omniture

Park Hyatt Jakarta Dibuka SECARA RASMI DI TENGAH-TENGAH MENTENG YANG DAMAI

Hyatt Hotels Corporation
2022-07-12 16:33 98

Menandakan penembusan jenama Park Hyatt ke Indonesia, hartanah tersebut menyampaikan kediaman mewah yang moden kepada tetamu yang arif

CHICAGO, 12 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) hari ini mengumumkan pembukaan Park Hyatt Jakarta, menandakan penampilan sulung jenama Park Hyatt yang amat dinanti-nantikan di Indonesia. Terletak di kawasan Menteng yang damai di tengah-tengah daerah pusat perniagaan Jakarta yang sibuk, hotel ini menawarkan koleksi tersendiri pengalaman kulinari, riadah dan kesejahteraan serta tempat acara yang unik untuk sambutan yang ditempah khas, menyampaikan lambang kemewahan kepada tetamu dan penduduk tempatan di Jakarta.

Park Hyatt Jakarta - Facade
Park Hyatt Jakarta - Facade

"Dengan hotel-hotel Hyatt yang beroperasi di Indonesia selama lebih 40 tahun, kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa jenama Park Hyatt telah dilancarkan di negara ini, memperkenalkan perkhidmatan hospitaliti dan peribadi yang diperhalusi kepada penduduk tempatan dan pengunjung dari dekat dan jauh," kata David Udell, presiden kumpulan, Asia-Pasifik, Hyatt. "Memandangkan semakin banyak negara membuka semula sempadan mereka dan keyakinan untuk melancong meningkat, Park Hyatt Jakarta merupakan penambahan yang mengujakan kepada portfolio Park Hyatt kami, melengkapkan hotel-hotel baharu yang telah dibuka dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Auckland, Kyoto, Niseko dan Suzhou."

Park Hyatt Jakarta menempati 17 tingkat atas bagi Park Tower 37 tingkat di pusat daerah kewangan dan diplomatik bandar tersebut. Kawasan sekitar hotel berkenaan, Menteng, asalnya diwujudkan pada awal abad ke-20 sebagai sebuah bandar taman dan kini terkenal dengan jalan raya dibarisi pokok yang tenang, tumbuh-tumbuhan hijau yang banyak dan seni bina warisan yang elegan. Park Hyatt Jakarta menawarkan akses mudah kepada taman-taman yang indah dan tempat-tempat jualan runcit serta hiburan yang popular selain pemandangan panoramik Taman Tugu Peringatan Negara yang berdekatan. Lokasi hotel tersebut mengingatkan kembali kepada asal-usul jenama Park Hyatt dengan hartanah pertamanya menghadap taman yang tenang di Chicago, jaraknya yang dekat dengan alam semula jadi mencerminkan sejauh mana hotel-hotel Park Hyatt di serata dunia menawarkan wahah yang tenang di tengah-tengah kesibukan bandar.

Park Hyatt Jakarta - Park Suite Deluxe - Bathroom
Park Hyatt Jakarta - Park Suite Deluxe - Bathroom

Reka Bentuk Kontemporari, dengan Indonesia sebagai Terasnya

Bahagian dalam gaya kediaman Park Hyatt Jakarta direka bentuk dengan amalan reka bentuk berpangkalan di London pemenang anugerah Conran and Partners yang diterajui oleh rakan kongsi Tina Norden. Diinspirasikan oleh keindahan hutan hujan Indonesia, kraf tradisional dan bahan-bahan semula jadi yang asli, reka bentuknya menggunakan elemen-elemen seperti batu lava dan tembaga serta motif tekstil ikat tenunan tangan, ukiran kayu yang rumit dan perisai digunakan untuk mewujudkan wahah tenang yang mengalu-alukan dan keanggunan untuk tetamunya. Perjalanan visual menelusuri hartanah tersebut melambangkan lapisan hutan hujan, bermula dengan skema warna yang lebih pekat, lebih gelap pada tingkat bawah yang mengingatkan kepada bahagian bawah hutan. Mencerminkan dahan yang melilit di sekeliling batang pokok dengan cahaya bertelau-telau menembusi kanopi, palet menjadi lebih cerah pada tingkat lebih tinggi dengan tona hangat yang digabungkan di seluruhnya. Melalui peralihan atmosfera dan reka bentuk yang mengembalikan kenangan, tetamu akan dibawa daripada kesibukan bandar Jakarta ke persekitaran yang damai, sofistikated dan menenangkan dengan sentuhan lokasi yang kukuh menghadap bandar tersebut.

Koleksi seni tersuai, dipilih atur oleh perunding reka bentuk Hadiprana yang mendapat pujian di Indonesia, menggabungkan dengan lancar warisan tradisional dengan reka bentuk kontemporari anggun, mewujudkan kontras yang halus antara urbaniti moden Jakarta dan persekitaran semula jadi purba negara berkenaan. Tetamu juga boleh mengagumi hasil kerja yang dipesan khas oleh artis Indonesia yang termasyhur John Martono, yang mana abstrak pusaran menggabungkan lukisan dan sulaman tangan pada sutera. Inspirasi Eropah juga jelas kelihatan. Salah satu ciri paling menarik daripada hotel tersebut ialah siri pemasangan kristal dan candelier buatan tangan, diperbuat daripada ribuan bola halus yang berlegar seperti awan, mencerminkan hujan dan langit bercahaya bintang. Sebagai sanjungan kepada warisan budaya kepulauan tersebut yang pelbagai, bilik tamu menampilkan mahkota tradisional Indonesia yang indah diperbuat daripada tembaga yang turut diaplikasikan secara meluas sebagai aksen dalaman untuk sentuhan kemegahan yang halus.

Park Hyatt Jakarta - Park Twin - Bedroom
Park Hyatt Jakarta - Park Twin - Bedroom

 

Park Hyatt Jakarta - Park King - Bedroom
Park Hyatt Jakarta - Park King - Bedroom

Bilik Tamu

Park Hyatt Jakarta mempunyai 220 bilik yang elegan, bersaiz besar termasuk 36 suite. Bilik tamu berukuran kira-kira 615 hingga 915 kaki persegi (57 hingga 85 meter persegi), manakala suite berukuran daripada kira-kira 935 2,450 kaki persegi (87 hingga 228 meter persegi). Semua bilik didatangkan dengan tingkap dari lantai ke siling, menyediakan pemandangan Jakarta dan mercu tanda Tugu Peringatan Negara tanpa gangguan. Tetamu juga dapat menikmati mandian marmar rendaman dalam dan TV skrin rata yang besar dengan hab media bersepadu, manakala bilik dihiasi dengan objek hiasan klasik Indonesia bermula daripada permata hinggalah lukisan dan perisai. Suite Presiden hotel tersebut menawarkan kepada tetamu dengan kemewahan kontemporari yang tidak menonjol. Meliputi kawasan 3,230 kaki persegi (300 meter persegi) yang luas dan dengan pintu masuk VIPnya sendiri, suite tersebut termasuk bilik tidur yang luas dengan TV LED 82-inci dan ruang tamu yang dipasang dengan meja kerja yang diperbuat daripada kayu Trembesi yang kukuh.

Minum dan Menjamu Selera 

Restoran dan bar Park Hyatt Jakarta yang bergaya mewujudkan latar belakang yang ideal untuk penduduk tempatan dan pengunjung bersosial, berhibur dan bersantai dalam persekitaran yang memperkaya. Setiap outlet menjamu selera dihiasi dengan cahaya waktu siang semula jadi dan pelbagai teres luar serta menawarkan koleksi pengalaman kulinari dengan menu yang unik.

Restoran bermula di tingkat 22, di mana Dining Room menyajikan koleksi tawaran sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang menonjolkan hidangan masakan Indonesia dan Itali dalam persekitaran memasak secara langsung yang interaktif. Di tingkat 23, Conservatory menyediakan seleksi ruang untuk acara berbeza, menyajikan makanan yang menyenangkan bermula daripada snek menyelerakan hingga hidangan manis dengan teh khas. The Bar ialah tempat di mana pelanggan boleh menikmati hidangan makanan ringan dan minuman buatan tangan berserta hiburan secara langsung ketika mereka mengagumi pemandangan Jakarta yang mengagumkan dari teres luar.

Menempati dua tingkat atas bangunan dan dibuka dalam beberapa bulan akan datang, Kita Restaurant & Bar akan menjadi destinasi pilihan untuk bersosial dan acara khas, di mana tetamu dapat menikmati masakan Jepun moden yang ditingkatkan dan koktel kreatif di tengah-tengah pemandangan bandar yang menakjubkan, terutamanya ketika matahari terbenam. Terletak di tingkat 37, KITA Restaurant akan menyajikan pelbagai masakan asli Jepun seperti robatayaki, tempura, shabu-shabu, sushi, sashimi dan teppanyaki. Konsep autentik Jepun termasuk satu siri bilik peribadi, yang terdiri daripada bilik tatami dan bilik VIP besar dengan dapur peribadi, manakala motif, tekstur dan karya seni Jepun meningkatkan pengalaman unggul ini. Pengunjung selanjutnya boleh menikmati pemandangan atas bumbung yang mengagumkan daripada KITA Bar pada dimensi yang lebih luas di tingkat 36, sambil menikmati set langsung daripada DJ residen.

Ruang Acara dan Majlis 

Park Hyatt Jakarta menawarkan 10 bilik majlis yang dilengkapi dengan indah, yang dapat menampung sehingga 750 orang, sama ada untuk majlis perkahwinan yang elegan atau perhimpunan yang intim. Setiap ruang acara mempunyai dapur terbuka dan bar di ruang legar alu-aluan, mewujudkan persekitaran gaya restoran yang menarik sesuai untuk semua perhimpunan sosial peribadi dan mesyuarat korporat. Merangkumi sehingga empat tingkat, tempat-tempat termasuk dupleks Dewan Tari-Menari di tingkat 2 dan 3 serta Salon tingkat 22 yang menghadap Menteng. Balai Cerap, di tingkat 36, menawarkan ruang acara mengagumkan dengan teres ruang terbuka dan pemandangan panoramik Jakarta.

Kesejahteraan 

Terletak di tingkat 34 dan 35, pusat spa dan kecergasan di Park Hyatt Jakarta menawarkan seleksi pilihan pengalaman kesejahteraan dan riadah. Rawatan diperibadikan dan produk kecantikan dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti daun sirih untuk kulit yang berseri, membolehkan tetamu untuk kelihatan yang terbaik sambil mereka menyegarkan tubuh dan minda mereka. Terapi memanjakan, sauna dan kolam semuanya membantu menghilangkan tekanan. Tetamu boleh mencapai matlamat kecergasan menggunakan alat kardiovaskular Technogym yang terkini, manakala jurulatih peribadi bertauliah bersedia untuk merancang senaman tertentu dengan mengambil kira hasil yang disasarkan.

"Kami berbesar hati mengalu-alukan pengembara domestik dan global yang arif ke hotel Park Hyatt yang pertama di Indonesia ini," kata Fredrik Harfors, pengurus besar Park Hyatt Jakarta. "Konsep rumah-jauh-dari-rumah jenama ini menyatukan falsafah kemewahan diperibadikan kami dengan hospitaliti lembut mesra terkenal daripada Indonesia."

