omniture

Huawei GLOBAL AI CHALLENGE Kini Berlangsung -- Hadiah Wang Tunai Menarik Untuk Dimenangi

Huawei
2022-07-11 08:51 288

SHENZHEN, China, 11 Julai 2022 /PRNewswire/ -- 2022 Huawei GLOBAL AI CHALLENGE dilancarkan secara rasmi baru-baru ini dan dibuka untuk pendaftaran dalam talian dengan kesemua pelajar sepenuh masa yang mendaftar secara rasmi di institusi pengajian tinggi kini layak untuk mendaftar dalam pertandingan tersebut dan bersaing untuk merebut wang hadiah sebanyak AS$210,000. Pertandingan tersebut diadakan secara bersama oleh Jiangsu Association of Artificial Intelligence (JSAI), Huawei Consumer Cloud Service Department dan Huawei Nanjing Research Center serta bermatlamat untuk berinteraksi dengan pembangun-pembangun muda yang bercita-cita tinggi yang berkongsi minat terhadap AI, serta komitmen untuk mengaplikasikan AI kepada lebih banyak senario demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.


Huawei GLOBAL AI CHALLENGE kini memasuki tahun keempatnya yang berturut-turut sejak permulaannya pada tahun 2019 dan telah menarik minat lebih 2,500 penyerahan algoritma, daripada hampir 8,000 pasukan di 45 negara dan wilayah sepanjang tiga tahun pertamanya. Lebih daripada 150 peserta telah diberikan anugerah. Beberapa peserta yang menonjol daripada universiti-universiti dan kolej-kolej terkemuka di China didaftarkan oleh Huawei. Pertandingan tersebut menggabungkan antara teori dengan praktis, menghimpunkan bakat muda untuk memupuk teknologi AI yang baharu dari segi teori dan praktikal.

Wang Yue, Presiden Huawei Consumer Cloud Service Application Ecosystem BU, mengemukakan cita-cita tinggi pertandingan tersebut, menyatakan, "Pembangunan AI telah membawa era kecerdasan merata. Kami menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada bakat kampus global untuk meneroka perbatasan AI baharu dan menyelesaikan masalah global."

Nasihat daripada pakar-pakar ternama di peringkat antarabangsa dan ahli-ahli profesional Huawei 

Pertandingan berkenaan telah dipelbagaikan oleh sumbangan daripada pakar-pakar AI antarabangsa yang ternama yang memberi nasihat dan bimbingan kepada peserta. Barisan pakar tahun ini terdiri daripada Zhi-Hua Zhou, Profesor dan Ketua Jabatan Sains Komputer dan Teknologi di Nanjing University dan ahli warga asing Academy of Europe; Pascal Van Hentenryck, Felow AAAI, Kursi A. Russell Chandler III dan Profesor di H. Milton Stewart School; dan Giuseppe De Giacomo, Felow AAAI, Felow ACM dan Profesor Penuh di Sapienza University of Rome. Kepakaran mereka akan membawa elemen autoriti industri kepada pertandingan tersebut dan mendorong pencapaian perindustrian dan akademik selain penyelidikan.

Tiga usul pertandingan, menangani cabaran dunia sebenar

Pakar-pakar menilai usul pertandingan yang berpotensi menggunakan lima kriteria berikut: inovasi teknikal, nilai praktikal, penilaian risiko, populariti serta kesukaran dan akhirnya memilih tiga usul, mencakupi aplikasi praktikal AI dalam pengesyoran iklan, pemetaan dan perkhidmatan media interaktif. Usul pertama ialah "dialog lisan berpandukan-pengetahuan"; usul kedua ialah "pemeriksaan kualiti pintar data penonjolan lorong"; usul terakhir ialah "Ramalan CTR melalui data rentas-domain daripada iklan dan suapan berita".

Wang hadiah untuk dimenangi 

Pertandingan tersebut dibuka pendaftarannya pada 24 Jun dan akan termasuk peringkat awal (24 Jun hingga 24 Ogos) dan peringkat akhir elit (3 September hingga pertengahan September). Susulan pertandingan dalam talian pada peringkat awal, tujuh pasukan akan dipilih daripada setiap usul untuk memasuki peringkat akhir elit yang mana sejumlah 21 pasukan untuk tiga usul tersebut akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai melalui pertandingan dan pembentangan dalam talian.

Shining Star Program Huawei telah memperuntukkan sejumlah AS$210,000 sebagai wang hadiah untuk pertandingan tersebut, yang akan diagihkan kepada tujuh pasukan terbaik untuk setiap satu daripada tiga usul. Juara akan dianugerahkan sebanyak AS$35,000, pemenang tempat kedua dianugerahkan sebanyak AS$15,000 dan pemenang tempat ketiga dianugerahkan sebanyak AS$10,000. Di samping itu, empat pasukan akan mendapat sebutan kehormat yang melayakkan mereka untuk memperoleh sebanyak AS$2,500.

Huawei menjemput dengan penuh mesra semua pembangun pelajar yang cukup berani untuk mencabar diri mereka, bagi menunjukkan hasil kerja terbaik mereka kepada dunia yang lebih luas.

Klik di sini untuk mendaftar hari ini!

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Telecommunications