omniture

CGTN: Xinjiang, hab bagi kerjasama Jalur dan Jalan

CGTN
2022-07-19 00:57 249

BEIJING, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan jambatan China ke Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah, lantaran kedudukannya yang strategik sebagai sempadan paling barat negara ini.

Ia memainkan peranan penting dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China, satu kerangka jaringan perdagangan dan prasarana yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika sepanjang dan di luar laluan Jalan Sutera purba.

Semasa lawatan beliau ke Xinjiang mulai hari Selasa hingga Jumaat, Presiden Cina Xi Jinping menggelar kawasan berbilang etnik tersebut sebagai "hab" bagi kerjasama Jalur dan Jalan.

Xinjiang telah berubah daripada daerah pedalaman yang agak tertutup kepada barisan hadapan pembukaan, presiden memberitahu kakitangan di Kawasan Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi pada petang Selasa, ketika negara ini menggalakkan usaha pengembangan pembukaan, pembangunan wilayah barat dan usaha sama dalam membina Jalur dan Jalan.

Presiden Xi menegaskan untuk memajukan pembinaan kawasan teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera - komponen "jalur" BRI - dan menggabungkan strategi pembukaan wilayah Xinjiang ke dalam rancangan pembangunan ke arah barat keseluruhan negara ini.

Pintu masuk 

Di kawasan pelabuhan darat antarabangsa, Xi memeriksa operasi China-Europe Railway Express (Urumqi), pelabuhan Alashankou dan Pelabuhan Horgos, yang kesemuanya merupakan pintu masuk yang penting untuk perdagangan rentas-sempadan.

Horgos, diterjemahkan secara literal kepada "tempat di mana kafilah lalu lalang," dahulunya pernah menjadi pos perdagangan sepanjang laluan utara Jalan Sutera purba.

Pada tahun 2016, pelabuhan tersebut melancarkan perkhidmatan kereta api pengangkut China-Eropah dan sejak itu menyaksikan peningkatan yang berterusan dari segi bilangan kereta api yang melaluinya. Walaupun dengan impak pandemik COVID-19, bilangan kereta api pengangkut China-Eropah yang masuk dan keluar melalui Pelabhuhan Horgos melebihi 4,720 pada tahun 2020, satu peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding dengan jumlah pada tahun 2019.

Menurut pegawai kastam tempatan, perkhidmatan kereta api pengangkut China-Eropah digemari oleh semakin banyak syarikat semasa pandemik hasil daripada harganya yang rendah, kapasiti pengangkutan yang besar, kestabilan dan ketersambungan yang hebat.

Pelabuhan Alashankou, turut dikenali sebagai Alataw Pass, ialah pelabuhan kereta api terdekat China ke Eropah. Pada Januari 2020, e-dagang rentas sempadan telah dilancarkan di pelabuhan darat dan komoditi seperti mainan, produk digital, pakaian yang dikilangkan di negara ini telah dihantar ke Eropah sejak itu.

Data daripada kastam pelabuhan darat menunjukkan bahawa lebih daripada 57 juta pakej e-dagang rentas-sempadan bernilai lebih 1 bilion yuan (kira-kira 160 juta dolar A.S.) telah dieksport melalui pelabuhan tersebut sejak Januari 2020.

Semasa pemeriksaan beliau, Xi turut menekankan kepentingan untuk menginovasi sistem demi ekonomi terbuka, membina koridor yang besar, memanfaatkan pasaran dan sumber domestik serta antarabangsa dengan lebih baik dan menawarkan perkhidmatan dan bersepadu secara aktif dalam corak pembangunan yang baharu.

China mengemukakan Strategi Pembangunan Barat pada tahun 1999 dan sejak itu, wilayah-wilayah barat negara ini telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan. Pertumbuhan KDNK yang semakin pesat di barat China telah menunjukkan jurang pembangunan yang semakin mengecil antara timur dan barat negara ini.

https://news.cgtn.com/news/2022-07-16/Xinjiang-a-hub-in-Belt-and-Road-cooperation-1bHN4QKUUgw/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements