omniture

CGTN: Xi tekankan pengukuhan kesedaran berkomuniti untuk bangsa Cina

CGTN
2022-07-18 09:29 149

BEIJING, 18 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Seperti lirik sebuah lagu rakyat yang popular di China berbunyi, "saudara lelaki dan perempuan daripada 56 kumpulan etnik tergolong dalam keluarga yang sama."

China mempunyai 56 kumpulan etnik, dengan etnik majoriti Han membentuk sekitar 91.5 peratus daripada populasi negara ini, menurut data tahun 2021. Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang Barat Laut China telah menjadi wilayah berbilang etnik sejak zaman dahulu kala dan menempatkan lebih 45 kumpulan etnik.

Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, menekankan penggalakan perpaduan dan kemajuan etnik serta pengukuhan kesedaran berkomuniti untuk bangsa Cina semasa lawatan beliau ke Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang bermula pada petang Selasa hingga pagi Rabu.

Melindungi budaya pelbagai kumpulan etnik

Tamadun Cina yang luas dan mendalam terdiri daripada budaya luar biasa dengan pelbagai kumpulan etnik, kata Xi apabila menyaksikan sebuah persembahan yang dikenali sebagai "Manas" daripada etnik minoriti Kirgiz di Muzium Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

Persembahan tersebut telah ditetapkan sebagai warisan budaya tak ketara.

Warisan budaya seperti "Manas" merupakan satu khazanah baik untuk Kirgiz mahupun bangsa Cina, kata beliau, menggesa usaha pemuliharaan dan penggalakan yang lebih baik.

Semua kumpulan etnik di Xinjiang mempunyai item dalam senarai perwakilan wilayah kebangsaan dan autonomi warisan budaya tak ketara dan 133 tapak warisan budaya berada di bawah perlindungan negeri, menurut kertas putih yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri negara ini pada tahun lalu.

Tradisi budaya semua kumpulan etnik di Xinjiang dilindungi sebaiknya, menurut kertas putih tersebut, memberi contoh seperti acara kebudayaan rakyat, seperti Festival Tanglung Han, Uygur Meshrep, Kazak Aytes, Pameran Nyanyian Balada Kirgiz Kobuz, Pameran Nadam Mongolia dan Festival Lagu Rakyat Hui Hua'er yang masih diraikan secara meluas.

Meningkatkan taraf hidup semua kumpulan etnik

Semasa melawat komuniti kediaman Guyuanxiang di Daerah Tianshan pada pagi Rabu, Xi menggesa para pegawai tempatan untuk meningkatkan khidmat masyarakat bagi memberi manfaat kepada penduduk daripada semua kumpulan etnik.

Presiden turut melakukan perjalanan ke Bandar Shihezi pada petang Rabu, yang mana beliau memeriksa pegawai dan pekerja kakitangan di Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang (XPCC), sebuah kumpulan dengan status yang digelar oleh beliau sebagai "tiada galang-ganti."

Sebagai komponen yang penting bagi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, XPCC merupakan sebuah organisasi sosial khas yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran dan kehakimannya sendiri dalam kawasan reklamasi di bawah pentadbirannya, selaras dengan undang-undang dan peraturan negeri dan wilayah berkenaan. Ia menggalas tanggungjawab untuk memupuk dan melindungi kawasan sempadan.

Bercakap kepada para pegawai dan pekerja kakitangan XPCC, Xi berkata beliau gembira dengan kemajuan hebat yang dibuat oleh XPCC dalam reformasi dan juga pembangunan sementara para pegawai dan pekerja kakitangan XPCC itu sendiri harus berasa bangga.

Beliau turut mempelajari tentang sejarah XPCC dalam memupuk dan melindungi kawasan sempadan serta usaha Kor dalam mengukuhkan organisasi-organisasi peringkat rendah, membangunkan bidang pertanian khusus dan menggalakkan pembangunan bersepadu Kor dan juga kawasan setempat.

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah menyaksikan pembangunan ekonomi yang berterusan dengan perniagaan yang berkembang maju. Xinjiang mencatatkan pertumbuhan KDNK 7-peratus pada tahun 2021, berjumlah 1.6 trilion yuan (kira-kira $253.2 bilion).

Sejumlah 477,400 pekerjaan bandar telah dicipta di wilayah berkenaan, lalu mengurangkan kadar pengangguran bandar yang ditinjau sebanyak 1.1 titik peratusan kepada 2.2 peratus, menurut Biro Statistik di wilayah autonomi tersebut.

Memupuk bakat, menyelaraskan tindak balas COVID-19 dengan pembangunan ekonomi dan sosial serta memajukan kerjasama Jalur dan Jalan turut ditekankan oleh presiden semasa lawatan pemeriksaan berkenaan.

https://news.cgtn.com/news/2022-07-15/China-urges-better-preservation-efforts-for-ethnic-minority-cultures-1bGeb7a8uu4/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion