omniture

CGTN: Integrasi dalam pembangunan negara membawa dorongan baharu kepada Hong Kong

CGTN
2022-07-05 14:29 133

BEIJING, 5 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Nilai perdagangan antara Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan tanah besar Cina telah melonjak lebih daripada enam kali ganda daripada $50.77 bilion kepada $360.33 bilion, purata peningkatan tahunan sebanyak 8.5 peratus sejak kembalinya Hong Kong ke tanah air 25 tahun yang lalu, menurut Kementerian Perdagangan China.

Semasa bersepadu dalam pembangunan keseluruhan negara ini, Hong Kong telah menjadi peserta yang penting dalam peredaran domestik dan penyumbang penting yang menghubungkan antara peredaran domestik dan antarabangsa.

Menjelang penghujung tahun 2021, pelaburan dari Hong Kong ke tanah besar telah melebihi $1.4 trilion, menyumbang sebanyak 57.6 peratus daripada tarikan keseluruhan tanah besar terhadap pelaburan luar negara.

"Bersepadu dengan aktif dalam pembangunan keseluruhan negara dan membentuk peranannya dalam strategi-strategi kebangsaan, Hong Kong mengekalkan kekuatannya pada tahap keterbukaan yang tinggi dan selaras dengan peraturan antarabangsa," kata Presiden Cina Xi Jinping pada hari Jumaat di mesyuarat bagi menyambut ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong ke tanah air.

"Dengan terus meluaskan kawasan dan mengupayakan mekanisme untuk kerjasama dan pertukaran Hong Kong dengan tanah besar, penduduk di Hong Kong kini mempunyai peluang yang lebih baik untuk memulakan perniagaan milik mereka sendiri dan mencapai kejayaan," tambah beliau.

Memanfaatkan Kawasan Teluk Lebih Besar 

Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau yang menyasarkan untuk menjadi kawasan teluk dan kluster bandar bertaraf dunia, merupakan projek negara yang penting, diilhamkan dan dipromosikan oleh Presiden Xi.

Pada 1 Julai 2017, Xi menyaksikan penandatanganan perjanjian rangka kerja antara Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Negara, perancang ekonomi utama negara ini dan kerajaan Guangdong, Hong Kong dan Macau bagi mempererat kerjasama Guangdong-Hong Kong-Macau.

Setahun kemudian, Xi mengumumkan pembukaan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, projek lalu lintas menyeberangi laut amat besar yang menghubungkan antara Guangdong, Hong Kong dan Macau. Ia telah menjadi lambang fizikal bagi wawasan China untuk GBA.

Pada 18 Februari 2019, garis kasar rancangan pembangunan untuk GBA diperkenalkan yang dijangka dapat mencipta model peranan pembangunan yang berkualiti tinggi, kawasan teluk kelas pertama antarabangsa dan kluster bandar bertaraf dunia.

Pada September lalu, satu rancangan telah dilancarkan untuk membangunkan selanjutnya zon kerjasama Qianhai untuk metropolis selatan Shenzhen dan HKSAR, dengan tujuan untuk membantu zon tersebut memainkan peranan yang boleh dicontohi dan utama dengan lebih baik dalam pembangunan GBA.

Jumlah perusahaan dibiayai oleh Hong Kong di zon Qianhai melonjak 156 peratus berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2021. Daripada jumlah pelaburan asing dalam penggunaan sebenar di Qianhai tahun lalu, 93.8 peratus adalah dari Hong Kong.

Individu-individu dari Hong Kong turut mendapat manfaat daripada inisiatif GBA. Golongan profesional Hong Kong dan Macau daripada lapan sektor termasuk guru, doktor dan pemandu pelancong kini dibenarkan untuk menawarkan perkhidmaan di tanah besar dengan pengiktirafan kelayakan bersama. Sehingga kini, lebih 3,000 ahli profesional telah mendapat kelayakan di tanah besar.

Berucap di majlis sambutan tersebut, Xi sekali lagi berkata bahawa kerajaan pusat menyokong sepenuhnya Hong Kong dalam usahanya untuk merebut peluang bersejarah yang ditawarkan oleh pembangunan China dan bersepadu secara aktif dengan Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.

Tadbir urus negara 

"Sejak kembalinya Hong Kong ke tanah air, ia telah diintegrasikan semula ke dalam sistem tadbir urus China dan satu perintah perlembagaan telah diwujudkan dengan prinsip 'Satu Negara, Dua Sistem' sebagai garis panduan asasnya," ujar Xi.

Rakyat Cina yang merupakan penduduk tetap HKSAR boleh mengambil bahagian dalam tadbir urus kedua-dua SAR dan negara seperti yang diberi kuasa oleh undang-undang.

Selepas ia kembali, di Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Kesembilan pada tahun 1998, timbalan-timbalan dari Hong Kong mula mengambil bahagian dalam NPC, badan kuasa negara yang tertinggi untuk membincangkan rancangan bagi mencapai pembangunan negara dan masalah yang mempengaruhi kehidupan rakyat selain untuk meletakkan harapan rakyat di kedudukan teratas dalam agenda berhubung hal ehwal negara.

Sementara itu, lebih daripada 5,600 wakil daripada semua lapisan masyarakat di Hong Kong berperanan sebagai ahli-ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina (CPPCC) pada semua peringkat termasuk lebih 200 dalam Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC. Mereka kesemuanya merupakan penasihat penting untuk program negara utama dan penyumbang kepada pembangunan negara.

Tiga puluh enam timbalan dari Hong Kong dipilih untuk mengambil bahagian dalam tugas NPC ke-13, menyumbang sebanyak 1.2 peratus daripada bilangan keseluruhan timbalan manakala lebih 200 ahli CPPCC adalah dari HKSAR, 10 peratus daripada jumlah keseluruhan. Kedua-dua nisbah melangkaui bahagian Hong Kong daripada penduduk negara ini dengan ketara kira-kira 0.5 peratus.

https://news.cgtn.com/news/2022-06-29/Hong-Kong-25-years-on-Better-integrating-into-national-development-1bfyY0p1lWo/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service