omniture

Tianlong lancar kempen untuk rawat kanak-kanak SMA

Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
2022-07-15 02:17 221

XI'AN China, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Tianlong melancarkan kempen bersama-sama pusat jagaan Atrofi otot tulang belakang (SMA) di China (sebuah pertubuhan bukan untung untuk SMA) dan The Second Affiliated Hospital of Xi'an Jiaotong University untuk merawat kanak-kanak yang mengalami SMA pada bulan Mei 2022.

Atrofi otot tulang belakang (SMA) ialah penyakit keturunan yang menjejaskan saraf serta otot, lalu menyebabkan otot menjadi semakin lemah. Ia kebanyakannya memberi kesan ke atas bayi dan kanak-kanak, namun ia juga boleh berkembang dalam kalangan individu dewasa, tersenarai sebagai penyakit genetik pertama yang membawa maut kepada bayi.

Tianlong sentiasa memikul tanggungjawab sosial dan berusaha untuk menyedarkan lebih ramai orang tentang penyakit ini dan membantu dalam pengesanan awal. Kami ingin menjadikan dunia kanak-kanak SMA dipenuhi kasih sayang dengan perbuatan. Semasa kempen tersebut, kami menjemput banyak keluarga di Xi'an, China untuk menyertai kami bagi menemani kanak-kanak SMA selama satu hari. Kami juga telah menjemput seorang profesor untuk menyampaikan ceramah tentang rawatan SMA dan membantu merungkaikan kebimbangan daripada kalangan ibu bapa.

Sehari Bersama Kanak-kanak SMA
Sehari Bersama Kanak-kanak SMA

Sebagai pengeluar produk diagnosis molekul yang terkemuka di China, Tianlong mempunyai reagen PCR yang meliputi 200 jenis pengesanan penyakit termasuk pengesanan SMA. Berdasarkan kepada kaedah lengkung lebur PCR, Kit Pengesanan Gen Neuron Motor Kelangsungan Hidup Manusia 1 (SMN1) Tianlong sesuai untuk diagnosis tambahan terhadap pesakit SMN1 dan memeriksa pembawa gen SMN1. Selain daripada reagen PCR, Tianlong dapat menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu daripada pengekstrak asid nukleik dan sistem PCR untuk reagen yang serasi. Kami telah membantu lebih 80 negara membangunkan sistem rawatan kesihatan dalam fasa COVID-19. Pengekstrak asid nukleik dan mesin PCR kami telah membawa manfaat dalam perjuangan memerangi COVID-19

Setiap anak adalah anugerah buat ibu bapa. Mereka perlu dipupuk dengan penuh kasih sayang. Pengesanan awal dapat membantu diagnosis dan rawatan awal. Kami berharap lebih ramai orang mengetahui tentang penyakit yang jarang berlaku ini dan lebih ramai kanak-kanak SMA dan keluarga mereka dapat dilihat. Kami akan merealisasikan teknologi dan menyediakan lebih banyak penyelesaian untuk merawat orang ramai di seluruh dunia dengan lebih baik.

Terokai Tianlong : https://www.tlgenetech.cn/

Ikuti kami di:

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/tianlongbiotech

Facebook:https://www.facebook.com/TianlongBiotech/

Twitter:https://twitter.com/TianlongBiotech

Hubungi kami:

inquiry@medtl.com

 

Source: Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility New products/services