omniture

"Lembah Silikon Tenusu" Diperkenalkan

Yili Group
2022-07-16 01:40 903

HUHHOT, China, 16 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 12 Julai, upacara pelancaran Taman Perindustrian Pembuatan Pintar Global Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Depan Yili telahpun diadakan di Hohhot, China. Empat projek utama termasuk tapak pengeluaran susu cair, tapak pengeluaran susu tepung, Padang Ragut Pintar Ekologi Chilechuan dan Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar Yili kini telah mula beroperasi.

Pada 12 Julai, upacara pelancaran Taman Perindustrian Pembuatan Pintar Global Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Depan Yili diadakan di Hohhot, China.
Pada 12 Julai, upacara pelancaran Taman Perindustrian Pembuatan Pintar Global Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Depan Yili diadakan di Hohhot, China.

Aspirasi untuk membina sebuah "Lembah Silikon Tenusu" 

Dengan matlamat untuk membina sebuah "Dairy Silicon Valley" ("Lembah Silikon Tenusu"), Yili bermatlamat untuk mewujudkan wilayah yang akan berperanan sebagai hab global untuk industri-inudstri tenusu dan kesihatan.

Taman Perindustrian Pembuatan Pintar Global menggunakan peralatan pintar yang bertaraf dunia dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi-teknologi yang terkemuka seperti Internet Pelbagai Benda dan kecerdasan buatan.

Tapak pengeluaran penanda aras untuk susu cair, susu formula bayi dan keju di Taman tersebut mewakili skala terbesar seumpamanya di dunia, teknologi yang paling canggih serta tahap pengautomatan dan pendigitan yang tertinggi. Lembah tersebut juga merupakan pusat kepada enam platform nasional termasuk Pusat Inovasi Teknologi Nasional untuk Tenusu dan Pusat Metrologi dan Pengujian Nasional untuk Produk Tenusu.

Taman Perindustrian Pembuatan Pintar Global menggunakan peralatan pintar bertaraf dunia dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang terkemuka seperti Internet Pelbagai Benda dan kecerdasan buatan.
Taman Perindustrian Pembuatan Pintar Global menggunakan peralatan pintar bertaraf dunia dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang terkemuka seperti Internet Pelbagai Benda dan kecerdasan buatan.

Membawa kemakmuran kepada industri dan wilayah

Meninjau pembangunan kluster perindustrian tenusu, program tersebut dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi serantau dan mempercepatkan pertumbuhan industri-industri kesihatan global.

Dengan jumlah pelaburan sebanyak RMB 5 bilion, tapak pengeluaran susu cair meliputi kawasan seluas kira-kira 950 mu (bersamaan dengan kawasan padang permainan 89 stadium FIFA World Cup) dan menggunakan peralatan digital yang terkemuka di dunia yang dapat menjamin proses pengeluaran tanpa pemandu, telus, cekap dan boleh dikesan. Ia boleh memproses 6,500 tan susu segar setiap hari yang dapat memenuhi permintaan harian kota mega tersebut.

Tapak pengeluaran susu tepung, dengan pelaburan sebanyak RMB 3 bilion, mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 60,000 tan yang dapat memberi susu kepada 1.28 juta bayi setiap tahun. Sebagai tapak pengeluaran susu formula bayi yang terbesar di dunia dengan tahap pendigitan tertinggi, tapak pengeluaran tersebut menerajui industri ini dalam memperkenalkan Sistem Pengurusan Bangunan Pintar (IBMS), Sistem Pengurusan dan Kawalan Kemudahan (FMCS) dan menggunakan pelbagai teknologi interaktif yang canggih.

Padang Ragut Pintar Ekologi Chilechuan, ladang sokongan untuk Lembah tersebut, menempati kawasan berkeluasan 11,250 mu dan mendapat jumlah pelaburan sebanyak RMB 700 juta. Dilengkapi dengan sistem bertaraf dunia untuk pengurusan automatik dan pengurusan karbon-rendah pintar, ia menyasarkan untuk mencipta dan berkongsi kemakmuran bersama petani, pengembala dan rakan industri yang bekerja di kawasan tersebut.

Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar Yili menempatkan pawagam 5D yang pertama di dunia untuk lawatan industri, yang mana pengunjung ditayangkan video yang dihasilkan dengan teknologi bunyi dan cahaya canggih yang memaparkan proses pembuatan pintar untuk susu cair dan susu tepung. Ini membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang model pengeluaran produk tenusu termaju dan seluruh kitar hayat pengeluaran susu.

Mengintegrasikan fungsi industri, pelancongan dan bandar, Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Depan Yili akan menghasilkan faedah-faedah ekologi, sosial dan ekonomi yang lebih besar menjelang tahun 2035. Ia dijangka mencipta peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung untuk lebih daripada 350,000 orang dan menarik minat sejumlah satu juta orang untuk menetap di wilayah tersebut.

 

 

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Agriculture Beverages Computer/Electronics Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Overseas Real Estate (non-US) New products/services