omniture

Reka Bentuk Asal dan Inovasi Termaju Dipamerkan di CIFF Guangzhou, pameran Perabot Terbesar Dunia

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2022-07-14 00:24 223

GUANGZHOU, China, 14 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China ke-49 (Guangzhou) ("CIFF Guangzhou"), pameran perabot yang pertama dan terbesar di dunia yang mewakili seluruh rantaian bekalan, akan berlangsung dalam dua fasa di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Pazhou, Guangzhou. Fasa pertama akan dikhususkan untuk Perabot Rumah dan berlangsung antara 17-20 Julai; manakala fasa kedua pula akan diadakan antara 26-29 Julai serta mempamerkan perabot untuk pejabat, ruang awam dan komersial.


CIFF Guangzhou ke-49 akan berlangsung di lapangan dan secara dalam talian, menghimpunkan hampir 4,000 jenama domestik dan antarabangsa di ruang pameran berkeluasan lebih 700,000 meter persegi. Dengan tema "Membina rumah yang indah secara bersama, Membina corak perkhidmatan baharu", CIFF Guangzhou mendorong kolaborasi dan inovasi dengan matlamat untuk membina model pembangunan baharu yang memenuhi keperluan dan jangkaan daripada seluruh industri perabot.

Reka bentuk asal ialah titik tumpuan bagi CIFF Guangzhou tahun ini, ketika ekspo berkenaan berusaha untuk membentuk platform pembangunan baharu yang berkualiti tinggi untuk industri ini berdasarkan kepada reka bentuk asal. Lebih 6 dewan pameran, barisan pempamer yang menarik akan mempamerkan yang terkini dalam reka bentuk peringkat tinggi, upholsteri dan pilihan penyesuaian untuk ruang tamu dan tempat tidur; berserta bahan, fungsi dan proses baharu yang membentuk masa depan industri ini.

CIFF Guangzhou ke-49 akan membuka tirai pada 17 Julai dengan Persidangan Trend Industri Perabot Global 2022 yang akan menggalakkan dialog peringkat tinggi berkisarkan trend penggunaan pintar dan sektor-sektor baru muncul. Di samping itu, semasa berlangsungnya ekspo tersebut, CIFF Guangzhou akan menyokong pengembangan saluran e-dagang rentas-sempadan dan menerajui industri untuk mencapai pembangunan hijau yang berkualiti tinggi dengan susunan pameran mesra alam, pempamer hijau dan seminar tentang kelestarian dan perlindungan alam sekitar.

Tatkala ekonomi China beralih daripada pertumbuhan berkelajuan tinggi kepada pembangunan berkualiti tinggi, CIFF Guangzhou menjadi platform yang penting untuk merangsang ekonomi domestik dengan meningkatkan permintaan tempatan dan membina saluran jualan tempatan. Dengan tema baharu, tumpuan baharu, peluang baharu, hala tuju baharu, idea baharu dan vitaliti baharu, CIFF Guangzhou akan menyediakan model pembangunan yang baharu untuk industri perabot berskala besar dan menyediakan lebih banyak peluang perangkaian untuk jenama-jenama dan wakil-wakil penjual.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ciff-gz.com/en/ 

 

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events