Tawaran Pembukaan dan World of Hyatt Memberi 500 Alasan kepada Ahli untuk Menginap di Suatu Tempat yang Baharu

Bagi meraikan pembukaan Park Hyatt Jakarta, para tetamu boleh menikmati tawaran eksklusif sebanyak 15% potongan termasuk sarapan setiap hari mulai 8 Julai hingga 8 Oktober 2022. Bagi menyediakan kepada ahli-ahli World of Hyatt dengan lebih banyak cara untuk menerima ganjaran, World of Hyatt menawarkan peluang kepada ahli untuk memperoleh 500 Mata Bonus untuk penginapan malam yang layak diterima di Park Hyatt Jakarta dalam tempoh yang sama sebagai sebahagian daripada tawaran ahli hotel baharu World of Hyatt. Tiada pendaftaran diperlukan dan ahli boleh mendapat ganjaran selain daripada tawaran yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +62 21 3111 1234 atau kunjungi www.parkhyattjakarta.com.

Berpandukan kepada tujuan penjagaannya, Komitmen Penjagaan & Kebersihan Global berbilang lapisan Hyatt meningkatkan lagi panduan dan sumber operasinya berkisarkan keselamatan dan ketenangan minda rakan sekerja dan tetamu. Maklumat lanjut tentang komitmen Hyatt boleh ditemui di sini: hyatt.com/care-and-cleanliness

Istilah "Hyatt" digunakan dalam siaran akhbar ini untuk kemudahan bagi merujuk kepada Hyatt Hotels Corporation dan/atau satu atau lebih rakan gabungannya.

Latar Belakang Park Hyatt 

Hotel-hotel Park Hyatt menyediakan kepada pengembara global yang arif dengan konsep rumah-jauh-dari-rumah yang diperhalusi. Tetamu hotel-hotel Park Hyatt menerima perkhidmatan yang amat yakin dan diperibadikan dalam persekitaran yang memperkaya. Terletak di beberapa destinasi utama dunia, setiap hotel Park Hyatt direka khas untuk menggabungkan elemen kecanggihan dengan kemewahan yang tidak menonjol. Hotel-hotel Park Hyatt menampilkan bilik tamu serba lengkap, karya seni dan reka bentuk yang terkenal di dunia, pengalaman kulinari yang sukar ditemui dan mengasyikkan serta restoran-restoran terkenal yang membawakan cef-cef pemenang anugerah. Kini terdapat 45 hotel Park Hyatt di lokasi-lokasi berikut: Abu Dhabi, Auckland, Bangkok, Beaver Creek, Beijing, Buenos Aires, Busan, Canberra, Changbaishan, Carlsbad, Chennai, Chicago, Doha, Dubai, Guangzhou, Hamburg, Hangzhou, Hyderabad, Istanbul, Jeddah, Kyoto, Maldives, Melbourne, Mendoza, Milan, Moscow, New York, Ningbo, Niseko, Paris, Saigon, Sanya, Seoul, Shanghai, Shenzhen, Siem Reap, St. Kitts, Suzhou, Sydney, Tokyo, Toronto, Vienna, Washington, D.C., Zanzibar dan Zurich. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi parkhyatt.com. Ikuti @ParkHyatt di Facebook, Twitter serta Instagram dan tag foto dengan #LuxuryIsPersonal.

Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Kenyataan Pandang ke Hadapan dalam siaran akhbar ini, yang bukan fakta sejarah, ialah kenyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar kami mungkin berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau diungkapkan secara tidak langsung oleh kenyataan pandang ke hadapan. Dalam sesetengah keadaan, anda boleh mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan melalui penggunaan perkataan seperti "mungkin", "boleh", "mengharapkan", "berhasrat", "merancang", "mencari", "menjangkakan", "percaya", "menganggarkan", "meramalkan", "berpotensi", "terus", "berkemungkinan", "akan" dan variasi istilah ini dan ungkapan yang serupa, atau yang bertentangan daripada istilah ini atau ungkapan yang serupa. Kenyataan pandang ke hadapan berkenaan semestinya berasaskan kepada anggaran dan andaian bahawa, walaupun dianggap munasabah oleh kami dan pengurusan kami, ia sememangnya tidak pasti. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan semasa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko yang dikaitkan dengan pemerolehan Apple Leisure Group ("ALG"), termasuk penglibatan berkaitan keterhutangan tambahan secara material; keupayaan kami untuk merealisasikan faedah-faedah yang dijangkakan daripada pemerolehan ALG secepat atau setakat yang dijangkakan, termasuk penyepaduan perniagaan ALG yang berjaya; tempoh dan keterukan pandemik COVID-19 dan kadar pemulihan susulan pandemik; apa-apa kemunculan tambahan, atau varian COVID-19; kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang pandemik COVID-19, termasuk berhubung permintaan untuk perjalanan, perniagaan sementara dan kumpulan, dan tahap keyakinan pengguna; impak pandemik COVID-19, apa-apa kemunculan tambahan, atau varian COVID-19, dan impak tindakan yang diambil oleh kerajaan, perniagaan dan individu sebagai respons, ke atas ekonomi global dan serantau, had atau larangan perjalanan, dan aktiviti ekonomi, termasuk tempoh dan magnitud kesannya ke atas kadar pengangguran dan perbelanjaan mengikut budi bicara pengguna; pengagihan yang luas dan keberkesanan vaksin dan rawatan COVID-19, penerimaan yang luas oleh penduduk awam seperti vaksin, dan ketersediaan, penggunaan, dan keberkesanan ujian COVID-19, termasuk kit ujian di rumah; keupayaan pemilik pihak ketiga, pemegang francais atau rakan usaha niaga hospitaliti untuk menavigasi dengan jayanya impak pandemik COVID-19, apa-apa kemunculan tambahan, atau varian COVID-19; ketidaktentuan ekonomi umum dalam pasaran global yang penting dan keadaan ekonomi global yang semakin teruk atau tahap rendah pertumbuhan ekonomi; kadar dan kepantasan pemulihan ekonomi susulan kegawatan ekonomi; kekangan dan gangguan rantaian bekalan global, kenaikan kos buruh dan bahan berkaitan pembinaan, dan kenaikan kos ekoran inflasi atau faktor-faktor lain yang mungkin tidak dapat diimbangi sepenuhnya oleh peningkatan hasil dalam perniagaan kami; risiko-risiko yang menjejaskan segmen kemewahan, pusat peranginan dan penginapan merangkumi semua; tahap perbelanjaan dalam segmen perniagaan, riadah dan kumpulan serta keyakinan pengguna; penurunan penghunian dan purata kadar harian; keterlihatan yang terhad berhubung dengan tempahan masa depan; kehilangan kakitangan utama; keadaan politik dan geopolitik domestik dan antarabangsa, termasuk pergolakan politik atau sivil atau perubahan dalam dasar perdagangan; permusuhan atau ketakutan terhadap permusuhan, termasuk serangan pengganas masa depan, yang menjejaskan perjalanan; kemalangan berkaitan perjalanan; bencana alam atau buatan manusia seperti gempa bumi, tsunami, puting beliung, taufan, banjir, kebakaran hutan, tumpahan minyak, kejadian nuklear dan tercetusnya pandemik global atau penyakit berjangkit, atau ketakutan terhadap wabak berkenaan; keupayaan kami untuk mencapai tahap keuntungan kendalian tertentu dengan jayanya di hotel-hotel yang mempunyai ujian prestasi atau jaminan yang memihak