JAKARTA, Indonesia, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Truecaller, platform komunikasi global yang terkemuka di dunia, hari ini melancarkan aplikasi serba baharu untuk perbualan audio yang selamat, terjamin dan peribadi: Open Doors. Aplikasi ini dihasilkan lantaran minat, dibina selama berbulan-bulan lamanya oleh sebuah pasukan antarabangsa yang berdedikasi.
Truecaller, the world's leading global communication platform, is launching the Open Doors application which enables secure global conversations in real time with complete communication control within the user's hands.
Selepas membangunkan Truecaller yang melindungi orang ramai dalam kehidupan digital mereka dan aplikasi percuma Guardians untuk keselamatan peribadi, syarikat Sweeden ini kini menetapkan pandangannya kepada sasaran baharu: mengupayakan perbualan peribadi yang menyeronokkan, tanpa persediaan dan global. Open Doors akan tersedia secara percuma sepenuhnya dan boleh didapati di seluruh dunia melalui Google Play Store & Apple App Store. Aplikasi ini berfungsi dengan lancar merentas kedua-dua platform telefon pintar.
"Hasil daripada Truecaller yang berkecimpung selama 13 tahun dalam perniagaan ini, kami meluangkan banyak masa untuk belajar tentang bagaimana orang ramai berkomunikasi," kata Nami Zarringhalam, Pengasas Bersama True Software Scandinavia AB. "Aplikasi baharu kami Open Doors tercipta daripada satu soalan yang ringkas - bagaimana kami dapat membantu orang ramai menjalin hubungan baharu tanpa mengganggu? Inilah yang ingin kami lakukan: menghubungkan dunia menggunakan bentuk komunikasi yang paling semula jadi, suara kita."
Bagaimana Open Doors Berfungsi
Open Doors mempunyai proses suai tugas yang ringkas. Sekiranya anda sudahpun menjadi pengguna Truecaller, anda boleh mendaftar masuk dengan hanya satu ketik. Sekiranya anda bukan pengguna Truecaller, nombor telefon anda akan disahkan menggunakan panggilan tidak dijawab atau OTP. Aplikasi ini hanya memerlukan dua kebenaran: kenalan (supaya anda boleh berkongsi Open Doors atau berhubung dengan individu dalam senarai kenalan anda yang turut mempunyai Open Doors) dan kebenaran telefon (diperlukan untuk perbualan audio). Peserta-peserta dalam perbualan tidak boleh melihat nombor telefon satu sama lain.
Sebagai pengguna Open Doors, anda berada dalam kawalan sepenuhnya sepanjang masa. Anda boleh memulakan dan meninggalkan perbualan sesuka hati anda. Rakan-rakan anda boleh menyertai perbualan apabila mereka mendapat notifikasi atau dengan mengklik pada pautan yang anda kongsikan. Semasa dilancarkan, antara muka aplikasi akan tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Hindi, Bahasa Sepanyol, Bahasa Latin dan Bahasa Perancis, dengan lebih banyak bahasa akan ditambah kemudian mengikut permintaan pengguna.
Sebaik sahaja rakan-rakan anda menyertai perbualan, rakan-rakan mereka akan turut dijemput. Melalui efek rangkaian, anda boleh disertai oleh sejumlah besar individu tidak lama kemudian. Perlu diingat bahawa perbualan berlaku pada masa sebenar dan dikendalikan oleh komuniti, sama seperti Truecaller. Ia tidak disimpan di mana-mana dan seseorang juga tidak dapat mendengar tanpa diketahui oleh anda. Kami mengharapkan peserta dapat memupuk persekitaran yang selamat, inklusif dan hormat-menghormati semasa perbualan.
Berdasarkan kepada maklum balas pengguna, kami akan terus berinovasi dan menambah lebih banyak ciri kepada Open Doors. Beberapa inovasi yang telahpun diusahakan, hasil daripada kumpulan penguji beta kecil, merupakan keupayaan untuk menetapkan lingkungan kenalan rapat (agar individu-individu lain dalam senarai kenalan anda yang memiliki Open Doors tidak akan sentiasa mendapat notifikasi apabila anda memulakan perbualan), keupayaan untuk bertindak balas kepada apa yang dikatakan oleh individu dan kawalan yang tepat ke atas cara aplikasi memaklumkan anda tentang perbualan baharu.
Latar Belakang Open Doors
Open Doors ialah aplikasi serba baharu yang mengupayakan perbualan global yang selamat pada masa sebenar. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh True Software Scandinavia AB, pembuat Truecaller - ID Pemanggil dan perkhidmatan penyekatan spam yang paling dipercayai dan tepat di dunia. Open Doors adalah percuma, tersedia di seluruh dunia, berfungsi dengan lancar pada kedua-dua platform mudah alih dan dirancang dengan mengutamakan ciri privasi dan kemudahan penggunaan. True Software Scandinavia AB beribu pejabat di Stockholm, Sweden. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Alan Mamedi dan Nami Zarringhalam.
Untuk memuat turun Open Doors, sila kunjungi: https://open-doors.app