omniture

Sungrow Lancar Penyelesaian Bumbung Komersial & Perindustrian Generasi Baharu semasa Future Energy Show Vietnam 2022

Sungrow Power Supply Co., Ltd
2022-07-18 08:45 180

HANOI, Vietnam, 18 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 13 dan 14 Julai 2022, Sungrow, pembekal penyelesaian penyongsang terkemuka global untuk tenaga boleh diperbaharui, mempamerkan penyelesaian komersial & perindustriannya yang terbaharu semasa Future Energy Show Vietnam. Direka bentuk untuk pelbagai aplikasi C&I bumbung, siri premium yang baharu ini membawa hasil kuasa yang lebih tinggi, keselamatan yang lebih baik dan penggunaan lebih fleksibel yang dijangka dapat menerajui pertumbuhan pasaran solar C&I Vietnam yang selanjutnya.

Sungrow Mempamerkan Portfolio Produk yang Komprehensif semasa Future Energy Show Vietnam 2022
Sungrow Mempamerkan Portfolio Produk yang Komprehensif semasa Future Energy Show Vietnam 2022

Future Energy Show Vietnam ialah acara tenaga yang terbesar di Vietnam dan ia menghimpunkan para pemimpin tenaga Vietnam serta penyelesaian yang utama untuk tenaga boleh diperbaharui. Sungrow turut memanfaatkan pentas yang sangat baik ini untuk memaparkan inovasi terkininya, bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran teknikalnya dan menyusun strategi pasaran berpotensi ini bersama para pemimpin industri yang lain. Dengan keprihatinan khusus terhadap sektor solar C&I Vietnam yang membangun dengan pantas, Sungrow melancarkan siri penyongsang C&I yang terkini, dengan SG125CX-P2 sebagai terasnya. SG125CX-P2 memperbaiki arus input maksimum kepada 15A bagi setiap rentetan, yang dapat membantu meningkatkan kapasiti penjanaan DC, seterusnya membawakan hasil yang lebih tinggi. Di samping itu, ia turut menggunakan Power Max canggih 12 MPPT, yang menjejak titik kuasa tertinggi dengan tepat bagi memastikan sistem PV berfungsi pada keadaan penjaan kuasa optimum secara berterusan. Hasil daripada teknologi ini, hasil keseluruhan meningkat. Tambahan pula, memandangkan siri ini paling banyak dipasang pada bumbung bangunan C&U, Sungrow turut melengkapkannya dengan AFCI 2.0 yang dikemas kini dan SPD Jenis I+II. Sistem AFCI 2.0 dapat mengesan lengkuk dengan 99.9% ketepatan; keupayaan pengesanan cemerlang berkenaan melangkaui keperluan standard UL1699B. Perlindungan berganda melindungi operasi kilang PV yang paling selamat sepanjang hari. Sungrow turut membawakan penyelesaian storan ditambah solar yang komprehensif untuk Vietnam, termasuk SG350HX yang berkuasa, penyongsang modular 1+X untuk sektor utiliti, ST129CP-50HV dan Sistem Storan Tenaga Sejuk Cecair (PowerTitan) untuk sektor storan tenaga. Portfolio produk komprehensif sedemikian akan meninjau lebih banyak potensi pertumbuhan dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui Vietnam.

Selain daripada pelancaran dan demonstrasi penyelesaian yang terkemuka dalam industri, Sungrow turut menandatangani perjanjian dengan dua pengedar baharu iaitu Solar Electric Vietnam Joint Stock Company (SEV) dan XBSolar sebagai Rakan Salurannya yang dipercayai dan Penyedia Perkhidmatan Berdaftar semasa pameran ini. Perkongsian pengedaran yang baru terjalin ini akan membantu menyediakan produk Sungrow dengan lebih baik dan melanjutkan perkhidmatan selepas jualannya yang profesional dan komprehensif kepada lebih ramai pelanggan tempatan.

"Selepas tiga tahun ketiadaan pameran yang menarik ini, Sungrow merebut peluang ini untuk mempamerkan portfolio produk yang begitu komprehensif dan menjalin perkongsian yang lebih mendalam bersama lebih ramai pengusaha tempatan yang terkenal. Kami benar-benar percaya bahawa dengan penyelesaian yang utama dalam industri serta jaringan pengedaran kami yang matang dan juga sistem perkhidmatan khusus, Sungrow akan membawa pertumbuhan yang selanjutnya bagi pasaran yang penting secara strategik ini," kata En. Luis Xu, Pengarah rantau Asia Tenggara, Sungrow.

Latar Belakang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd. ("Sungrow") ialah jenama penyongsang yang paling andal di dunia dengan lebih 224 GW dipasang di seluruh dunia setakat Disember 2021. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan penyongsang solar bersama pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berdedikasi yang terbesar dalam industri ini dan portfolio produk luas yang menawarkan penyelesaian penyongsang PV dan sistem storan tenaga untuk aplikasi skala utiliti, komersial & perindustrian dan kediaman selain penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penyelesaian pemanduan NEV dan penyelesaian stesen pengecasan EV. Dengan rekod prestasi yang mantap selama 25 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa kepada pemasangan di lebih 150 negara. Ketahui lebih lanjut tentang Sungrow dengan mengunjungi: www.sungrowpower.com.

 

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300274
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news