal Search bermatlamat untuk menyediakan kepada pengguna dengan lebih banyak lagi dengan menghubungkan orang ramai kepada perkhidmatan yang mereka perlukan.

Pasukan di sebalik Petal Search terus menaik taraf alat carian ini dan menawarkan pengalaman carian yang dipertingkat kepada pengguna. Dengan aspek-aspek penting seperti kolaborasi semua-senario, ekosistem perkhidmatan, senario pengguna, hubungan insan dan keupayaan interaksi perbualan, Petal Search terus berkembang dan meningkat maju untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna menerusi keupayaan enjin gelintar generasi seterusnya.

Untuk memuat turun dan mengalami Petal Search, sila kunjungi: https://bit.ly/3rpGYGY

Source: Petal Search, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications