omniture

CCTV+: Xi: China bersedia galakkan pembangunan global lebih mantap, lebih hijau dan lebih sihat

CCTV+
2022-07-06 15:53 179

BEIJING, 6 Julai 2022 /PRNewswire/ -- China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara di serata dunia bagi menggalakkan pembangunan global yang lebih mantap, lebih hijau dan lebih sihat, kata Presiden Cina Xi Jinping dalam sepucuk surat ucapan tahniah kepada forum mengenai pembangunan global yang diadakan di Beijing pada hari Isnin.

Dunia sedang berhadapan dengan perubahan drastik dan pandemik yang kedua-duanya tidak kelihatan dalam tempoh satu abad sementara pemulihan ekonomi global adalah lemah dan lembab, kata Xi.

Jurang pembangunan antara Utara dan Selatan semakin melebar dan dunia memasuki tempoh pergolakan dan perubahan yang baharu, kata beliau, menambah bahawa menggalakkan pembangunan global telah menjadi subjek utama yang dihadapi oleh umat manusia.

Justeru itu, China mencadangkan Inisiatif Pembangunan Global, kata Xi. China bersedia untuk menjalin usaha sama dengan negara-negara di serata dunia bagi mengikuti pendekatan bertumpukan rakyat, kekal komited terhadap manfaat untuk semua dan mengutamakan pembangunan ke atas agenda antarabangsa, kata presiden Cina itu.

Beliau menegaskan bahawa kesediaan China untuk bekerjasama dengan negara-negara lain bagi menggalakkan pembangunan berpandukan inovasi dan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, mempercepatkan pelaksanaan Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengejar pembangunan global yang lebih mantap, lebih hijau dan lebih sihat.

Inisiatif Pembangunan Global telah dikemukakan oleh presiden Cina pada September tahun lalu pada perbahasan umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB.

Forum tersebut, dinamakan Forum Kumpulan Pemikir dan Media "Pembangunan Global: Misi dan Sumbangan Bersama" telahpun diadakan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri, dianjurkan secara bersama oleh Chinese Academy of Social Sciences, Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negeri dan China Media Group. 

Pautan: https://youtu.be/wCor-gxxSn8 

 

Source: CCTV+
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Advocacy Group Opinion Trade show news