kepada pemilik pihak ketiga kami; impak pengubahsuaian dan pembangunan semula hotel; risiko-risiko dikaitkan dengan rancangan peruntukan modal kami, program pembelian semula saham dan pembayaran dividen, termasuk pengurangan atau penghapusan atau penggantungan, aktiviti pembelian semula atau pembayaran dividen; sifat bermusim atau kitaran bagi hartanah dan perniagaan hospitaliti; perubahan dalam pengaturan pengagihan seperti melalui perantara perjalanan internet; perubahan dalam citarasa dan keutamaan pelanggan kami; hubungan dengan rakan sekerja dan kesatuan sekerja dan perubahan dalam undang-undang buruh; keadaan kewangan, dan hubungan kami dengan, pemilik hartanah pihak ketiga, pemegang francais dan rakan usaha niaga hospitaliti; kemungkinan ketidakupayaan pemilik pihak ketiga, pemegang francais atau rakan kongsi pembangunan untuk mengakses modal yang diperlukan untuk membiayai operasi semasa atau melaksanakan rancangan kami untuk mencapai pertumbuhan; risiko-risiko yang dikaitkan dengan pemerolehan dan pelupusan berpotensi dan pengenalan konsep jenama baharu; masa pemerolehan dan pelupusan dan keupayaan kami untuk menyepadukan dengan jayanya pemerolehan yang telah selesai dengan operasi sedia ada; kegagalan untuk menyelesaikan transaksi yang dicadangkan dengan jayanya (termasuk kegagalan untuk memenuhi syarat-syarat penutupan atau memperoleh kelulusan yang diperlukan); keupayaan kami untuk melaksanakan dengan jayanya strategi kami untuk meluaskan pengurusan kami dan memfrancaiskan perniagaan dan dalam masa yang sama mengurangkan asas aset hartanah kami dalam jangka masa yang disasarkan dan pada nilai yang dijangkakan; penurunan nilai aset hartanah kami; penamatan pengurusan atau perjanjian francais kami yang tidak diduga; perubahan dalam undang-undang cukai persekutuan, negeri, tempatan atau asing; peningkatan dalam kadar faedah, upah dan kos kendalian yang lain; turun naik kadar pertukaran asing atau penstrukturan semula mata wang; kekurangan penerimaan jenama-jenama baharu atau inovasi; ketidaktentuan umum pasaran modal dan keupayaan kami untuk mengakses pasaran berkenaan; perubahan dalam persekitaran kompetitif dalam industri kami, termasuk lantaran pandemik COVID-19, penyatuan industri dan pasaran di tempat kami beroperasi; keupayaan kami untuk mengembangkan dengan jayanya program kesetiaan World of Hyatt dan program keahlian berbayar Unlimited Vacation Club; kejadian siber dan kegagalan teknologi maklumat; hasil daripada prosiding undang-undang atau pentadbiran; pelanggaran peraturan atau undang-undang berkaitan dengan perniagaan francais kami; dan risiko-risiko lain yang dibincangkan dalam pemfailan Syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ("SEC"), termasuk laporan tahunan kami dalam Borang 10-K dan Laporan Suku Tahun kami dalam Borang 10-Q yang mana pemfailan boleh didapati daripada SEC. Faktor-faktor ini tidak semestinya semua faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar kami berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau diungkapkan secara tidak langsung oleh mana-mana kenyataan pandang ke hadapan. Kami mengingatkan anda untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar kepada mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat hanya setakat tarikh siaran akhbar ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka mana-mana kenyataan pandang ke hadapan ini untuk memperlihatkan keputusan sebenar, maklumat baharu atau peristiwa akan datang, perubahan dalam andaian atau perubahan dalam faktor-faktor lain yang mempengaruhi kenyataan pandang ke hadapan, kecuali setakat yang dikehendaki oleh undang-undang. Sekiranya kami mengemas kini satu atau lebih kenyataan pandang ke hadapan, tiada inferens harus dibuat bahawa kami akan membuat kemas kini tambahan berhubung dengan kenyataan pandang ke hadapan berkenaan atau yang lain.

Source: Hyatt Hotels Corporation
Related Stocks:
NYSE:H
Keywords: Hotels and Resorts Travel