omniture

Jimi/Concox Dinamakan Peneraju Industri IoT oleh Penyedia Kajian Pasaran Utama Dunia Berg Insight

Jimi/Concox
2022-07-16 00:18 907

SHENZHEN, China, 16 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Jimi/Concox telah dinamakan sebagai peneraju industri IoT bagi tahun 2021 dengan bahagian pasaran mencecah 14% dan jualan sekitar 6 juta unit menurut laporan pasaran perkakasan telematik kenderaan yang terkini daripada Berg Insight, penyedia kajian pasaran IoT yang terkemuka di dunia.


Jimi/Concox telah menumpukan kepada Internet Pelbagai Kenderaan (IoV) selama bertahun-tahun dan melancarkan lebih 30 produk baharu setiap tahun. Kebanyakan produk baharu berkaitan dengan bidang-bidang yang telah dibangunkan termasuk pengurusan kumpulan logistik dan pengurusan aset, insurans auto, sewa kereta, pengurusan dua roda, antara lain. Jimi/Concox melabur lebih daripada 15% daripada hasilnya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap tahun dan beberapa produk baharu sedang dibangunkan yang memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang-bidang baharu. Satu produk berkenaan ialah LL303 yang menyediakan penyelesaian pengurusan untuk jentera berat dan kenderaan kepada pelanggan.

"Tujuan terbesar syarikat ini adalah untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan memenuhi keperluan mereka sepenuhnya," ulas Gao Xingxin, pengerusi Jimi/Concox. "Kami amat gembira diiktiraf oleh laporan pasaran daripada Berg Insight walaupun kami tidak terkejut menerima pengiktirafan tersebut kerana kami amat yakin terhadap rangkaian produk lengkap kami."

Dengan kilang berkeluasan 70,000 meter persegi di China dan dua makmal keandalan, Jimi/Concox memiliki kapasiti untuk mengeluarkan satu juta unit setiap bulan dan menguji semua aspek kualiti produk termasuk kestabilan isyarat, rintangan kakisan produk, rintangan haus, antaranya.

"Era IoT 2G telah berlalu dan era 4G, malah 5G ialah masa depan," kata Alex Dai, pengarah produk Jimi/Concox. "Jimi/Concox telah melancarkan beberapa produk IoT berasaskan 4G yang menggabungkan penentududukan komunikasi, penderiaan pintar, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan dan kaedah-kaedah teknikal yang lain untuk bertindak balas kepada permintaan pasaran yang berubah-ubah."

Produk-produk Jimi/Concox telah melengkapkan keperluan pensijilan tertentu pelbagai negara termasuk CE, FCC, PTCRB, AT&T, T-Mobile, Verizon, pensijilan TELEC dan lain-lain. Sehingga kini, produk-produk Jimi/Concox telah dijual kepada lebih daripada 150 wilayah dan negara penting, menyediakan perkhidmatan kepada China Mobile, China Telecom, Deutsche Bahn, HERE Technologies, Orange, CalAmp, Telcel dan banyak perusahaan serta organisasi terkenal yang lain.

Latar Belakang Jimi/Concox 

Concox™ Information Technology Co., Ltd., subsidiari Jimi loT™, telah menjadi pereka dan pengeluar produk telematik dan komunikasi tanpa wayar yang terkemuka selama lebih 15 tahun, mengkhusus untuk membawakan produk andal dan penyelesaian tersuai kepada pelanggan di seluruh dunia.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungiJimi IoT di Jimi IoTFacebook,LinkedIn, atau hubungi terus pasukan ini melalui info@jimilab.com.

 

Source: Jimi/Concox
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards