omniture

CGTN: Hong Kong bakal mulakan lembaran baharu selepas 25 tahun kemakmuran

CGTN
2022-07-04 13:00 168

BEIJING, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- John Lee, pemimpin baharu Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), memulakan hari baharu beliau dengan melancarkan akaun Weibo beliau pada hari Jumaat, yang menandakan ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong ke China.

"Matahari terbit, permulaan hari baharu, membuatkan orang ramai berasa penuh semangat," tulis Lee dalam hantaran pertama beliau, menambah bahawa beliau akan berkongsi tugas dan kehidupan beliau di bawah misi baharu beliau pada platform media sosial seperti twitter Cina itu.

"Ayuh kita berganding bahu dan menulis lembaran baharu untuk Hong Kong," tulis beliau.

Lee baru sahaja mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif penggal keenam HKSAR. Presiden Cina Xi Jinping menyampaikan sumpah jawatan kepada pemimpin baharu itu di majlis perasmian yang diadakan pada pagi Jumaat.

Patriot mentadbir Hong Kong 

Bekas ketua keselamatan berusia 64 tahun dipilih sebagai ketua eksekutif HKSAR baharu di bawah sistem pilihan raya yang baru ditambah baik dengan prinsip "patriot mentadbir Hong Kong."

Lee mengawasi pengenalan Undang-undang Menjaga Keselamatan Negara di HKSAR pada bulan Jun 2020 yang diperkenalkan selepas hab kewangan global tersebut dicengkam oleh gangguan sosial yang berpanjangan pada tahun 2019, dengan aktiviti-aktiviti ganas dilihat bermula daripada melemparkan bom petrol hinggalah menyerang pihak polis dan memusnahkan kedai.

Hasil daripada penguatkuasaan undang-undang, penduduk Hong Kong telah dibebaskan daripada ketakutan terhadap keganasan dan mendapatkan semula kehidupan mereka yang aman dan bandar tersebut telah mengembalikan ketenteraman dan kevitalan ekonomi.

Menyebut perkembangan berkenaan dalam ucapan beliau pada hari Jumaat, Presiden Xi sekali lagi menegaskan pelaksanaan prinsip "patriot mentadbir Hong Kong."

Bagi memastikan kuasa untuk mentadbir HKSAR teguh di tangan patriot penting untuk melindungi kestabilan dan keselamatan jangka panjang bandar berkenaan, kata beliau, menambah "prinsip ini tidak seharusnya dibiarkan untuk dikompromi pada bila-bila masa pun."

Sejak ia kembali ke tanah air, Hong Kong telah menikmati demokrasi sebenar dengan bidang kuasa keseluruhan oleh pihak berkuasa pusat dan tahap autonomi yang tinggi di SAR, kata beliau.

Sistem demokrasi HKSAR yang mematuhi dasar "Satu Negara, Dua Sistem" serta status perlembagaan Hong Kong, adalah kondusif untuk melindungi hak-hak demokrasi penduduk Hong Kong dan mengekalkan kemakmuran serta kestabilan di bandar tersebut, ujar beliau.

Sumbangan tidak dapat ditukar ganti untuk keajaiban ekonomi China

Presiden Cina turut memuji sumbangan yang tidak dapat ditukar ganti yang dibuat oleh Hong Kong terhadap keajaiban pembangunan ekonomi China dalam tempoh jangka panjang, mantap dan pesat sejak ia kembali pada tahun 1997.

Hong Kong telah menjadi penetap trend dalam reformasi dan pembukaan China dan bertindak sebagai jambatan dan jendela penting yang menghubungkan tanah besar Cina dengan pelosok dunia yang lain, kata beliau.

Ia telah berintegrasi dengan aktif ke dalam pembangunan keseluruhan negara ini dan diselaraskan dengan strategi pembangunan negara dan terus mengekalkan kekuatan untuk menjadi amat bebas, terbuka serta serasi dengan peraturan antarabangsa, kata beliau.

Wilayah tersebut juga telah mengharungi semua jenis cabaran dan maju ke hadapan dengan mantap, kata beliau, menambah bahawa tiada satu cabaran pun, sama ada krisis kewangan antarabangsa atau pandemik COVID-19, telah menghalang langkah Hong Kong ke hadapan.

Sepanjang 25 tahun yang lalu, Hong Kong telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang teguh dan mengekalkan status kukuhnya sebagai pusat kewangan, penghantaran dan perdagangan global. Ia telah menyaksikan sektor teknologi inovatif yang berkembang pesat dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia.

Tambahan pula, undang-undang yang sudah sedia ada buat Hong Kong telah dipelihara dan dibangunkan dengan kemajuan menyeluruh dilihat dalam pelbagai aspek masyarakat. Daya tenaga bandar kosmopolitan itu telah mengagumkan dunia.

https://news.cgtn.com/news/2022-07-01/Hong-Kong-to-start-a-new-chapter-after-25-years-of-prosperity-1bjpwWDg5YQ/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media New products/services