omniture

Luaskan Pasaran Global, GWM TANK Adakan Persidangan Jenama di Arab Saudi

GWM
2022-07-06 21:37 271

BAODING, China, 6 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 3 Julai, GWM TANK mengadakan persidangan jenama di Arab Saudi menerusi dua model terkenalnya, GWM TANK300 dan GWM TANK500 yang diperkenalkan secara rasmi kepada pelanggan global.

 

Persidangan tersebut diadakan di bawah tema "Pengalaman Tak Terbatas" ("Limitless Experience"). Jenama TANK telah mencipta kategori SUV yang baharu untuk pembeli global. Jenama ini juga mempersembahkan ciri-ciri jenama ini kepada khalayak termasuk kemewahan, mobiliti luar-jalan dan kecerdasan.

"Produk-produk TANK akan meliputi semua keperluan berulang-alik dan memuaskan hati pengguna daripada tahap-tahap yang berbeza," kata David Xu, Pengurus Besar GWM Wilayah Timur Tengah.

"Ini merupakan pelancaran pertama yang dibuat di luar China. Ia menunjukkan penerimaan pasaran Arab Saudi dan keyakinan yang dimiliki oleh GWM terhadap kejayaan jenama ini," kata En. Faisal AI Quraishi, wakil kanan bagi pengedar tempatan.

Dalam masa yang sama, GWM TANK300 dibuka secara rasmi untuk pra-tempah dan satu lagi model penting, GWM TANK500, turut ditonjolkan kepada orang awam.

GWM TANK meletakkan nilai premium pada kemewahan dan keselesaan. Kedua-dua model di pameran tersebut menerima pakai beberapa skim reka bentuk penebat bunyi dan pengurangan hingar yang membolehkan pengguna menikmati kualiti senyap yang tinggi walaupun dalam persekitaran yang bising. Tempat duduk juga mempunyai reka bentuk mesra pengguna yang berbeza seperti kulit yang lembut dan halus digunakan untuk tempat duduk dalam versi mewah GWM TANK300.

Model-model daripada jenama ini juga mempunyai keupayaan luar-jalan yang mantap. Kedua-dua model yang dipamerkan dilengkapi dengan pelbagai peranti luar-jalan pakar seperti kunci pembeza mekanikal dikawal secara elektronik untuk gandar hadapan dan belakang. Apabila kenderaan tersangkut di jalan raya berlubang dan salah satu roda tergelincir, pemandu boleh menggunakan butang elektrik untuk mengunci pembeza dan keluar dengan segera.

Ciri luar-jalan pintar merupakan satu lagi prestasi luar biasa daripada jenama ini. Produk-produknya dikeluarkan berdasarkan kepada "GWM TANK Platform". Platform tersebut mempunyai tiga ciri termasuk berkuasa, luar-jalan pintar dan amat andal. Berkenaan ciri kecerdasan luar-jalan, kedua-dua model dilengkapi dengan Sistem Kawalan Rangkak yang dapat memberikan pengalaman memandu yang lebih mudah dan lebih selamat kepada pemandu. Apabila sistem diaktifkan, kenderaan tersebut dapat melaksanakan kawalan kuasa dan brek secara automatik. Pemandu hanya perlu mengawal arah pemanduan untuk melepasi jalan dengan selamat dan lancar.

Ketika ini, GWM TANK telahpun menjadi pilihan yang popular dalam pasaran Cina sejak pelancarannya. Menurut laporan jualan yang dikeluarkan oleh GWM, GWM TANK SUV telahpun mencapai kadar penembusan lebih 50% dalam segmen luar-jalan di China setelah dilancarkan kira-kira selama satu tahun.

GWM merancang untuk melancarkan GWM TANK500 di Arab Saudi lewat tahun ini. Kedua-dua model TANK, GWM TANK300 dan GWM TANK500 akan dikeluarkan secara berturut-turut dalam pasaran-pasaran global yang lain seperti Australia, Afrika Selatan, ASEAN, Amerika Selatan bagi mencetuskan gelombang "TANK Trend" yang berterusan di seluruh dunia.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Advertising Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Corporate Expansion New products/services