omniture

Pencapaian Baharu Jenama-jenama Auto Cina dalam Pasaran Luar Negara, Jualan Luar Negara GWM cecah 1 Juta Unit

GWM
2022-07-16 00:16 952

BAODING, China, 16 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 3 Julai, GWM mengumumkan secara rasmi kepada dunia di acara pelancaran jenama TANK Arab Saudi bahawa jualan luar negara terkumpul telah mencecah satu juta unit, yang menandakan pencapaian baharu daripada perjalanan globalisasi syarikat ini.

Pencapaian Baharu Jenama-jenama Auto Cina dalam Pasaran Luar Negara, Jualan Luar Negara GWM mencecah 1 Juta Unit
Pencapaian Baharu Jenama-jenama Auto Cina dalam Pasaran Luar Negara, Jualan Luar Negara GWM mencecah 1 Juta Unit

"Kenderaan ini (GWM TANK300) merupakan eksport kesejuta daripada GWM Group. Maka, ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa," kata En. Gautam Arun, Pengarah Produk GWM di Rantau Timur Tengah, di persidangan tersebut.

Menurut data jualan terkini yang dikeluarkan oleh GWM, syarikat ini menjual sejumlah 518,525 buah kenderaan baharu dalam separuh pertama tahun 2022, yang mana 62,823 buah kenderaan telah dijual di luar negara, menyumbang sebanyak 12%.

Dalam hal ini, pasaran Afrika Selatan mengekalkan kedudukan yang utama dalam jualan. Satu laporan yang dikeluarkan oleh National Association of Automobile Manufacturers of South Africa (NAAMSA) menunjukkan bahawa dalam dua bulan pertama tahun ini, 3rd Gen HAVAL H6 menguasai 15% daripada bahagian pasaran dalam pasaran segmen SUV kompak.

Pencapaian jualan luar negara GMW yang cemerlang disumbangkan terutamanya oleh tiga aspek dari segi produk berkualiti tinggi, jangkauan pasaran yang luas dan operasi setempat.

Produk-produk yang berkualiti tinggi seperti GWM POER, TANK300, HAVAL H6 HEV dan ORA GOODCAT, memberi pengalaman pemanduan yang pintar, muda dan mesra alam kepada pembeli global. Selanjutnya, ketiga-tiga jenama teknologi GWM ini, termasuk L.E.M.O.N, TANK dan COFFEE intelligence, turut menyediakan teknologi teras untuk pembaharuan dan penaiktarafan produk.

Ketika ini, produk-produk GWM telah dieksport ke banyak negara, menunjukkan kekuatan jenamanya dan daya tarikan automobil China di seluruh dunia.

GMW menubuhkan stesen pengecasan super pertamanya di dunia yang menampilkan penjanaan kuasa fotovolta, storan tenaga dan pengecasan dalam pasaran Thailand tahun lalu. Tambahan pula, syarikat ini membuka subsidiari Jermannya di Munich dan menubuhkan ibu pejabat Eropah untuk bertindak sebagai hab bagi membangunkan pasaran benua Eropah.

Dalam proses globalisasi, GWM telah memacu jualan hangat produk-produk yang berkualiti tinggi melalui strategi pembuatan dan pemasaran setempat.

Pada bulan Januari 2022, syarikat ini mengambil alih secara rasmi kilang Iracemápolis di Brazil dan melabur sebanyak CNY 11.5 bilion untuk memperdalam susun atur rantaian industri tempatan. Dengan menaja acara-acara berpengaruh seperti triatlon dan peluncuran WSL, GMW juga mencipta dengan aktif IP pemasaran setempat untuk mencapai budaya dan kehidupan tempatan secara mendalam bagi meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama dan produk ini.

GWM telah mematuhi susun atur dan strategi untuk memenangi pasaran luar negara selama 25 tahun berturut-turut dan telah mencapai keputusan yang cemerlang. Jualan luar negara syarikat ini mencecah 142,793 unit tahun lalu, meningkat 103.7% berbanding tahun sebelumnya.

Para eksekutif syarikat ini berkata di Persidangan Dalam Talian Pengedar Luar Negara bahawa GWM merancang untuk mencapai jualan tahunan global sebanyak 4 juta unit menjelang tahun 2025 dan kira-kira 80% daripadanya merupakan produk tenaga baharu yang lebih pintar.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation