omniture

Interplex komited untuk "Menjadikan Kelestarian Suatu Kenyataan"

Interplex
2022-07-13 20:00 85
  • Laporan Kelestarian Global Interplex 2021 menunjukkan pengurangan intensiti CO2 sebanyak 11%
  • Penerimagunaan tenaga solar mengimbangi 2.1% daripada penggunaan elektrik tahunan syarikat 
  • Syarikat berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 50% menjelang tahun 2030 

SINGAPURA, 13 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Interplex, sebuah perniagaan bertaraf dunia yang berusaha untuk menyediakan penyelesaian dan produk terbaik, telah mengeluarkan Laporan Kelestarian Global 2021 syarikatnya hari ini. Ini menyingkap usahanya untuk mencapai pengoptimuman tenaga maksimum, meningkatkan perkongsian tenaga boleh baharu, menambah baik pemuliharaan air serta mengurangkan pembaziran dan membuat penyumberan secara bertanggungjawab.

Interplex telah mengurangkan intensiti CO2 syarikatnya sebanyak 11% dengan bertukar kepada lampu LED dalam 93% kemudahannya. Ia juga telah memasang panel fotovolta pada 12% kemudahan tersebut, menjana 3,165 MWj kuasa solar yang mengimbangi 2.1% daripada bekalan elektrik tahunan syarikat. Interplex kini telah memperoleh penilaian tahap C dalam CDP Climate Change (Perubahan Iklim CDP).

Selain itu, 91% kilang pembuatan Interplex telah memperoleh pensijilan ISO 14001:2015 untuk sistem pengurusan alam sekitar dan syarikat ini berhasrat untuk memperoleh pensijilan di 100% kilang miliknya menjelang Tahun Kewangan 2023.

Pada tahun 2021, Interplex menjadi penandatangan Ikrar WASH. Syarikat ini komited untuk melaksanakan dan menyokong akses kepada air yang selamat, sanitasi dan kebersihan untuk semua pekerjanya di seluruh pejabat dan kilang pembuatan, rantaian nilai serta komuniti tempat ia beroperasi. Usaha Interplex untuk meningkatkan kecekapan air sejak tahun 2019 telah menyebabkan pengurangan sebanyak 37% dalam penggunaan air global syarikat ini di semua kemudahan yang telah menyebabkan peningkatan pada Penilaian Air CDP daripada C kepada B.

Interplex terus berkembang dengan mantap dalam hal ehwal kepelbagaian jantina. Pekerja wanita menyumbang sebanyak 43.1% daripada pekerja baharu, mencecah sehingga 40.9%daripada tenaga kerja di Interplex dengan 22.6% daripada mereka memegang jawatan pengurusan.

Kesihatan dan keselamatan di tempat kerja kekal menjadi keutamaan terpenting di Interplex. Kesemua kilang pembuatannya telah menyelesaikan penilaian risiko kesihatan dan keselamatan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan syarikat dan 21% daripadanya telah memperoleh pensijilan ISO 45001:2018.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Interplex telah mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran e-mobiliti hasil peranannya yang terkemuka dalam mereka bentuk dan mengilangkan penyelesaian produk saling hubungan dan mekanikal tersuai. Dengan penekanan terhadap R&D dan pembangunan produk yang inovatif, Interplex membantu industri beralih kepada ekonomi karbon rendah. "Saya amat berbangga dengan inovasi produk terkini kami – Plat Bipolar Sel Bahan Api Hidrogen dan Cell-PLX™ – kedua-duanya merupakan sebahagian daripada perniagaan Penyelesaian Tenaga kami. Contoh-contoh ini akan membantu pelanggan kami beralih kepada bentuk pengangkutan yang lebih bersih," kata Alessandro Perrotta, Ketua Pegawai Eksekutif Interplex Holdings Pte. Ltd.

Interplex telah diiktiraf atas usahanya dalam tanggungjawab sosial korporat yang baik. Syarikat ini telah dianugerahkan dengan Pingat Platinum daripada EcoVadis, penyedia penilaian kelestarian perniagaan terbesar dan paling dipercayai di dunia. Ia meletakkan Interplex dalam kedudukan 1% syarikat terbaik yang dinilai di seluruh dunia.

"Kami sedang mencapai kemajuan yang mantap dalam merealisasikan matlamat, sasaran dan cita-cita kelestarian kami , " tambah Nantha Kumar Chandran - Ketua Pegawai Kelestarian merangkap Naib Presiden Operasi Penyaduran Global Interplex Holdings Pte. Ltd.

Interplex telah menetapkan pelbagai matlamat akauntabiliti pada tahun-tahun akan datang. Pada bulan April 2022, ia komited untuk menetapkan sasaran bagi mengurangi pelepasan karbon yang selaras dengan Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) dan mengisytiharkan sokongannya terhadap Pasukan Petugas untuk Pendedahan Kewangan berkaitan Iklim(TCFD). Interplex menyasarkan untuk melengkapkan 100% kemudahannya dengan lampu cekap tenaga menjelang Tahun Kewangan 2022; mengurangkan lebih 19,000 tan CO2 dengan bertukar kepada sumber tenaga boleh baharu dan mencapai pensijilan ISO 45001:2018 (sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan) pada semua kemudahannya menjelang tahun 2024. Interplex akan turut meningkatkan usaha R&D untuk menawarkan penyelesaian hijau yang lebih inovatif kepada para pelanggannya.

Baca laporan penuh di sini 

Hubungan Akhbar: 

Interplex

Marcella Saracco

marcella.saracco@fr.interplex.com 

00 33677562669




Hubungan Agensi: 

Publitek

Erin McMahon 

erin.mcmahon@publitek.com   

 001 630.962.7535

Tentang Interplex 

Interplex ialah sebuah perniagaan bertaraf dunia yang berusaha untuk menyediakan penyelesaian dan produk terbaik. Jejak global, kepakaran teknikal dan pembuatan bersepadu vertikal kami membolehkan kami menyelesaikan masalah pelanggan yang kompleks. Tawaran unik kami adalah berdasarkan gabungan kemahiran reka bentuk teknologi saling hubungan, kejuruteraan mekanikal dan ketepatan tinggi. Beribu pejabat di Singapura, lebih 13,000 bakat Interplex bekerja di seluruh dunia di 33 buah tapak dan 13 buah negara. Kelestarian dan inovasi merupakan pendorong Interplex untuk membangun dan menghasilkan produk secara bertanggungjawab bagi meminimumkan jejak alam sekitar dan memupuk pendekatan kami dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.

Ketahui lebih lanjut di www.interplex.com

Source: Interplex
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Survey, Polls & Research