omniture

Casio bakal Lancar EDIFICE dengan Reka Bentuk Bekas Jam Menampilkan Motif Suspensi Kereta Lumba

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2022-07-15 02:49 317

Bekas Jam Dibina dengan Resin Diperkuat-Gentian Karbon

TOKYO, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan terkini kepada barisan jam tangan EDIFICE berdasarkan kepada konsep jenama iaitu "Kelajuan dan Kecerdasan." Tiga jam tangan SOSPENSIONE ECB-2000 baharu ini menampilkan reka bentuk bekas jam yang diinspirasikan oleh suspensi kereta lumba formula.

ECB-2000PB
ECB-2000PB

SOSPENSIONE ECB-2000 ialah kronograf berprestasi tinggi yang mengekspresikan falsafah sukan bermotor dengan reka bentuk bekas jam unik yang dimodelkan berdasarkan suspensi kereta lumba formula. Dengan motif yang diilhamkan oleh suspensi siku ganda yang digunakan dalam kereta lumba formula dengan pasangan lengan bercabang atas dan bawah, pemegang yang menghubungkan tali jam kepada bekas jam dikonfigurasikan dalam susunan empat lengan. Buat julung kali pada jam tangan EDIFICE, bekas jam diperbuat dengan resin diperkuat-gentian karbon yang ringan dan sangat tahan lasak.

Jam tangan baharu ini boleh didapati dalam tiga versi. ECB-2000PB menggunakan tali jam uretana lembut untuk padanan yang sangat selesa pada pergelangan tangan, manakala ECB-2000D dan ECB-2000DC membawakan daya tarikan tekstur sofistikated dengan tali jam keluli tahan karat. ECB-2000 merangkumkan falsafah sukan bermotor dengan reka bentuk yang menimbulkan imej tajam sebuah kereta lumba formula.

ECB-2000 menggunakan sistem pengecasan Tough Solar yang menukarkan cahaya daripada lampu pendarfluor dan sumber-sumber lain untuk memberi kuasa kepada jam tangan serta fungsi-fungsi Pautan Mudah Alih yang boleh digunakan dengan menggandingkannya melalui Bluetooth® dengan telefon pintar. Apabila digunakan dengan aplikasi khusus CASIO WATCHES, jam tangan tersebut melaraskan waktu secara automatik. Aplikasi tersebut juga mengupayakan konfigurasi waktu dunia dengan telefon pintar serta pemindahan dan paparan data jam randik yang diukur pada jam tangan, kesemuanya merupakan ciri-ciri yang memberi sokongan untuk aktiviti perlumbaan.

Model

Warna Bezel

Bahan Bezel

ECB-2000PB

Hitam

Karbon/Keluli Tahan Karat

ECB-2000D

Perak

Keluli Tahan Karat

ECB-2000DC

Kelabu

Keluli Tahan Karat

 

ECB-2000PB, ECB-2000D and ECB-2000DC
ECB-2000PB, ECB-2000D and ECB-2000DC

 

Bekas resin diperkuat gentian karbon dengan bentuk dimodelkan berdasarkan suspensi kereta lumba
Bekas resin diperkuat gentian karbon dengan bentuk dimodelkan berdasarkan suspensi kereta lumba

Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda berkenaan oleh Casio Computer Co., Ltd. adalah di bawah lesen.

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services