omniture

MELANGKAH MENUJU ARAH YANG BETUL - PERKEMBANGAN FERRERO GROUP KE ARAH MATLAMAT KELESTARIANNYA

Ferrero Group
2022-07-15 02:29 322

SINGAPURA, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Ferrero Group berada di atas landasan untuk mencapai matlamat kelestariannya yang bercita-cita tinggi termasuk peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui dalam kilang pembuatannya dan perkembangan menuju sasaran terhadap penyumberan dan pembungkusan, lapor kumpulan makanan berbungkus manis global hari ini.

Perkembangan ini didokumentasikan dalam Laporan Kelestarian ke-13 Kumpulan ini yang mengetengahkan langkah-langkah yang diambil ke arah mencapai sasaran alam sekitar dan sosial pada tahun 2021 selaras dengan empat bidang tumpuan penting: melindungi alam sekitar, memperoleh bahan-bahan secara lestari, menggalakkan penggunaan yang bertanggungjawab dan memperkasa orang ramai. Laporan Kelestarian tersebut menyusuli penerbitan Laporan Hak Asasi Manusia pertama Kumpulan ini, mengetengahkan usaha terhadap isu-isu hak asasi manusia yang paling menonjol merentas rantaian nilai.

"Pandemik mencetuskan gangguan sosial dan ekonomi global yang berbeza dari satu negara ke negara lain. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah perniagaan, kami berupaya mendemonstrasikan daya tahan sementara perkembangan kukuh rancangan kelestarian kami tidak terjejas, seperti yang anda akan baca. Selain itu, perniagaan kami terus berkembang, baik melalui pemerolehan baharu mahupun melalui pertumbuhan organik," kata Giovanni Ferrero, Pengerusi Eksekutif Ferrero Group. 

Sorotan daripada Laporan Perkembangan Kelestarian 2021 termasuk: 

  • Ferrero berada di landasan untuk mencapai sasaran 2025nya yang mana 100% pembungkusan boleh digunakan semula, boleh dikitar semula atau boleh kompos, mencapai paras tinggi 83% sepanjang tahun lalu
  • Kumpulan ini menetapkan sasaran kelestarian pembungkusan bercita-cita tinggi yang selanjutnya, termasuk pengurangan plastik asli sebanyak 10% dan peningkatan kandungan kitar semula dalam pembungkusan plastik kepada 12% menjelang tahun 2025
  • Penyumberan tenaga boleh diperbaharui beralih pantas dengan 84% tenaga elektrik dibeli untuk kilang pembuatan kini datangnya daripada sumber boleh diperbaharui dan 16 kilang syarikat tersebut beroperasi dengan 100% tenaga elektrik boleh diperbaharui
  • Ferrero telah mencapai sasaran penyumberannya iaitu 100% gula tebu diperakui oleh Bonsucro 
  • Ferrero turut melaporkan kebolehkesanan kembali ke peringkat ladang merentas lebih daripada 95% volum bekalan kokonya
  • Kumpulan ini menyediakan latihan kepada lebih 134,000 petani di Côte d'Ivoire dan Ghana dengan tujuan untuk mendorong amalan pertanian yang bertanggungjawab di kawasan-kawasan penanaman koko yang penting sebagai sebahagian daripada penglibatan di lapangan Ferrero dengan petani rakan kongsi

"Seperti yang anda akan lihat dalam seluruh laporan ini, kami telah memajukan dengan ketara banyak aspek daripada strategi kelestarian kami ke arah mencapai objektif-objektif yang kami tetapkan sendiri. Kami meningkatkan kecekapan tenaga kami dan mengesahkan program perbelanjaan modal pusat yang bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon kita dan mencapai banyak penambahbaikan dalam portfolio pembungkusan kami selaras dengan hala tuju kelestarian kami menuju tahun 2025. Dalam rantaian bekalan bahan-mentah kami menerbitkan atau mengemas kini Piagam Koko, Piagam Minyak Sawit dan Piagam Kacang Hazel kami, menyasarkan pengeluaran yang mencipta nilai untuk semua dalam setiap industri masing-masing," kata Lapo Civiletti, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrero Group.

Untuk maklumat lanjut kunjungi: www.ferrerosustainability.com

 

Source: Ferrero Group
Keywords: Food/Beverages Retail