omniture

Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Solar Antarabangsa 2022 bermula

International Solar Building Design Competition Organizing Committee
2022-07-08 20:32 1741

BEIJING, 8 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Solar Antarabangsa 2022, dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Solar Antarabangsa -- bertemakan Sunshine & Station in the Scenery, bertempat di Simpanan Semula Jadi Habitat Panda Gergasi di Guanbagou Basin Nature Mini-Reserve, Daerah Pingwu, Wilayah Sichuan. Pertandingan tersebut menjadikan stesen penyelidikan sebagai subjek dan meninjau kaedah-kaedah dan idea-idea baharu untuk pemuliharaan ekologi dengan sumber-sumber boleh diperbaharui. Projek tersebut akan membina sebuah stesen penyelidikan bagi menyediakan tempat bekerja dan tempat kediaman untuk pengunjung, penyelidik dan pelajar. Hadiah tempat pertama akan dibangunkan dan pasukan yang menang pula akan mengambil bahagian dalam memperdalam projek tersebut bersama-sama pasukan pakar.

Poster Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Solar Antarabangsa 2022
Poster Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Solar Antarabangsa 2022

Para peserta akan bersaing untuk merebut 1 hadiah tempat pertama (dengan bonus RMB 100000), 3 hadiah tempat kedua, 6 hadiah tempat ketiga, 20 anugerah pengiktirafan dan 30 hadiah sebutan khas dengan jumlah bonus mencecah RMB 320000. Peserta-peserta perlu mendaftar sebelum 15 Ogos dan menghantar penyertaan mereka sebelum 30 September. Tiada bayaran pendaftaran.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh International Solar Energy Society, Central Research Institute of China Construction Technology Group dan China Architecture Design & Research Group, dengan China National Engineering Research Center for Human Settlements sebagai pihak penganjur manakala Delta Group sebagai penaja perdana.

Pertandingan tersebut, bertemakan topik-topik hangat berhubung aplikasi sumber-sumber boleh diperbaharui dalam seni bina, menggalakkan aplikasi tenaga bersih seperti tenaga solar dalam seni bina dan kehidupan harian. Ia telah diadakan selama sebelas tahun sejak tahun 2005 dan menerima 1873 penyertaan yang sah daripada 9345 pasukan. Kami menerima peserta-peserta daripada 232 universiti Cina, 25 universiti asing dan lebih 120 perusahaan berkaitan pembinaan. Projek berkenaan memfokuskan kepada pelaksanaan keputusan pertandingan, dengan sejumlah lima projek pertandingan telah disiapkan dan dimanfaatkan setakat ini. Semua ahli berharap dapat bekerjasama dengan para peserta untuk menyebarkan idea mesra alam, karbon-rendah, penjimatan tenaga dan pembangunan mampan.

Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi: www.isbdc.cn

Source: International Solar Building Design Competition Organizing Committee
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Corporate Social Responsibility Future Events