KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Alcon Johor, ahli gabungan bagi syarikat peranti penjagaan mata yang terbesar di dunia dengan warisan selama 75 tahun, berada di lebih 70 negara dan menawarkan perkhidmatan kepada pesakit di lebih daripada 140 negara oleh lebih 23,000 rakan sekutu, diiktiraf baru-baru ini sebagai salah satu tempat terbaik untuk bekerja di Malaysia buat tahun kedua berturut-turut. Ini mengiktiraf komitmen Alcon ke arah memupuk persekitaran dan budaya saling hormat-menghormati, satu kebanggaan dalam kalangan pekerjanya. Menurut keputusan syarikat, 95% daripada pekerja berkata ia merupakan tempat kerja yang hebat berbanding 79% dalam syarikat yang biasa di Malaysia.
Hebat rasanya diiktiraf sebagai Best Place to Work (Tempat Terbaik untuk Bekerja) buat tahun kedua berturut-turut. Kami amat berbesar hati dan berasa rendah diri menerima pengiktirafan ini; di Alcon, kami bersungguh-sungguh mewujudkan persekitaran kondusif yang menggalakkan budaya kami, di mana rakan sekutu kami dihargai, diiktiraf dan diberi ganjaran. Kami tidak dapat mencapai kejayaan ini tanpa kepercayaan daripada rakan sekutu kami. Rakan sekutu kami telah mencipta budaya yang berkembang maju berdasarkan kepada Prinsip-prinsip Asas Pelanggan, Inovasi dan Kakitangan. Alcon berbangga dapat menyokong tenaga kerja kami yang berdedikasi dan bertenaga yang komited untuk memenuhi misi kami bagi membantu orang ramai melihat dengan jelas. Dr. James J. Govindasamy, Pengurus Besar.
Ia merupakan detik yang membanggakan apabila diiktiraf buat kali kedua sebagai Tempat Terbaik untuk Bekerja di Malaysia bagi tahun 2022. Melihatkan cabaran dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun yang lalu, saya benar-benar berasa rendah diri dan gembira dengan keputusan tersebut. Kami mengutamakan kakitangan dan hasil perniagaan sambil kekal komited untuk mengeluarkan produk-produk yang terbaik dalam kelas untuk pelanggan dan pesakit kami. Dengan semangat "Alconku, Keluargaku" ("My Alcon, My Family"), saya yakin kami akan dapat mencapai tahap yang baharu pada tahun akan datang. – kata Tan Bee Hong, Ketua/Pengarah HR East Asia MTO
Setiap tahun di Malaysia, program tersebut bekerjasama dengan banyak organisasi, merentas industri-industri yang berbeza, untuk membantu mereka mengukur, menanda aras, meningkatkan amalan HR mereka dan mendapat akses kepada alatan dan keperluan yang diperlukan oleh mereka untuk membawa perubahan yang berkesan dan mampan dalam organisasi-organisasi mereka.
Latar Belakang SYARIKAT
Alcon ialah peneraju dunia bagi penjagaan mata, berdedikasi untuk membantu orang ramai melihat dengan jelas. Dengan warisan kami selama 75 tahun, kami merupakan syarikat peranti penjagaan mata yang terbesar di dunia – menerusi perniagaan-perniagaan pelengkap dalam Pembedahan dan Penjagaan Penglihatan. Perniagaan kami dibina pada asas kukuh dengan kepakaran penjagaan mata yang menerajui pasaran dan hubungan mendalam yang terjalin sekian lama dengan golongan profesional penjagaan mata. Alcon menerajui inovasi penjagaan mata dan berkedudukan baik untuk mencapai pertumbuhan dalam pasaran global yang semakin berkembang. Kami memiliki sejarah yang panjang melibatkan pencapaian yang pertama dalam industri, berdasarkan kepada keupayaan yang mendalam terhadap sains bahan, kimia permukaan dan optik. Rancangan kukuh kami termasuk lebih daripada 100 projek dalam proses dan lebih daripada 1,200 rakan sekutu di seluruh dunia mengkaji dan membangunkan rawatan untuk keadaan penglihatan dan penyakit mata.
CIBA VISION Johor Sdn. Bhd. dikenali secara dalaman sebagai Alcon Johor, merupakan sebahagian daripada portfolio Alcon Vision Care, ditubuhkan pada tahun 2005 dan beroperasi sepenuhnya secara komersial pada tahun 2007.
Tapak pembuatan Alcon Johor dimandatkan untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk platform Double Sided Molding (Acuan Sisi Dua, DSM) untuk seluruh Alcon di serata dunia, menumpukan semata-mata untuk mengeluarkan kanta sentuh lembut steril berkualiti tinggi untuk pembetulan ralat refraktif dan/atau untuk digunakan sebagai kanta pembalut untuk lebih daripada ratusan negara di seluruh dunia apabila ia ditubuhkan pada tahun 2005. Kemudahan pembuatan kami terletak di kampus berkeluasan tiga puluh dua (32) ekar milik sepenuhnya di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, Malaysia.
Tapak berkenaan mengeluarkan kanta sentuh yang pertama dan satu-satunya oleh Alcon untuk menghimpunkan dua teknologi canggih yang direka bentuk untuk memberikan kelembapan permukaan kanta dan perlindungan deposit yang lebih tahan lama, rangkaian produk AIR OPTIX®. Ia memberikan penglihatan yang jelas dan keselesaan yang konsisten dan hampir kesemuanya dihasilkan secara eksklusif di tapak untuk pasaran global.
LATAR BELAKANG PROGRAM BEST PLACES TO WORK
Best Places to Work ialah program pensijilan Sumber Manusia (HR) antarabangsa yang memberi peluang kepada majikan di negara-negara yang berbeza untuk mengetahui lebih lanjut tentang penglibatan dan kepuasan pekerja mereka serta memberi pengiktirafan kepada mereka yang menyampaikan pengalaman kerja yang cemerlang dengan standard tertinggi berhubung amalan HR. Sertai komuniti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.bestplacestoworkfor.org